Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

2/28/2010

sibuk


Aku dAlAm dUniAku yAng siBuk......
aDa bAnyAk laGi yaNg keNa bElajAr....

HaHaha....tApi dah nak hAbis dAh....
GuMbiraNya AkU.....

2/11/2010

Imanku Si Jongkang Jongkit





ImAnku seNtiasa aDa naIk turUnnYa, KadAng-kaDanG aKu terAsa tenAng, KerAna aKu menGingAti tuhAn, ImAnku tinGgi rasAnya, MeNyeluSuri hAri-hariku deNgan peNuh rahmAt, PeNuh kegeMbirAan, HaTiku berBungA riang, AkU berSyukur... NaMun, KaDang kAla, AkU berAsa sanGat lemAh dAn hiNa, AkU taKut, BiMbang, AKu lEmaS dalAm menCintai duNia YaNg semenTara ini, FiKirAnku buNtu, MindAku dibElenggu, DibelEngu muSuhku, MusUh daLam seliMut? Ya! IaiTu NAFSU! YA ALLAH! BERILAH KEKUATAN PADA HAMBAMU INI..... Amin......

2/06/2010

Rahsia di sebalik jenama

Jika anda perasan. tanda 'save' pada Microsoft Office programs menunjukan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.


Nama syarikat kenderaan Nissan berasal dari bahasa Jepun, Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23




Nama Titik merah pada 7-Up logo berasal dari penemunya yang bermata merah. Dia seorang albino



2/03/2010

Subaru Impreza


Aku dapat video ini dari kawan aku. Video ini memang mengagumkan. Sebabnya? Ha....sebab aku memang minat dengan kereta ini. Tambahan pula, cara dan gaya pemanduannya yang sangat hebat. Cukup profesional. Siapalah pemandu kereta ni kan? Anak siapa...lah beliau ni. Hehehe..... Apa-apa pun, layan je lah video ni ye. Eh lupa, bukan setakat layan je, tapi fikir-fikirkanlah bilakah kita dapat bangunkan kereta yang sehebat ini di Malaysia. 100% buatan tempatan! Kita pun boleh apa? Sahutlah cabaran ini.
Ada berani?

2/02/2010

Cobaaaannnn.....


Wah....banyak betul kerja yang perlu aku siapkan. Aku dah letih. Bilalah nak berakhir semua ini?. Kadang-kadang, aku berasa bosan dengan hidup aku kerana terpaksa buat perkara yang sama sahaja setiap hari.
Namun semua dah selesai (buat masa ini). Hari esok bakal menjelma, mungkin dengan lebih banyak kerja dan pelbagai masalah. Siapa tahu?.
Tapi, aku sedar, ini semua adalah ujian dari Allah kepada hambanya, yang lemah dan hina seperti aku. Aku mesti ingat, masih ada orang yang lebih susah hidupnya bebanding diriku.Jadi, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan ujian yang diberi. Ini menandakan Dia masih mengingati kita. Jangan sampai Dia langsung tidak mempedulikan kita lagi. Bersedia untuk hari esok. Tempuhinya dengan penuh sabar. Tanpa sebarang rungutan...

2/01/2010

Khasiat Roselle


Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser gastrointestinal. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.



Glosari:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'
2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung
3 Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi
4 Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian
5 Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...