Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

6/22/2010

Piala Dunia Menyihir Dunia

Siapa yang tidak tahu akan Piala Dunia? Sangat kurang mereka yang tidak mengetahui tentang temasya MEGA yang berlangsung empat tahun sekali itu. Jika ada yang tidak mengetahuinya pasti dianggap sebagai KOLOT dan KETINGGALAN ZAMAN!

Hampir setiap umat manusia iaitu bani Adam di muka bumi ini sedang merasai bahang daripada penganjuran Piala Dunia di Afrika Selatan. Malah tidak kurang juga yang teruja dan terlalu fanatik mengenai Piala Dunia. Yang menyedihkan mereka juga terdiri daripada umat islam.

Ada yang sanggup bersengkang mata semata-mata ingin melihat perlawanan tersebut. Yang ajaibnya semakin ramai umat Muhammad akhir-akhir ini yang 'bangun tahajud' di tengah kepekatan malam ketika Piala Dunia sedang berlangsung. Ada yang tidak pernah 'bertahajud' mula berjinak-jinak melakukannya. Tidak kira tua atau muda serta jantina, semuanya leka dalam 'tahajud' mereka. Tahajud Dunia!!!

Ana bukanlah tidak meminati bola sepak. Kadang-kadang ana juga tengok perlawanan-perlawanan dalam Piala Dunia. Ana juga ada jersi bola sepak. Tapi Ana sedih melihat ada umat islam yang sanggup melalaikan urusan akhirat yang lebih utama semata-mata kerana bola sepak. Ada juga mereka yang terlalu obses dengan bola sehingga sanggup bergaduh apabila pasukan kegemaran mereka diejek. Mereka sanggup bertegang lidah jika ada satu-satu fakta tentang bola sepak tidak disebut dengan betul. Lebih teruk ada yang leka berjudi bola. Memang benar sabda Rasulullah, umat muhammad di akhir zaman seperti buih-buih selepas banjir. Tinggi KUANTITI tapi rendah KUALITI.

Ana bukan apa, cuma ingin menasihatkan umat islam. Termasuk diri Ana. Kalau minat bola tidak menjadi masalah kalau kena dengan syarak. Ambillah dunia tapi JANGAN SESEKALI lupa akhirat. Jika tidak, Piala Dunia ini akan menjadi candu paling berjaya dalam usaha musuh-musuh islam memalingkan tumpuan umat islam dari perkara yang lebih penting. Piala Dunia melalaikan umat islam dari mengingati kesengsaraan umat Palestin dan banyak lagi masalah-masalah Muslim yang belum selesai seperti perpaduan, keruntuhan akhlak dan pergaulan bebas.
Jangan kerana bola sepak kita diazab oleh ALLAH kelak. Jangan kerana bola sepak kita tidak mampu menjawab soalan MUNGKAR dan NAKIR di alam kubur. Jangan sebab bola sepak, kita leka dengan dunia yang Fana dan abaikan Akhirat yang Baqa'.

Dalam masa yang sama, dunia juga lupa seketika tentang masalah-masalah lain di seluruh dunia. Rata-ratanya yang didalangi oleh Amerika dan kroninya seperti peperangan, kejatuhan ekonomi dan percemaran alam....

Fikir-fikirkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...