

Berkampung di Stamford Bridge, The Blues merupakan pendahulu liga setakat ini. Penguasaan Chelsea sukar digugat dengan siri-siri kemenangan bergaya dan jumlah gol yang mengagumkan. Pelantikan Carlo Ancelotti bagi mengantikan khidmat Guss Hindink sebagai jurulatih semestinya dirasakan cukup berbaloi oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich. Ancelotti yang dipancing dari gergasi Itali,AC Milan itu berjaya mengemudi skuad Chelsea mengharungi saingan liga domestik dan antarabangsa dengan penuh konsisten. Mungkin kredit harus diberikan kepada pengendali dari Itali itu yang tidak berputus asa walaupun pasukannya telah beberapa kali tewas pada awal musim. 8/11/09- Chelsea tewaskan man utd 1-0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan