Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label KRISIS MESIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KRISIS MESIR. Papar semua catatan

3/19/2011

Arab Saudi is NEXT!!!

 




Masyarakat Arab Saudi meneruskan tindakan berdemonstrasi dengan mengadakan protes untuk menuntut perubahan yang sebenar di negeri yang kaya dengan minyak itu. Pada hari Ahad lalu, penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi  di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi bagi mendesak supaya dilepaskan para tahanan. “Mereka menuntut pembebasan saudara-saudara mereka di penjara,” kata salah seorang  aktivis, Mohammed al-Qahtani sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.

Dua hari sebelum itu, ratusan penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di timur  Arab Saudi bagi menuntut reformasi politik. Di bawah pengawalan ketat para petugas keselamatan yang bersenjata lengkap di seluruh negeri, kira-kira 500 orang penunjuk perasaan, terutamanya daripada golongan Syiah telah turun ke jalan-jalan di bandar Hufuf, Qatif dan Awamiya pada hari Jumaat yang lalu.

Pihak berkuasa Saudi mengerahkan ratusan anggota polis di Riyadh dan di bandar-bandar utama yang lain supaya bersedia bagi menghadapi tunjuk perasaan anti-pemerintah yang dilakukan selepas  solat Jumaat.
Sehari sebelum itu, polis Saudi melepaskan tembakan bagi meleraikan para penunjuk perasaan di timur bandar Qatif. Sekurang-kurangnya tiga orang syiah tercedera. Beberapa saksi melaporkan bahawa polis juga memukul para penunjuk perasaan dengan kayu cota.

Selain itu, lebih daripada 32 ribu rakyat Saudi menyatakan sokongan terhadap seruan untuk diadakan demonstrasi pada  hari Jumaat yang lalu dan pada 20 Mac akan datang. Sementara itu, pemerintah Arab Saudi telah meningkatkan pengawasan keselamatannya di ibukota dan Qatif.

Di Arab Saudi, tindakan mengadakan tunjuk perasaan yang menampilkan perbezaan dengan pendapat umum adalah dilarang sama sekali dan dianggap salah di sisi undang-undang. Ulama terkenal Wahabi turut menjadi wakil kerajaan dengan mengecam demonstrasi  dan menganggapnya sebagai 'tidak Islami'.

Terdapat sebuah akaun di Facebook, yang mempunyai lebih daripada 17000 penyokong, juga menyeru kepada  “Revolusi Saudi” yang akan diadakan pada 20 Mac ini. Puluhan ribu rakyat Saudi telah bergabung dengan gerakan ini.

Sumber : Syabab.com 

HMMM... SEPERTI YANG DIJANGKA, RAKYAT ARAB SAUDI TELAH LAMA MENYIMPAN PERASAAN KURANG SENANG TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN REJIM SAUDI. SIKAP PEMBESAR SAUDI YANG PRO AMERIKA MENAMBAHKAN LAGI RASA MELUAT RAKYAT SAUDI. ARAB SAUDI MUNGKIN AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI MESIR. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT....WALLAHU'ALLAM... 











2/12/2011

Aset Mubarak Dibekukan





GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.

Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.

Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.

"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.

Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).

Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)

Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi





TERINGAT PULAK KAT DR. MAHATHIR. KENAPA??? SEBABNYA DENGAR CERITA DIA PUN SIMPAN SEBAHAGIAN DUIT DIA KAT BANK SWITZERLAND . IBU ANA PUN PERNAH BAGITAU. KEMUNGKINAN BESAR BETUL DAKWAAN NI SEBAB NEGARA TU MEMANG DILABEL SEBAGAI NEGARA BANK. KEBANYAKKAN ORANG 'BERHARTA' AKAN SIMPAN DUIT DIORANG KAT DALAM BANK DI SANA DEMI KESELAMATAN RETE(HARTA) DIORANG. WALLAHU'ALLAM...







2/06/2011

MESIR - Di Ambang Kejatuhan Empayar Firaun Moden



Apabila rakyat dah mula membenci...


Apabila tentera menyusuli...

Apabila rakyat dan tentera bersatu hati...

Bersatu sehingga ditakuti...

Dan apabila para ulamak mula bangkit bersuara...

Maka bermulalah kisah terkuburnya rejim Mesir yang digelar kuku besi...

Menjadi boneka si Kristian dan Yahudi...

Sebagai peringatan kepada pemimpin yang masih tak sedar diri...

Kerana tahta, sanggup membelakangkan agama sendiri...

Dan ALLAH pasti mengambilnya kembali...

Adakah selepas ini Arab Saudi???

Atau negara kita sendiri???

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI...

WALLAHU'ALLAM...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...