Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/03/2009

Arsenal




Kelab dari London Utara ini di bawah kendalian Arsene Wenger. Wenger dilabel sebagai kedekut oleh pengkritik kerana liat untuk melabur bagi mendapatkan pemain-pemain bertaraf bintang. Beliau lebih selesa mendapatkan pemain-pemain muda yang tidak ternama untuk diasah bakatnya di Emirates.

Wenger berjaya menyangkal kritikan itu apabila skuadnya sekarang menunjukkan perkembangan yang boleh dibanggakan. Pelan jangka panjang wenger ternyata berjaya. Arsenal dibarisi oleh pemain-pemain hingusan yang baru diserap ke dalam kebelasan utama The Gunners.

Ia adalah untuk memberi pendedahan awal kepada skuad mudanya yang belum pernah beraksi di padang. Ini juga mungkin masih di peringkat ekperimen & ternyata experimen ini berjaya apabila anak buah Wenger berjaya membenam pasukan-pasukan handalan seperti Liverpool.

Senior & perancang utama dalam pasukan Wenger sudah pastinya Van. Persie, Fabregas, Eduardo & Ashavin walaupun rata-ratanya umur mereka tidak jauh bezanya dengan 'adik-adik' mereka. Sekarang, di tangga ke-3 liga, Arsenal terus dahagakan kemenangan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...