Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label technologyisBeautiful. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label technologyisBeautiful. Papar semua catatan

11/05/2011

Beautiful Steel by Ben Procter






Ben Procter merupakan seorang Concept illustrator and digital artist yang telah terbiasa dengan kerja mendesign bermacam-macam benda hebat seperti robot-robot Transformers ni. Post ni saje je untuk berkongsi rasa kagum Ana terhadap hasil tangan beliau dengan anda semua. website:

http://www.benprocter.com/

Wassalam...



3/26/2011

LAMBORGHINI REVENTON


 Lampu belakang berbentuk anak panah
Siapa yang tak kenal Lamborghini? Sebuah syarikat gergasi automotif dunia. Membina pelbagai jentera SUPERCARS yang mengagumkan. Lambo merupakan antara pengeluar kereta terpantas di muka bumi yang fana ini. Setelah lama tak menyentuh tentang kereta, pada kali ini Ana akan membawakan sebuah kereta super yang bergelar Lamborghini Reventon. 
Ia merupakan sebuah rekaan radikal lagi agresif para jurutera Lamborghini. Ia diilhamkan dari rekabentuk sebuah jet pejuang. 


 Paparan meter seperti di dalam korpit Jet Pejuang

Model ni juga merupakan model edisi terhad. Pembeli bertuah akan dipilih oleh pihak Lamborghini sendiri. Malah bagi model varian Reventon Roadster yang sangat terhad, dianggarkan hanya seorang daripada 700,000,000 manusia yang mungkin terpilih untuk memiliki model ni!. Are You The Chosen One?

Spesifikasi>>>
Jenis Kenderaan: dua pintu coupe, (terhad hingga 20 unit shj) Harga: 1Juta Euro Konfigurasi:  Mid Engine / AWD Enjin: 6.5 L (400 cu in) V12
Kapasiti: 6496 cc Transmisi: E-Gear / 6-speed manual Kuasa kuda: 650 bhp pada 8000 rpm Tork: 487-ft pada 6000 rpm
Panjang: 4700 mm (190 in)
Lebar: 2058 mm (81 in)
Tinggi: 1135 mm (44.7 in)
Berat:  3670 lbs0-60 mph: 3.3 secs Kelajuan Maksima: 211 mph 


 Reventon Roadster
(Hanya 9 unit dibina)




 WALLAHU'ALLAM...



3/23/2011

Jambatan Gulung

Firma reka bentuk Heatherwick Studio yang berpengkalan di United Kingdom mencipta jambatan kayu dan besi setinggi 39 kaki pada 2004. Ia berfungsi sebagai penghubung antara kawasan-kawasan kecil Grand Union Canal di London. 



Sistem hidraulik membolehkan jambatan ini digulung menjadi bentuk octagon. Design ni membolehkan bot-bot melalui terusan ni tanpa halangan. Jambatan ni akan digulung setiap Jumaat (ni bukan alasan la nak ponteng sembahyang Jumaat, hehehe....).
Seorang arkitek bernama Donald MacDonald yang berpengalaman 40 tahun kata : "jambatan ni merupakan satu projek eksperimental, ianya sangat rumit untuk apa yang dilakukannya"




KRETIF BETOL LA DIORANG NI. BAGUS REKAAN NI, DAPAT JIMAT RUANG DAN UNIK...






11/23/2009

Imaginasi Ekstrem

Sejak kecil lagi aku memang gilakan barang-barang permainan. Aku masih ingat aku rela kumpul duit semata-mata ingin membeli permainan idaman aku sewaktu kecil. Aku juga pernah berpakat duit dengan adik lelakiku untuk membeli permainan yang agak mahal. Apabila sampai ke kedai permainan atau ruang permainan di supermarket, aku dan adikku akan rambang mata seperti berada di alam lain, jauh meninggalkan alam realiti. Kami pernah sama-sama melabur untuk membeli sebuah kereta kawalan jauh yang berharga RM70 dengan menggunakan duit raya yang dikumpul. Namun semua pelaburan itu tidak berbaloi bagi kami. Tidak sampai sehari kami bermain, kerosakan telah menimpa aset permainan yang paling mahal pernah kami ada itu. Namun sekarang aku tidak lagi berpeluang untuk membeli barang permainan kerana ketiadaan masa. Namun kini aku memandang satu permainan dari sudut seni dan teknologi. Sebagai seorang peminat anime Gundam, aku sangat mengagumi model-model robot dalam siri animasi itu. Aku kagum dengan pereka robot-robot tersebut yang begitu kreatif dalam mencipta robot yang kompleks dan canggih. Mereka memang dilahirkan kreatif. Berikut adalah antara model-model robot Gundam yang canggih.
sekali pandang macam besi buruk kan? Tapi memang cantik kerja modified model ni. Robot ini nampak lebih kompleks dengan lubang-lubang yang menjadikan mecha(model aksi) ini lebih cun dari yang asal.




Mecha ni telah dicantikkan dengan semburan cat yang menampakkanya lebih real. Kesan khas kotoran ini turut menggambarkan robot ini baru selesai bertempur. Beautiful...






























Bahu mecha ini yang kelihatan besar menyer
lahkan lagi kesegakan robot ini.










Zaku, biasanya mempunyai satu 'mata' dan dilengkapi dengan senjata mesin gun.


























Model exia ini kelihatan ringkas tanpa kelengkapan bertempur yang sempurna. Namun model ini kemas kerana aksi menghayun pedang yang menarik.
Badannya yang berkilat dilihat seolah-olah diperbuat dari besi.




kereta

Aku amat meminati hal-hal berkaitan teknologi. Bagi aku teknologi satu alat yang memberi kemudahan dan manfaat kepada manusia. Islam juga menggalakkan umatnya meneroka dan mengkaji alam ini sedalam mungkin bagi membolehkan manusia mencipta teknologi demi kemudahan dan kemakmuran sejagat. Salah satu cabang teknologi ialah kejuruteraan. Di sini saya ingin menyentuh hal berkaitan kejuruteraan automobil kerana aku juga meminati kereta. Kita lihat dari segi lakaran kongsep sesuatu produk kejuruteraan ini. Begitu cantik bagi aku... kalaulah aku yang melukisnya...














Cuba lihat lakaran kereta idaman aku di bawah ni. BMW X6. Sangat cantik. Sebab apa?
sebabnya mudah iaitu pengetahuan tentang teknologi seperti erodinamik,geseran,dan sains bahan telah membuatkan lakaran kereta ni begitu mempersonakan. Gabungan semua teknologi-teknologi tersebut telah membentuk lakaran ini menjadi cukup indah.Samalah juga seperti lakaran-lakaran sebelum ini.



hasilnya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...