Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

2/26/2011

Kenapa Ahmadinejad?






“Someone is killing
Iran’s nuclear
Scientists. But a computer worm
May be the scarier threat”.
-The Shadow War

Ini merupakan petikan dari laman web Newsweek. Petikan ini membayangkan satu pakatan jahat lagi tersembunyi pemimpin Kafir harbi(menentang Islam) yang diketuai Amerika mensabotaj program nuklear Iran. Semua ini berlaku selepas mereka gagal menyekat kemajuan Iran dalam teknologi nuklear melalui pelbagai sekatan ekonomi. Lebih menyedihkan lagi, Amerika dan konco-konconya juga berkolabrasi dengan segelintir pemimpin Negara Islam sendiri. Apakah tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menghancurkan satu lagi Negara Islam selepas mereka berjaya meranapkan Afghanistan dan Iraq menjadi abu. Semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi masing-masing, negara-negara Islam yang terlalu taksub dengan kehebatan Barat akhirnya tunduk mengikut telunjuk musuh Islam. Mereka kaya tetapi ‘kurang cerdik’ kerana sanggup menjual akhirat untuk membeli kesenangan dunia yang sedikit.

Negara Islam keparat ini tak kisah apa yang terjadi pada negara Islam lain, yang mereka tahu kepentingan mereka dilindungi Barat. Ini adalah kesan daripada pengaruh musuh Islam yang berjaya memisahkan umat Islam yang teramat ramai dengan sempadan negara masing-masing. Pemikiran ini telah lama sebati dalam kalangan umat Islam akhir zaman ini yang mendahulukan keselamatan negara masing-masing tanpa memikirkan survival agama Islam secara global.

Malah Wikileaks sebelum ini pernah mendedahkan bahawa seorang pemimpin Arab Saudi (malas nak sebut nama) pernah menyuruh Amerika memenggal kepala Presiden Iran, Ahmadinejad. Jika benar perkara ini berlaku, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada pemimpin negara Islam untuk membela agama Islam? 

Ada sahabat Ana yang bertanya mengapa Ana begitu kagum dengan Ahmadinejad? Sedangkan beliau seorang Syiah. Ana cakap sebabnya Ana belum jumpa pemimpin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berpendirian seperti beliau. Beliau begitu tegas dalam ‘menghentam’ musuh Islam tak seperti orang lain. Malah Ana rasa Ahmadinejad lebih Islamik berbanding pemimpin Islam yang lain. Ketika pemimpin Islam yang lain sibuk mengumpul kemewahan, beliau pula tetap zuhud (sederhana) daalam kehidupan. Kelakar kan? Yang sayangnya, dia masih seorang Syiah dan Ana akui fahaman ini bukanlah fahaman yang baik... Wallahua'llam.










                     How many of Malaysian's leaders are like this...? Yes you got it; not one.
 
 
 
 
 
 
 
 




2/23/2011

Sedekah...







Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa bersedekah seberat biji kurma dari usaha yang baik, dan tidak naik (sampai) kepada Allah melainkan yang baik, maka sesungguhnya Allah menyambutnya dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Allah memelihara sedekah itu untuk pemiliknya, sebagaimana seorang kamu memelihara anak-anak kudanya sehingga menjadilah sedekah itu setinggi gunung.” (al-Bukhari dan Muslim)









Penyakit...










Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah saw. bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim".
















2/17/2011

Canon 60D


Dalam masa hanya 12 bulan pada tahun 2010, rata-rata pegeluar peralatan elektronik global telah mendedahkan pelbagai variasi produk terkini mereka yang canggih manggis. Tak terkecuali pengeluar kamera DSLR. Antara DSLR terbaru adalah Canon 60D.
Canon 60D
 Gergasi eletronik Jepun, Canon mencetuskan revolusi dalam dunia fotografi melalui pengenalan DSLR pertamanya yang mempunyai  skrin boleh laras pelbagai sudut (vari-angle). Ia mungkin hasil ilham melalui skrin pada webcam yang fleksibel.
Skrin ni bakal memudahkan lagi gambar diambil pada sudut-sudut yang sukar sekaligus menyerlahkan lagi kreativiti si jurufoto.
·         Kamera ni mempunyai penderiaan (sensor) CMOS 18 mega piksel.
·         Mampu merakam video berkualiti HD dengan rakaman 24 bingkai sesaat.
·         ISO hingga 12,800
·         Rakaman 5 bingkai imej pegun sesaat.


2/15/2011

Kami Rindu Padamu Ya Rasulullah..






Terima kasih Ya ALLAH... 
Terima kasih Ya Rasulullah...
Kerana membawa Islam kepada kami...


Assalamualaikum Ya Ikhwan yang Muslimin....
Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna dalam peradaban manusia...
Hari yang cukup indah...
Cukup mulia...
Setelah menempuh hari yang Valentine yang menyesatkan semalam...

