Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Memaparkan catatan dengan label bolasePak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasePak. Papar semua catatan

7/11/2010

Piala Dunia yang fana - FINAL!



Bismillah.....Insyallah awal pagi esok akan menentukan siapa yang layak bergelar Juara Dunia sebenar dalam arena bola sepak. Setelah dunia menyaksikan penyingkiran awal Juara dan penyandang juara Piala Dunia edisi 4 tahun lalu yakni Itali dan Perancis, seluruh penduduk planet ini akan menyaksikan pertembungan hebat antara Sepanyol dan Belanda. Selaku Juara Eropah, Sepanyol mungkin menjadi pasukan pilihan namun kemampuan Belanda tidak boleh dipandang ringan.Apa-apa pun awal pagi esok pasti ramai umat manusia yang akan 'berqiamulai' dan tidak kurang yang akan 'bertahajud' bagi menonton perlawanan akhir ini.

Bagi yang menyediakan skrin besar tak kira di kedai mamak, di kafe-kafe ataupun di universiti seperti di tempat ana ni, ana rasa elok juga kita selitkan sesi-sesi yang bersifat kerohanian bagi penonton yang beragama islam seperti di tempat ana ni yang mengadakan ceramah agama selepas solat maghrib berjemaah. Ceramah ini menerangkan bahawa Islam tak melarang kita berhibur selagi ia tak berlawanan dengan syarak dan tak melalaikan kita. Ustaz yang bagi ceramah pun boleh tahan lawak gak, hehehe...

Akhir sekali. Bola-bola jugak, tapi solat subuh besok
pagi jangan la tinggal plak ya. Wallahu'allam...























Fanatik gak Syeikh ni kan?Ni mesti tengah call
Messi ni.............................hehehe....
>>>>>>>>>>>

6/22/2010

Piala Dunia Menyihir Dunia

Siapa yang tidak tahu akan Piala Dunia? Sangat kurang mereka yang tidak mengetahui tentang temasya MEGA yang berlangsung empat tahun sekali itu. Jika ada yang tidak mengetahuinya pasti dianggap sebagai KOLOT dan KETINGGALAN ZAMAN!

Hampir setiap umat manusia iaitu bani Adam di muka bumi ini sedang merasai bahang daripada penganjuran Piala Dunia di Afrika Selatan. Malah tidak kurang juga yang teruja dan terlalu fanatik mengenai Piala Dunia. Yang menyedihkan mereka juga terdiri daripada umat islam.

Ada yang sanggup bersengkang mata semata-mata ingin melihat perlawanan tersebut. Yang ajaibnya semakin ramai umat Muhammad akhir-akhir ini yang 'bangun tahajud' di tengah kepekatan malam ketika Piala Dunia sedang berlangsung. Ada yang tidak pernah 'bertahajud' mula berjinak-jinak melakukannya. Tidak kira tua atau muda serta jantina, semuanya leka dalam 'tahajud' mereka. Tahajud Dunia!!!

Ana bukanlah tidak meminati bola sepak. Kadang-kadang ana juga tengok perlawanan-perlawanan dalam Piala Dunia. Ana juga ada jersi bola sepak. Tapi Ana sedih melihat ada umat islam yang sanggup melalaikan urusan akhirat yang lebih utama semata-mata kerana bola sepak. Ada juga mereka yang terlalu obses dengan bola sehingga sanggup bergaduh apabila pasukan kegemaran mereka diejek. Mereka sanggup bertegang lidah jika ada satu-satu fakta tentang bola sepak tidak disebut dengan betul. Lebih teruk ada yang leka berjudi bola. Memang benar sabda Rasulullah, umat muhammad di akhir zaman seperti buih-buih selepas banjir. Tinggi KUANTITI tapi rendah KUALITI.

Ana bukan apa, cuma ingin menasihatkan umat islam. Termasuk diri Ana. Kalau minat bola tidak menjadi masalah kalau kena dengan syarak. Ambillah dunia tapi JANGAN SESEKALI lupa akhirat. Jika tidak, Piala Dunia ini akan menjadi candu paling berjaya dalam usaha musuh-musuh islam memalingkan tumpuan umat islam dari perkara yang lebih penting. Piala Dunia melalaikan umat islam dari mengingati kesengsaraan umat Palestin dan banyak lagi masalah-masalah Muslim yang belum selesai seperti perpaduan, keruntuhan akhlak dan pergaulan bebas.
Jangan kerana bola sepak kita diazab oleh ALLAH kelak. Jangan kerana bola sepak kita tidak mampu menjawab soalan MUNGKAR dan NAKIR di alam kubur. Jangan sebab bola sepak, kita leka dengan dunia yang Fana dan abaikan Akhirat yang Baqa'.

Dalam masa yang sama, dunia juga lupa seketika tentang masalah-masalah lain di seluruh dunia. Rata-ratanya yang didalangi oleh Amerika dan kroninya seperti peperangan, kejatuhan ekonomi dan percemaran alam....

Fikir-fikirkanlah...

11/04/2009

La Liga

Real Madrid







Kelab bolasepak terkaya & paling berjaya di Sepanyol, Real kini mengalami tekanan untuk terus bersaing dalam kempen 2009. Dengan perolehan baru pemain-pemain handalan dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, & Karim Benzima,Real diharap dapat mempamerkan prestasi yang mengagumkan. Namun harapan tinggal harapan apabila Real telah mengalami kekalahan demi kekalahan. Real juga pernah dibelasah 4-0 oleh kelab kerdil yang tak pernah aku dengar.
Namun Real Madrid mungkin sudah bangun dari tidur apabila seri dengan AC Milan pada perlawanan lepas.




Barcelona



Kelab yang kebal & kini berada di persada La Liga. Barcelona tidak perlu membuktikan apa-apa sebagai sebuah kelab yang konsisten di sepanjang musim. Kelab ini ternyata berada di tahap terbaik.

