Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

3/31/2011

Kos serangan tentera AS cecah RM1.7b








WASHINGTON - Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Libya mencatatkan kos bernilai AS$550 juta (RM1.7 bilion) setakat ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon, kelmarin.

Kos itu dijangka terus meningkat dengan AS$40 juta (RM121 juta) lagi akan dibelanjakan dalam beberapa minggu akan datang.

Jabatan Pertahanan AS membelanjakan lebih daripada 60 peratus dana itu untuk membeli peralatan senjata seperti peluru berpandu dan bom antara 19 Mac dan 28 Mac lalu.

Komander Tentera Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), James Stavridis berkata, sebutir peluru berpandu Tomahawk yang digunakan AS bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) dan jumlah perbelanjaan untuk senjata sahaja mencecah AS$300 juta (RM908 juta).

Pasukan tentera AS telah membedil sekurang-kurangnya 192 daripada 199 peluru berpandu Tomahawk terhadap barisan pertahanan udara Libya. 

Sumber: SinarHarian


SAH! MEMANG DIORANG NI GILA BERPERANG. MEREKA JUGA GUNAKAN NEGARA-NEGARA ISLAM SEBAGAI 'TAPAK UJIAN' BAGI MENGUJI KECANGGIHAN SENJATA-SENJATA PEMUSNAH MEREKA. MEMANG BETUL LA DUNIA IBARAT SYURGA BAGI ORANG KAFIR DAN IBARAT PENJARA BAGI UMAT ISLAM.








3/27/2011

BIRI-BIRI LAHIRKAN ANJING




XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Sumber: kosmo






SAMADA BETUL ATAU TIDAK KEJADIAN NI, YANG PASTI TIADA SATU PUN YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH...WALLAHU'ALLAM.






3/26/2011

LAMBORGHINI REVENTON


 Lampu belakang berbentuk anak panah
Siapa yang tak kenal Lamborghini? Sebuah syarikat gergasi automotif dunia. Membina pelbagai jentera SUPERCARS yang mengagumkan. Lambo merupakan antara pengeluar kereta terpantas di muka bumi yang fana ini. Setelah lama tak menyentuh tentang kereta, pada kali ini Ana akan membawakan sebuah kereta super yang bergelar Lamborghini Reventon. 
Ia merupakan sebuah rekaan radikal lagi agresif para jurutera Lamborghini. Ia diilhamkan dari rekabentuk sebuah jet pejuang. 


 Paparan meter seperti di dalam korpit Jet Pejuang

Model ni juga merupakan model edisi terhad. Pembeli bertuah akan dipilih oleh pihak Lamborghini sendiri. Malah bagi model varian Reventon Roadster yang sangat terhad, dianggarkan hanya seorang daripada 700,000,000 manusia yang mungkin terpilih untuk memiliki model ni!. Are You The Chosen One?

Spesifikasi>>>
Jenis Kenderaan: dua pintu coupe, (terhad hingga 20 unit shj) Harga: 1Juta Euro Konfigurasi:  Mid Engine / AWD Enjin: 6.5 L (400 cu in) V12
Kapasiti: 6496 cc Transmisi: E-Gear / 6-speed manual Kuasa kuda: 650 bhp pada 8000 rpm Tork: 487-ft pada 6000 rpm
Panjang: 4700 mm (190 in)
Lebar: 2058 mm (81 in)
Tinggi: 1135 mm (44.7 in)
Berat:  3670 lbs0-60 mph: 3.3 secs Kelajuan Maksima: 211 mph 


 Reventon Roadster
(Hanya 9 unit dibina)




 WALLAHU'ALLAM...



3/25/2011

SYRIA BERGOLAK








NICOSIA - Lebih 100 orang terbunuh selepas anggota-anggota polis bersenjata melepaskan tembakan ke sekumpulan penunjuk perasaan di bandar Daraa, selatan Syria kelmarin, menurut beberapa saksi dan aktivis hak asasi manusia semalam.


Aktivis hak asasi manusia di Daraa, Ayman al-Asswad berkata, anggota-anggota keselamatan menggunakan peluru hidup ketika menembak ke arah para penunjuk perasaan di bandar yang terletak 120 kilometer ke selatan Damsyik.

"Angka kematian sudah pasti melebihi 100 orang dan penduduk di bandar ini memerlukan masa selama seminggu untuk mengebumikan para syuhada mereka," katanya yang dihubungi melalui telefon di sini semalam.

Seorang lagi aktivis meletakkan angka kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 150 kematian. Namun, perkara berbeza dilapor oleh pihak berkuasa Syria apabila hanya 10 orang sahaja yang mati.

Bandar Daraa yang mempunyai penduduk seramai 75,000 orang telah menjadi kubu kuat tunjuk perasaan antipmerintah sejak 18 Mac lalu.Sementara itu, ribuan orang menjerit kebebasan di bandar ini semasa majlis pengebumian sembilan orang penunjuk perasaan antipemerintah diadakan.

Tindakan para penunjuk perasaan itu membantah pemerintahan yang dipimpin oleh Parti Baath yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Syiah di Iran.Bandar ini dihuni oleh ramai penduduk berfahaman Sunah.

Amerika Syarikat turut mengutuk pembunuhan di bandar ini.Ekoran tunjuk perasaan itu, Syria akan membuat beberapa keputusan penting.Pengumuman itu dibuat oleh seorang penasihat kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas tunjuk perasaan antipmerintah berlaku sejak seminggu lalu.