Hari ini dunia telah menyaksikan seorang manusia mulia dilahirkan...
Manusia yang bakal merubah lanskap akidah umat manusia...
Menjadi utusan ALLAH yang Maha Bijaksana...
Siapa lagi kalau bukan Muhammad bin Abdullah...
Lelaki yang bakal menjadi Rasul terakhir...
Dan tiada lagi rasul selepasnya...

Berketurunan bangsawan Bani Quraisy...
Bukan calang-calang manusia...
Dipelihara ALLAH dari sebarang dosa dan noda...
Punyai akhlak terbaik...
Pekerti mulia...
Bersemangat kental tak mudah mengalah...
Kerana kebenaran yang dibawa...

Ya Rasulullah...
Kami rindu padamu wahai kekasih ALLAH...
Disaat umatmu kini hanyut dibuai dunia...
Disaat umatmu tidak lagi mengingatimu...
Disaat umatmu tidak lagi memuliakanmu...
Disaat umatmu kini yang tidak lagi mengenali siapa dirimu!
Kami merayu padamu Ya Rasulullah...
Syafa'atkanlah kami...
Akuilah kami sebagai umatmu...

Ya ALLAH! Berilah kepada kami kekuatan untuk terus berada dalam jalan redhaMu Ya ALLAH... Jalan yang telah dilakar oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. ...
Kerana tiada lagi jalan selepas itu....
Melainkan...
Jalan menuju ke pintu NERAKA...


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN KEATAS KELUARGA BAGINDA. TERLALU BESAR JASA BAGINDA KEPADA KITA. TERLALU HEBAT PENGORBANAN BAGINDA. CUBA BAYANGKAN, APAKAH AGAMA KITA SEKARANG JIKA RASULULLAH TIDAK DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI? DENGAN BERKAT KESUNGGUHAN DAKWAH ISLAMIAH YANG DIMULAKAN BAGINDALAH KITA MAMPU MENGECAP NIKMAT ISLAM YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA SEKARANG....
SYUKRAN YA RASULULLAH.....

2/12/2011

Aset Mubarak Dibekukan





GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.

Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.

Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.

"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.

Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).

Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)

Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi





TERINGAT PULAK KAT DR. MAHATHIR. KENAPA??? SEBABNYA DENGAR CERITA DIA PUN SIMPAN SEBAHAGIAN DUIT DIA KAT BANK SWITZERLAND . IBU ANA PUN PERNAH BAGITAU. KEMUNGKINAN BESAR BETUL DAKWAAN NI SEBAB NEGARA TU MEMANG DILABEL SEBAGAI NEGARA BANK. KEBANYAKKAN ORANG 'BERHARTA' AKAN SIMPAN DUIT DIORANG KAT DALAM BANK DI SANA DEMI KESELAMATAN RETE(HARTA) DIORANG. WALLAHU'ALLAM...







2/09/2011

'Helmet Maut' Dari Britain




Tentera Udara Diraja Britain (RAF) telah ‘diserikan’ lagi dengan sebuah inovasi terbaru dalam inventori kelengkapan juruterbangnya. Kelengkapan terbaru tersebut merupakan topi keledar yang membolehkan juruterbang mereka menembak jatuh pesawat musuh dengan hanya melihatnya.
Di sini Ana menyenaraikan sedikit maklumat berkaitan ‘topi keledar maut’ ni.


• Harga: £250,000(RM 1.2 Juta).
• Dibangunkan oleh syarikat Britain, BAE System.





• Kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typoon RAF.



• Juruterbang hanya perlu merenung sasaran yang ingin dimusnahkan.
• Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang dan juruterbang boleh memilih sasaran dan menembaknya. Pesawat tidak lagi perlu berada di belakang sasaran untuk menembak seperti mana perlu dilakukan sebelum ni.
• Juruterbang bebas memilih sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah selagi dia boleh melihat sasaran tersebut kerana helmet ni dilengkapi dengan penderia (sensor).









SO, TAKKAN KITA NAK TENGOK MACAM TU JE? KEMAJUAAN DEMI KEMAJUAN TELAH DIKECAPI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM SEKARANG. SEDANGKAN UMAT ISLAM SEMAKIN HANYUT DENGAN KEMUNDURAN DAN KEMUNGKARAN. AKHIRNYA SEGALA KEMODENAN INI AKAN MERAGUT NYAWA ORANG ISLAM SENDIRI...






2/06/2011

MESIR - Di Ambang Kejatuhan Empayar Firaun Moden



Apabila rakyat dah mula membenci...


Apabila tentera menyusuli...

Apabila rakyat dan tentera bersatu hati...

Bersatu sehingga ditakuti...

Dan apabila para ulamak mula bangkit bersuara...

Maka bermulalah kisah terkuburnya rejim Mesir yang digelar kuku besi...

Menjadi boneka si Kristian dan Yahudi...

Sebagai peringatan kepada pemimpin yang masih tak sedar diri...

Kerana tahta, sanggup membelakangkan agama sendiri...

Dan ALLAH pasti mengambilnya kembali...

Adakah selepas ini Arab Saudi???

Atau negara kita sendiri???

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI...

WALLAHU'ALLAM...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...