Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/03/2009

Maksud al-Quran & Hadis-hadis


Ni ada serba sedikit maksud2 al-Quran & hadis2 yg aku kumpul sebagai renungan bersama.......

"Adapun kumpulan orang-orang yang beriman & beramal soleh, maka mereka akan ditempatkan di taman syurga dalam keadaan bersuka ria" -surah ar-Ruum 15



"Jika air laut dijadikan dakwat & ranting2 kayu dijadikan pena, nescaya tidak cukup untuk menulis ilmu Allah" -maksud al-Quran



"Tidak akan redha Yahudi & nasrani terhadapmu selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka".



"Orang yang pengasih akan dikasihi oleh tuhan yang maha Pengasih, maka kasihlah yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang ada di langit". -hadis riwayat Abu Daud,Tarmizi & Baihaqi



Sabda Rasulullah: "Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.
Jauhilah doa orang yang dizalimi, walaupun ia adalah seorang kafir kerana doanya tidak terdinding".


"Tujuh golongan yang dinaungi Allah di bawah arasyNya yang mulia: Pemimpin yang adil,pemuda yang rajin beribadah,lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid,orang yang mencintai sahabatnya kerana Allah, lelaki yang digoda untuk berzina tapi ia menahan diri, orang yang menyembunyikan sedekahnya & orang yang mengalirkan air matanya kerana takut kepada Allah".


"Belum berganjak kedua kaki seseorang hamba(dihadapan Allah di hari kiamat), sehingga terlebih ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya & akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya & akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya & untuk apa dibelanjakannya & akan ditanya tentang tubuhnya, untuk apa dibinasakannya(digunakannya)".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...