Halaman

Sahabat-sahabat ana...
3/09/2011
Fakta Menarik
2/01/2010
Khasiat Roselle

Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.
Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :
1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.
2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.
4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.
5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.
6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.
Glosari:
1 Kolesterol LDL - juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat'
2 Arteri - saluran darah berotot yang membawa darah keluar dari jantung
3 Arteriosklerosis - penebalan dinding pembuluh nadi dengan akibat hilangnya kelenturan pembuluh nadi
4 Trombosis - penyakit yang disebabkan oleh penggumpalan darah yang terjadi di otak (cerebral stroke) mahupun di jantung (myocardial infaction) yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian
5 Penjaram - sejenis kuih tradisi suku kaum Bajau di Sabah
1/28/2010
Kereta Obama

Amerika Syarikat merupakan ketua kepada negara-negara "samseng" di planet ini. Dasar luarnya yang selalu berat sebelah telah lama menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat dunia terutamanya umat Islam. Namun, adalah suatu yang mengujakan apabila berbicara tentang teknologi dan kepakaran yang ada dan diguna pakai di negara kuasa besar itu. Pepatah ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Apa yang baik yang datang dari Amerika perlu diterapkan dalam negara-negara islam sekarang selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, budaya cintakan ilmu, gemar mengkaji dan berinovasi perlu diikuti oleh umat Islam, jika mahu melihat Islam kembali berada dalam zaman kegemilangan setelah sekian lama berada dalam era kegelapan. Dalam waktu yang sama, kita juga WAJIB menolak bulat-bulat segala budaya Amerika yang bertentangan dengan Islam seperti pergaulan bebas.
Ha.... ini adalah satu antara bertimbun-timbun teknologi canggih yang ada di Amerika, Kereta Berperisai Presiden Amerika, Barak Obama.

Kereta ini dari model Cadillac One.
Harga: AS$435,000 (RM 1.49j)
Panjang: 5.49m
Kelajuan maksima: 100kmj
Pacuan: 0 hingga 100 kmj dalam 15 saat
Penggunaan minyak: 2.8 km setiap liter
Rangka: Diperbuat dari keluli, aluminium, titanium dan seramik.
Pemandu: Dilatih khas oleh CIA. Papan pemuka dilengkapi GPS dan peralatan komunikasi.
Pintu: Plat diperkukuh setebal 20 sm.
Tempat duduk belakang: Boleh memuatkan 4 orang penumpang di belakang pemisah kaca. Hanya Obama mempunyai suis menurunkannya. Butang panik turut dipasang bagi mendapatkan bantuan.
Tempat duduk Obama: Dilengkapi meja boleh lipat,komputer riba dan telefon satelit dan talian langsung dengan Naib Presiden dan Pentagon.
But: Bekalan oksigen dan sistem pemadam api.
Tangki minyak: Diperkukuh dan diisi bahan khas yang menghalang letupan.
Bank darah: Bekalan darah presiden disimpan di dalam kereta bagi langkah berjaga-jaga andai pemindahan diperlukan.
Pertahanan: Peledak gas pemedih mata dan senapang disimpan di dalam kereta.
Tingkap pemandu: Kalis peluru. Satu-satunya tingkap yang boleh dibuka hanya 8sm.
Tayar: Rim diperkukuh campuran Kevlar dan membenarkan kereta bergerak sekalipun tayar meletup.
Casis: Bahagian bawah kereta diperkukuh plat keluli setebal 12sm untuk melindungi daripada letupan bom daripada bawah.

12/29/2009
Paus Biru

Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuklah 11 daripada jenis ‘baleen whales’ dan 69 lagi jenis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba.
Ikan paus biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 25 meter dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.
Springbok


Springbok
§ Berasal dari perkataan spring=lompat & bok=Anthelop/ kambing.
§ Setinggi 80 cm.
§ Springbok jantan biasanya seberat 30-50kg dan betina seberat 26-40kg.
§ Mampu memecut dari 80 hingga 90 km/h (50-55mph).
§ Boleh melompat setinggi 3.50m dan lompatan sejauh 15m.
§ Jika dinilai dari segi kepantasan, ia adalah antara mangsa yang sukar dikejar.