Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label KHILAFAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KHILAFAH. Papar semua catatan

12/09/2011

Air Di Kelantan : Rakyat Merana Di Bawah Sistem Federasi


Rakyat Kelantan Perlu Sedar-Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Nasib malang kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan yang terpaksa bergantung kepada air tercemar dengan pelbagai logam berat serta bakteria berbahaya turut mendapat perhatian perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini.

Wakil Wanita UMNO Kelantan, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia berhubung isu air kotor baru-baru ini memberi alasan kukuh mengapa rakyat perlu menolak kerajaan negeri sedia ada.

“Minggu lepas akhbar arus perdana, Utusan Malaysia telah memapar dan mendedahkan bagaimana kotornya sumber air yang digunakan untuk makan minum dan segala keperluan di Kelantan.

“Namun masih ada tidak tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca, gunakanlah akal dan kebijaksanaan untuk memilih yang terbaik,” katanya ketika membahaskan usul politik pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanah Merah berkata, apa yang lebih mengecewakan, tidak ada sebarang tindakan dilakukan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.

Beliau dengan sinis berkata, ‘Pak-pak Lebai’ yang ada di sana hanya tahu mengira untung hasil balak, ladang rakyat dan komisen sahaja.

“Rakyat terus menderita dan menanggung azab, rintihan mereka sejak 21 tahun lalu dipandang sepi bagai debu ditiup angin lalu.

“Ke mana perginya bantuan RM600 juta yang diberi untuk bekalan air bersih? Mana janji yang ditabur dan adakah manifesto pilihan raya ditunaikan,” katanya.

Nada sama dikongsi wakil Pemuda UMNO negeri itu, Anuar Safian yang meminta rakyat Kelantan bertindak bijak dengan memberi undi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menamatkan penderitaan selama 20 tahun di bawah pentadbiran Pas.

Menurutnya, perbezaan kemampuan antara Pas dengan BN bagi membantu mensejahterakan hidup rakyat negeri itu ibarat langit dan bumi.

Perkara itu jelasnya terbukti apabila Pas mengakui bahawa masalah air di negeri tersebut hanya mampu diselesaikan pada 2027 iaitu 16 tahun dari sekarang.

“Kenyataan itu adalah sangat tidak logik. Mereka (Pas) terlalu asyik berpolitik sehingga memperjudikan nasib hidup mati rakyat apabila gagal mengurus sistem bekalan air.

“Sedangkan dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berjanji masalah itu akan selesai hanya dalam tempoh dua tahun selepas BN memerintah. Justeru, berilah peluang kepada BN,” katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan pelbagai masalah berkaitan bekalan air di Kelantan yang kurang bersih, tidak berkualiti dan berbahaya kepada kesihatan kerana mengandungi logam jenis mangan, arsenik, plumbum dan raksa secara berlebihan selain dicemari bakteria E. coli.

Siri laporan berkenaan juga turut mendedahkan kajian daripada Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Kelantan yang mengesahkan hampir separuh (95.3 peratus) kanak-kanak negeri itu yang berumur bawah enam tahun mengalami gigi reput kerana kekurangan florida dalam air.


Sumber : Utusan Malaysia 1/12/2011




SISTEM KUFUR FEDERASI : PARTI POLITIK  BERTELAGAH,  RAKYAT MERANA

Sudah lebih  54 tahun British meninggalkan Malaysia, namun sistem warisannya masih tetap digunapakai. Kerosakkan aplikasi separation of power (pengasingan kuasa), antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam negara yang mengamalkan sistem federasi semakin hari semakin parah.

Pemisahan wilayah mengikut sistem federasi ini sesungguhnya telah menjadikan umat sebagai mangsa, sehingga sebuah negeri tidak akan dapat menikmati hasil yang sama dengan negeri lain walaupun dalam perkara berkenaan keperluan asas seperti bekalan air bersih, lebih-lebih lagi jika setiap wilayah diperintah oleh pihak yang berbeza. Perbezaan ideologi di antara kerajaan setiap wilayah sudah tentu menyulitkan usaha mengatur urusan rakyat.