Liverpool

Liverpool

Siapa boleh melupakan perlawanan yang paling dramatik dalam sejarah Liga Juara-Juara, iaitu perlawanan antara Liverpool & AC Milan. Perlawanan yang berlangsung di Istanbul itu mengejutkan semua pihak apabila the Reds berjaya bangkit & menyamai Milan pada minit-minit akhir, walaupun ramai yang menganggap sudah tiada harapan bagi liverpool.

Ini mungkin menjadi ingatan bagi peminat Liverpool & igauan bagi penyokong-penyokong Milan. Inilah gambaran kehebatan LIverpool. Mempunyai semangat kental & terus berjuang. Tetapi semua itu hanya sebagai sejarah yang manis untuk dingati kerana Liverpool sekarang dalam keadaan terumbang-ambing. Pasukan dari Anfield itu semakin terdesak untuk memastikan mereka terus berada dalam saingan liga. Kekalahan demi kekalahan dalam Liga domestik & Eropah sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Liverpool. Liverpool mungkin terlalu bergantung kepada Steven Gerrard & Torres.

Tanpa kedua-dua key player ini, Liverpool seolah-olah tempang. Ini diburukkan lagi dengan kebangkitan pasukan yang sebelum ini dianggap hingusan & tidak kosisten,Arsenal. Yang kini selesa di tangga ketiga. Karier Benitez bersama Liverpool pula kian malap. Namun anda perlu ingat, semua boleh berlaku dalam dunia bolasepak. Kelab yang pernah memenangi 7 FA Cups,7 League Cups & 5 European Cups ini mungkin akan bangkit semula & mengulangi kejayaan lampau & merampas kembali gelaran Liga. Jadi tunggu & lihat...

11/03/2009

chelsea



Berkampung di Stamford Bridge, The Blues merupakan pendahulu liga setakat ini. Penguasaan Chelsea sukar digugat dengan siri-siri kemenangan bergaya dan jumlah gol yang mengagumkan. Pelantikan Carlo Ancelotti bagi mengantikan khidmat Guss Hindink sebagai jurulatih semestinya dirasakan cukup berbaloi oleh pemilik Chelsea, Roman Abramovich. Ancelotti yang dipancing dari gergasi Itali,AC Milan itu berjaya mengemudi skuad Chelsea mengharungi saingan liga domestik dan antarabangsa dengan penuh konsisten. Mungkin kredit harus diberikan kepada pengendali dari Itali itu yang tidak berputus asa walaupun pasukannya telah beberapa kali tewas pada awal musim. 8/11/09- Chelsea tewaskan man utd 1-0.

Arsenal




Kelab dari London Utara ini di bawah kendalian Arsene Wenger. Wenger dilabel sebagai kedekut oleh pengkritik kerana liat untuk melabur bagi mendapatkan pemain-pemain bertaraf bintang. Beliau lebih selesa mendapatkan pemain-pemain muda yang tidak ternama untuk diasah bakatnya di Emirates.

Wenger berjaya menyangkal kritikan itu apabila skuadnya sekarang menunjukkan perkembangan yang boleh dibanggakan. Pelan jangka panjang wenger ternyata berjaya. Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain hingusan yang baru diserap ke dalam kebelasan utama The Gunners.

Ia adalah untuk memberi pendedahan awal kepada skuad mudanya yang belum pernah beraksi di padang. Ini juga mungkin masih di peringkat ekperimen & ternyata experimen ini berjaya apabila anak buah Wenger berjaya membenam pasukan-pasukan handalan seperti Liverpool.

Senior & perancang utama dalam pasukan Wenger sudah pastinya Van. Persie, Fabregas, Eduardo & Ashavin walaupun rata-ratanya umur mereka tidak jauh bezanya dengan 'adik-adik' mereka. Sekarang, di tangga ke-3 liga, Arsenal terus dahagakan kemenangan....

Manchester United



Siapa tidak kenal dengan Man Utd. Juara bertahan yang boleh dianggap kelab bolasepak paling berjaya di dunia. Rooney merupakan anak emas Alex Ferguson setelah ketiadaan pemain paling mahal dunia, Critiano Ronaldo yang berhijrah ke Real. Sekarang Red Devils sedang mencongak strategi bagi merampas tahta Liga daripada Chelsea. Perlawanan seterusnya Man Utd menentang Chelsea yang pasti menjadi perlawanan tumpuan. Kedua-dua pasukan pasti menurunkan barisan terkuat mereka bagi mempertahan & memperbaiki kedudukan mereka.

Manchester City




Sebuah kelab yang boleh digelar orang kaya baru(OKB). Menjadi kuasa baru dalam saingan EPL musim ini. Berbekalkan sumber kewangan yang terlebih cukup, Man City berjaya menempatkan diri dalam senarai kelab-kelab elit EPL dan Eropah umumnya. Kelab kendalian Hughes itu boleh dikatakan sebaris atau mengatasi kelab-kelab ternama EPL seperti Chelsea, Manchester United, Arsenal & Liverpool dari segi bajet, tetapi bukan pengalaman. Masih banyak Hughes perlu lakukan untuk memastikan pelaburan besar pemilik City,Sheikh Mansour adalah berbaloi.

Cuba bayangkan berapakah jumlah keseluruhan pelaburan yang telah dibuat sejak awal musim bagi mendapatkan pemain-pemain bintang seperti Robinho,Santa Cruz, Carlos Tevez, Adebayor & Toure. Perkara pertama yang mesti difikirkan Hughes ialah bagaimana untuk terus kekal dalam saingan liga yang disertai kelab-kelab gergasi yang lebih berpengalaman atau berkemungkinan dipecat....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...