Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/04/2009

Liverpool

Liverpool

Siapa boleh melupakan perlawanan yang paling dramatik dalam sejarah Liga Juara-Juara, iaitu perlawanan antara Liverpool & AC Milan. Perlawanan yang berlangsung di Istanbul itu mengejutkan semua pihak apabila the Reds berjaya bangkit & menyamai Milan pada minit-minit akhir, walaupun ramai yang menganggap sudah tiada harapan bagi liverpool.

Ini mungkin menjadi ingatan bagi peminat Liverpool & igauan bagi penyokong-penyokong Milan. Inilah gambaran kehebatan LIverpool. Mempunyai semangat kental & terus berjuang. Tetapi semua itu hanya sebagai sejarah yang manis untuk dingati kerana Liverpool sekarang dalam keadaan terumbang-ambing. Pasukan dari Anfield itu semakin terdesak untuk memastikan mereka terus berada dalam saingan liga. Kekalahan demi kekalahan dalam Liga domestik & Eropah sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Liverpool. Liverpool mungkin terlalu bergantung kepada Steven Gerrard & Torres.

Tanpa kedua-dua key player ini, Liverpool seolah-olah tempang. Ini diburukkan lagi dengan kebangkitan pasukan yang sebelum ini dianggap hingusan & tidak kosisten,Arsenal. Yang kini selesa di tangga ketiga. Karier Benitez bersama Liverpool pula kian malap. Namun anda perlu ingat, semua boleh berlaku dalam dunia bolasepak. Kelab yang pernah memenangi 7 FA Cups,7 League Cups & 5 European Cups ini mungkin akan bangkit semula & mengulangi kejayaan lampau & merampas kembali gelaran Liga. Jadi tunggu & lihat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...