Di dalam sistem pemerintahan kufur-sekular ini, kelemahan parti yang memerintah dalam adalah senjata bagi parti lain, sehingga umat ini dijadikan mangsa untuk meraih manfaat. Ditambah dengan pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi, propaganda berupa pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pihak lawan di dalam mengatur urusan rakyat menjadi senjata utama yang diperguna sehabis-habisan.

Sesungguhnya dalam Sistem Pemerintahan Islam, tidak ada doktrin pemecahan kuasa yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan ideologi. Sistem pemerintahan Islam bukanlah berbentuk federal (persekutuan), yang mengasingkan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Dalam Islam tidak adanya perbezaan antara pengurusan wilayah Indonesia ataupun Malaysia, tidak ada autoriti yang terpisah di antara pengurusan wilayah Kelantan ataupun Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana Islam telah menetapkan negara sebagai suatu kesatuan dan  penguasanya hanya satu iaitu khalifah yang mengatur setiap urusan umat, dalam segenap aspek sebagaimana yang termaktub di dalam hadis:

"Sesungguhnya imam itu adalah pengembala (pemimpin), dan ia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. "(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedarlah wahai umat Islam akan kepincangan sistem yang diterapkan hasil warisan penjajah ini. Sesungguhnya tanggungjawab pemimpin kalian akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak dan tanggungjawab kalian adalah melakukan muhasabah pada mereka, bangkit dan sedarlah! 





SUMBER: mykhilafah



2/26/2011

Kenapa Ahmadinejad?






“Someone is killing
Iran’s nuclear
Scientists. But a computer worm
May be the scarier threat”.
-The Shadow War

Ini merupakan petikan dari laman web Newsweek. Petikan ini membayangkan satu pakatan jahat lagi tersembunyi pemimpin Kafir harbi(menentang Islam) yang diketuai Amerika mensabotaj program nuklear Iran. Semua ini berlaku selepas mereka gagal menyekat kemajuan Iran dalam teknologi nuklear melalui pelbagai sekatan ekonomi. Lebih menyedihkan lagi, Amerika dan konco-konconya juga berkolabrasi dengan segelintir pemimpin Negara Islam sendiri. Apakah tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menghancurkan satu lagi Negara Islam selepas mereka berjaya meranapkan Afghanistan dan Iraq menjadi abu. Semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi masing-masing, negara-negara Islam yang terlalu taksub dengan kehebatan Barat akhirnya tunduk mengikut telunjuk musuh Islam. Mereka kaya tetapi ‘kurang cerdik’ kerana sanggup menjual akhirat untuk membeli kesenangan dunia yang sedikit.

Negara Islam keparat ini tak kisah apa yang terjadi pada negara Islam lain, yang mereka tahu kepentingan mereka dilindungi Barat. Ini adalah kesan daripada pengaruh musuh Islam yang berjaya memisahkan umat Islam yang teramat ramai dengan sempadan negara masing-masing. Pemikiran ini telah lama sebati dalam kalangan umat Islam akhir zaman ini yang mendahulukan keselamatan negara masing-masing tanpa memikirkan survival agama Islam secara global.

Malah Wikileaks sebelum ini pernah mendedahkan bahawa seorang pemimpin Arab Saudi (malas nak sebut nama) pernah menyuruh Amerika memenggal kepala Presiden Iran, Ahmadinejad. Jika benar perkara ini berlaku, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada pemimpin negara Islam untuk membela agama Islam? 

Ada sahabat Ana yang bertanya mengapa Ana begitu kagum dengan Ahmadinejad? Sedangkan beliau seorang Syiah. Ana cakap sebabnya Ana belum jumpa pemimpin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berpendirian seperti beliau. Beliau begitu tegas dalam ‘menghentam’ musuh Islam tak seperti orang lain. Malah Ana rasa Ahmadinejad lebih Islamik berbanding pemimpin Islam yang lain. Ketika pemimpin Islam yang lain sibuk mengumpul kemewahan, beliau pula tetap zuhud (sederhana) daalam kehidupan. Kelakar kan? Yang sayangnya, dia masih seorang Syiah dan Ana akui fahaman ini bukanlah fahaman yang baik... Wallahua'llam.










