Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label UMMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMMAH. Papar semua catatan

3/18/2011

Bertukar menjadi kera menjadi babi!!!







Dari Abu Umamah Al Bahili (kitab Musnad Imam Ahmad), Rasulullah S.A.W bersabda:
"Satu golongan dari umatku mereka itu bermalam. Mereka makan dan minum. Dan dengan perkara yang melalaikan dan permainan. Dan mereka itu pada waktu pagi kemudiannya bangun menjadi kera menjadi babi. Allah akan meniupkan ke atas mereka ini satu angin. Maka angin ini akan menghancurkan mereka itu. Sebagaimana telah dihancurkan umat-umat sebelum kamu. Kerana mereka minum arak dan mengharuskan arak. Dan mereka memainkan alat-alat muzik dan mereka menggunakan penyanyi-penyanyi wanita".



SEMUANYA SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG. SETIAP MALAM UMAT ISLAM DI MALAYSIA LALAI DENGAN HIBURAN YANG HARAM...NA'UZUBILLAHIMINZALIKA.... SEMOGA MEREKA SEDAR SEBELUM MEREKA BERTUKAR MENJADI BINATANG!!!

8/01/2010

PERINGATAN KEPADA PEMIMPIN

RASULULLAH s.a.w bersabda :

"Tidak ada seseorang pemerintah yang ALLAH memberikannya kuasa menjadi pemimpin di dalam dunia yang pada hari matinya masih ada lagi seseorang tertipu olehnya dari kalangan rakyat melainkan ALLAH akan MENGHARAMKANNYA memasuki syurga."



Post ini sebagai peringatan kepada semua pemimpin di Malaysia khususnya. Terutama yang masih tak segan silu menindas dan menipu rakyat. Ingatlah! ALLAH sentiasa melihat akan apa yang anda lakukan. Semuanya akan disoal di akhirat kelak.Sesiapa yang terasa cepat-cepatlah insaf sebelum Saidina Izrael datang menjemput....

7/28/2010

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN

25hb Julai 2010, Kubang Kerian Kota Bahru Kelantan: Pada hari ini jam 3.30 petang, Radix Fried Chicken (RFC) yang ke 7 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat. Turut hadir ialah Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Timbalan Exco Kelantan, YB Hj Fattah Harun, GM AWM, En Mohamad Faisol Abdul Rahman, GM Puan Rasidah Bt Abdul Rahim, AGM, Pengurusan HPA, PJS Dan ahli HPA seluruh negara. (http://www.hpa.com.my/)

Alhamdulillah...
Baru-baru ini, HPA telah berjaya membuka satu lagi cawangan RFC terbaru sekaligus menjadi cawangan RFC ke-7 iaitu di Kubang Kerian, Kelantan. Ana berdoa agar HPA akan terus maju pada masa hadapan dan sentiasa menjadikan Syariat Islam sebagai tunjang perniagaan. Jadi ayuhlah kita sokong Produk Islam dan boikot produk Yahudi!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...