Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label KRISIS LIBYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KRISIS LIBYA. Papar semua catatan

3/31/2011

Kos serangan tentera AS cecah RM1.7b








WASHINGTON - Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Libya mencatatkan kos bernilai AS$550 juta (RM1.7 bilion) setakat ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon, kelmarin.

Kos itu dijangka terus meningkat dengan AS$40 juta (RM121 juta) lagi akan dibelanjakan dalam beberapa minggu akan datang.

Jabatan Pertahanan AS membelanjakan lebih daripada 60 peratus dana itu untuk membeli peralatan senjata seperti peluru berpandu dan bom antara 19 Mac dan 28 Mac lalu.

Komander Tentera Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), James Stavridis berkata, sebutir peluru berpandu Tomahawk yang digunakan AS bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) dan jumlah perbelanjaan untuk senjata sahaja mencecah AS$300 juta (RM908 juta).

Pasukan tentera AS telah membedil sekurang-kurangnya 192 daripada 199 peluru berpandu Tomahawk terhadap barisan pertahanan udara Libya. 

Sumber: SinarHarian


SAH! MEMANG DIORANG NI GILA BERPERANG. MEREKA JUGA GUNAKAN NEGARA-NEGARA ISLAM SEBAGAI 'TAPAK UJIAN' BAGI MENGUJI KECANGGIHAN SENJATA-SENJATA PEMUSNAH MEREKA. MEMANG BETUL LA DUNIA IBARAT SYURGA BAGI ORANG KAFIR DAN IBARAT PENJARA BAGI UMAT ISLAM.








3/22/2011

Bebaskan Libya daripada Ghaddafi dan Kuffar Barat

GADDAFI
Setelah hampir sebulan Mubarak digulingkan, dunia Islam sekali lagi menyaksikan sebuah negara Islam dibuli oleh samseng -semseng keparat dunia yang diketuai Amerika latnatullah. Kita sebagai umat Islam hanya mampu melihat bagaimana Libya dihentam bertubi-tubi oleh peluru berpandu canggih Tomahawk Amerika. Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.


Perkara ini berlaku akibat sikap pemimpin Libya sendiri, Muammar Gaddafi. Banyak sekali cara hidupnya bertentangan dengan ajaran Islam. Kezaliman yang dilakukan akhirnya menyebabkan rakyat bangkit memberontak. Tak mustahil mungkin rakyat Libya sendiri yang menjadi tali barut Amerika dalam kempen mengulingkan Gaddafi ni. Ianya seperti mana yang berlaku ke atas Saddam di Iraq, yang mana rakyat Iraq sendiri yang mereka cerita kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

SADDAM

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menyebelahi Amerika yang kononnya menjadi ‘penyelamat’ kepada rakyat Libya. Hal ini kerana serangan yang dilakukan sudah tentu meragut banyak nyawa umat Islam yang tak berdosa. Yang pasti, mereka merupakan saudara seagama kita.


Jadi apa yang nak jadi dengan pemimpin umat Islam sekarang? Terus bergembira dengan kemewahan negara tanpa menghiraukan pahit jerih kehidupan rakyat dan umat Islam lain seluruh dunia. Inilah yang dikatakan golongan pengkianat. Mengkianati amanah yang telah diberi oleh rakyat bagi menguruskan harta negara. Mereka yang sepatutnya berkerja untuk rakyat telah menjadikan rakyat sebagai hamba abdi...
Wallahua’llam….



TOMAHAWK
Range: 2500 KM


 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...