                     How many of Malaysian's leaders are like this...? Yes you got it; not one.
 
 
 
 
 
 
 
 




4/07/2010

SANDIWARA AMERIKA-ISRAEL

Permainan Politik yang dipertontonkan oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini adalah sangat halus sehingga ada yang menganggap bahawa hubungan kedua-dua buah negara itu mula retak. Adakah ini benar? Hal itu timbul berikutan tindakan kerajaan campuran baru Benjamin Netanyahu membenarkan sebanyak lebih 1600 penempatan baru penduduk Yahudi dibina di Jerusalem Timur. Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan pemimpin dunia Arab. Tidak cukup dengan pencerobohan, pembunuhan dan kezaliman yang dilakukan Israel selama ini ke atas penduduk Palestin, Israel terus menceroboh dan membuat sesuka hati ke atas penduduk Palestin. Benjamin Netanyahu kemudian dengan angkuhnya berucap: “Jerusalem bukanlah sebuah penempatan, tetapi ia adalah ibu negara kita dan semua pihak akan tahu bahawa kejiranan ini akan menjadi aman dan ianya adalah sebahagian daripada Israel” katanya di hadapan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel ( America Israel Public Affairs Committee, AIPAC) pada 22hb Mac 2010 yang lalu sambil disambut dengan tepukan gemuruh tetamu yang hadir. Namun, pada masa yang sama lawatanya ke Amerika, dia terpaksa berhadapan dengan desakan Presiden Barack Obama yang mahukan Israel bersikap lebih tolak ansur di dalam hal penempatan kerana tindakan yang dilakukan itu tidak akan dapat memujuk pemimpin-pemimpin Arab untuk bekerjasama di dalam pelan damai baru nanti. Walaupun mereka telah bermesyuarat selama berjam-jam sehingga PM Israel itu terpaksa menangguhkan kepulangannya, namun tiada kata putus yang dapat dihasilkan daripada perbincangan tentang penempatan baru Israel itu. Sebenarnya, permainan yang hampir serupa telah dimainkan oleh Benjamin Netanyahu laknatullah pada 4 Mac 1997 semasa dia menjadi Perdana Menteri ketika itu dengan Presiden Clinton dan Setiausaha Negara, Madeline Albright. Semasa itu, dia telah meluluskan permohonan penempatan Yahudi yang baru di Har Homa, Timur Jerusalem sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin Arab dan akhirnya ia telah menggagalkan usaha damai yang kononnya sudah sampai ke peringkat akhir. Walaupun usaha damai pada ketika itu ditaja oleh Amerika, kali ini sebabnya agak berbeza. Jika kita lihat kedudukan politik kedua-dua pemimpin di negara masing-masing, kita pasti akan mendapat jawapannya. Benjamin Netanyahu selaku pemimpin Parti Likud yang terkenal dengan sikap keras di dalam memperjuangkan kepentingan rakyat Israel sentiasa mahu dilihat sebagai pemimpin Yahudi yang terulung. Namun, disebabkan kedudukan partinya yang tidak kukuh di dalam kerajaan campuran sekarang menyebabkan dia harus bersikap lebih ‘ultra’ di dalam dasar-dasar memperjuangkan kepentingan rakyat Israel. Justeru, membenarkan lebih banyak rakyatnya membuka penempatan di bahagian Timur Jarusalem adalah salah satu pilihan yang terbaik di dalam menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Yahudi yang hebat di mata rakyat Israel. Ia mula menampakkan hasil apabila sedikit demi sedikit, kedudukan partinya di dalam kerajaan campuran semakin kuat. Begitu juga dengan kedudukan Presiden Barack Obama ketika ini. Kedudukannya sudah pun goyah sejak awal-awal mengambilalih jawatan Presiden Amerika daripada George W. Bush. apabila kempennya ”Hope for change” menjadi malap dan kabur akibat kegoncangan ekonomi yang melanda Amerika yang dikatakan berpunca daripada krisis subprime mortgage. Obama juga dilihat lemah di dalam menangani kekuatan Iran. Manakala janji-janjinya untuk membawa pulang tentera di Iraq menjadi semakin tidak pasti kerana pelbagai kemungkinan yang mesti diambilkira samada daripada aspek ekonomi, keselamatan dan ketidaktentuan politik yang sedang dilalui oleh kerajaan boneka Iraq pada ketika ini. Kegagalan di Afganistan juga tidak jauh berbeza sehingga semakin banyak keranda-keranda yang berisi mayat tentera Amerika dihantar pulang daripada Afganistan. Ini sudah tentu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Amerika kerana mereka sudah mula merasa ditipu oleh kempen ”Hope for change” itu. Jadi, dengan menganjurkan usaha damai konflik Israel-Palestin ini, ia diharapkan dapat menaikkan semula populariti Obama. Kerana itulah, Obama benar-benar tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Israel itu. Jika usaha damai itu gagal, nescaya kedudukan politik Obama pasti goyah menjelang pilihanraya Presiden pada 2012 nanti. Namun, perkara yang paling utama yang harus diperhatikan oleh kaum muslimin pada ketika ini adalah ’ketegangan’ hubungan antara Amerika-Israel itu bukanlah satu harapan tetapi ianya adalah satu permainan yang hendak melalaikan kita daripada hal yang sebenar. Perkara yang sebenar mesti harus kita ketahui adalah hubungan Amerika-Israel tetap kukuh dan akan terus berkeadaan begitu atas beberapa sebab:

1)
Sehingga saat ini, Israel masih menikmati USD 3 bilion bantuan dalam bentuk pakej ekonomi dan ketenteraan setiap tahun daripada Amerika. Para pemimpin dan aktivis Amerika yang sentiasa lantang mengkritik tatkala Amerika terlibat dengan aktiviti keganasan, tetapi di dalam hal ini mereka tetap berdiam diri. Padahal bantuan yang disalurkan itu dengan jelas diberikan kepada sebuah kerajaan negara haram yang saban hari melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin.

2) Mengapa negara kecil Israel yang keluasannya hanya lebih kurang 1/17 daripada keluasan Malaysia itu mendapat bantuan begitu banyak daripada Amerika? Ini disebabkan banyak kepentingan Amerika di rantau tersebut yang harus dilindungi. Maka, Amerika menggunakan Israel untuk tujuan itu dan sebagai balasannya, Amerika akan terus memberikan bantuan agar rakyat Israel akan terus menikmati taraf kehidupan yang tinggi dan kehidupan yang sejahtera.

3) Amerika akan memastikan dunia Arab terus berpecah-belah dengan menjadikan Israel sebagai punca kepada perpecahan tersebut. Amerika akan terus mempertahankan dasarnya yang sejak dari dahulu dengan matlamat menjadikan wilayah Palestin itu kepada 2-Negara (2 state solution) iaitu Israel dan Palestin. Perpecahan negara-negara umat Islam merupakan kunci utama kepada penguasaan Amerika di setiap negara Arab di dalam usahanya mengaut kekayaan yang ada di bumi umat Islam. Justeru, hubungan dengan Israel akan mewujudkan ’ancaman’ sehingga setiap negara Arab tidak boleh lari daripada campurtangan Amerika jika tidak, mereka pasti akan menerima nasib sepertimana yang menimpa Iraq.

4)
Amerika akan terus memanfaatkan sikap biadap Israel untuk kepentingannya. Ini adalah kerana Israel sentiasa bercita-cita hendak menguasai wilayah Arab untuk kepentingan orang-orang Yahudi. Amerika sudah pun mengetahuinya dan ia telah dan akan terus mewujudkan halngan-halangan tertentu untuk mengagalkan usaha pengembangan negara Israel dan pengaruhnya ke wilayah Arab kerana jika Israel mampu melakukannya, sudah tentu penguasaan Amerika akan terancam. Antara halangan tersebut adalah dengan mengasingkan wilayah yang bergolak itu dengan negara Arab yang lain. Mendatangkan sejumlah pasukan pengaman di sepanjang sempadan wilayah Arab-Israel. Jadi ini diharapkan dapat ’mengasingkan’ Israel tetapi pada masa yang sama tetap menghadirkan ’momokan ancaman’ kepada negara-negara Arab.
Itulah hakikat yang harus diterima oleh penduduk Palestin dan umat Islam pada ketika ini. Di manakah pemimpin Palestin? Alangkah sedihnya, apabila Presiden Mahmoud Abbas dan pentadbirannya hanya mampu menjadi pemerhati di dalam permainan politik di antara Amerika dan Israel tanpa dapat berbuat apa-apa. Jangankan hendak cuba mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh kedua-dua pemimpin itu, hendak mempengaruhi rakyat Palestin sendiri dia tidak mampu. Pemimpin-pemimpin umat Islam yang lain juga mengambil sikap yang sama bahkan menjadi penghalang kepada sebilangan umat Islam yang hendak membela nasib saurdaranya di Palestin.
Dasar Amerika yang mendokong dan melindungi Israel itu sebagaimana yang Amerika lakukan di belahan dunia yang lain seperti di Taiwan, Jepun dan Amerika Selatan, itu semua hanyalah untuk menjaga kepentingan strategiknya di merata tempat di seluruh dunia. Jadi dengan itu, ia akan terus menjadikan Amerika kuasa ’pengganas’ no.1 dunia untuk sementara ini, sehingga Khilafah tertegak kelak, ia akan mengembalikan Amerika ke benuanya semula!!!, insyaAllah!!!.

3/30/2010

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH


Sabda Rasulullah saw ketika menggali Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

-Hadis riwayat Imam Ahmad


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" di dalam Hadis tersebut.


PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan secara menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang di dalam menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN


Baginda sentiasa bersifat tawadhu' dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh nindanya iaitu Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah.

Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE


Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.


Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantine.



Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung


Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda menarik kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!". Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar!.


Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!". Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!". Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!". Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh! . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


*Siapakah pemimpin sekarang yang seperti Sultan Muhammad Al-Fatih?

Siapa?

Dimana?

Renung-renungkan....

3/16/2010

ADAKAH KAU LUPA?





Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah
* Mari kita bersama-sama membina kembali sistem yang pernah melindungi dan memajukan umat islam dahulu, KHILAFAH!.

Sebuah sistem pemerintahan yang tiada tolok bandingnya.
Pernah mengangkat umat islam sebagai golongan yang disegani.
Baik dari segi keilmuan dan juga ketakwaan.

Memerdekakan umat islam malah bukan islam yang ditindas dengan menghantar bala tentera yang digeruni. Tapi sekarang..........

Jika KHILAFAH dahulu masuh "bernafas" sehingga sekarang, sudah pasti umat islam tidak menjadi seperti hari ini, terus bergelumang dengan dosa, kemunduran dan penghinaan.

Jika masih ada sistem KHILAFAH yang dahulu, sudah pasti tidak siapa yang berani merampas Palestin dari umat islam.
Pasti tidak ada tanah umat islam yang dirampas walau satu inci.

Sudah pasti tiada kedengaran penghinaan demi penghinaan terhadap umat islam seperti yang berlaku pada hari ini.

Pasti tiada kedengaran suara-suara wanita islam menyanyi, menari dan mendedahkan aurat.

Pasti tiada kelihatan filem-filem tidak senonoh ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia, yang ada juga diarahkan oleh orang MELAYU islam!



Fikir-fikirkanlah......










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...