Para penunjuk perasaan itu mahu Bashar meletakkan jawatan. Tuntutan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia pada Januari lalu dan Hosni Mubarak mengikut jejak sama di Mesir akibat kebangkitan rakyat.
Bashar menjadi presiden pada 2002 bagi menggantikan bapanya yang meninggal dunia, Hafez al-Assad. - Agensi


Sumber: Kosmo




NAMPAKNYA TREND MENGULINGKAN KERAJAAN DI NEGARA UMAT ISLAM SEMAKIN MEREBAK. TETAPI JANGAN MENJADIKAN PERBEZAAN FAHAMAN SEBAGAI ALASAN KITA BERTINDAK SEDEMIKIAN. SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA MUSUH-MUSUH ISLAM SEDANG MENGINTAI PELUANG MENAKLUK SATU PERSATU NEGARA ISLAM YANG BERGOLAK. INGATLAH SIAPA MUSUH KITA YANG SEBENAR..
 
 

3/23/2011

Jambatan Gulung

Firma reka bentuk Heatherwick Studio yang berpengkalan di United Kingdom mencipta jambatan kayu dan besi setinggi 39 kaki pada 2004. Ia berfungsi sebagai penghubung antara kawasan-kawasan kecil Grand Union Canal di London. 



Sistem hidraulik membolehkan jambatan ini digulung menjadi bentuk octagon. Design ni membolehkan bot-bot melalui terusan ni tanpa halangan. Jambatan ni akan digulung setiap Jumaat (ni bukan alasan la nak ponteng sembahyang Jumaat, hehehe....).
Seorang arkitek bernama Donald MacDonald yang berpengalaman 40 tahun kata : "jambatan ni merupakan satu projek eksperimental, ianya sangat rumit untuk apa yang dilakukannya"




KRETIF BETOL LA DIORANG NI. BAGUS REKAAN NI, DAPAT JIMAT RUANG DAN UNIK...






3/22/2011

Bebaskan Libya daripada Ghaddafi dan Kuffar Barat

GADDAFI
Setelah hampir sebulan Mubarak digulingkan, dunia Islam sekali lagi menyaksikan sebuah negara Islam dibuli oleh samseng -semseng keparat dunia yang diketuai Amerika latnatullah. Kita sebagai umat Islam hanya mampu melihat bagaimana Libya dihentam bertubi-tubi oleh peluru berpandu canggih Tomahawk Amerika. Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.


Perkara ini berlaku akibat sikap pemimpin Libya sendiri, Muammar Gaddafi. Banyak sekali cara hidupnya bertentangan dengan ajaran Islam. Kezaliman yang dilakukan akhirnya menyebabkan rakyat bangkit memberontak. Tak mustahil mungkin rakyat Libya sendiri yang menjadi tali barut Amerika dalam kempen mengulingkan Gaddafi ni. Ianya seperti mana yang berlaku ke atas Saddam di Iraq, yang mana rakyat Iraq sendiri yang mereka cerita kononnya Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

SADDAM

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menyebelahi Amerika yang kononnya menjadi ‘penyelamat’ kepada rakyat Libya. Hal ini kerana serangan yang dilakukan sudah tentu meragut banyak nyawa umat Islam yang tak berdosa. Yang pasti, mereka merupakan saudara seagama kita.


Jadi apa yang nak jadi dengan pemimpin umat Islam sekarang? Terus bergembira dengan kemewahan negara tanpa menghiraukan pahit jerih kehidupan rakyat dan umat Islam lain seluruh dunia. Inilah yang dikatakan golongan pengkianat. Mengkianati amanah yang telah diberi oleh rakyat bagi menguruskan harta negara. Mereka yang sepatutnya berkerja untuk rakyat telah menjadikan rakyat sebagai hamba abdi...
Wallahua’llam….



TOMAHAWK
Range: 2500 KM


 


3/20/2011

Kambing




"Orang-orang yg hanya pandai mencari makan dan minum dlm hidup sehariannya tetapi tidak hadir ke majlis2 ulamak adalah seumpama lembu dan kambing pada bodohnya."- Hukamak







3/19/2011

Arab Saudi is NEXT!!!

 




Masyarakat Arab Saudi meneruskan tindakan berdemonstrasi dengan mengadakan protes untuk menuntut perubahan yang sebenar di negeri yang kaya dengan minyak itu. Pada hari Ahad lalu, penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi  di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi bagi mendesak supaya dilepaskan para tahanan. “Mereka menuntut pembebasan saudara-saudara mereka di penjara,” kata salah seorang  aktivis, Mohammed al-Qahtani sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.

Dua hari sebelum itu, ratusan penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di timur  Arab Saudi bagi menuntut reformasi politik. Di bawah pengawalan ketat para petugas keselamatan yang bersenjata lengkap di seluruh negeri, kira-kira 500 orang penunjuk perasaan, terutamanya daripada golongan Syiah telah turun ke jalan-jalan di bandar Hufuf, Qatif dan Awamiya pada hari Jumaat yang lalu.

Pihak berkuasa Saudi mengerahkan ratusan anggota polis di Riyadh dan di bandar-bandar utama yang lain supaya bersedia bagi menghadapi tunjuk perasaan anti-pemerintah yang dilakukan selepas  solat Jumaat.
Sehari sebelum itu, polis Saudi melepaskan tembakan bagi meleraikan para penunjuk perasaan di timur bandar Qatif. Sekurang-kurangnya tiga orang syiah tercedera. Beberapa saksi melaporkan bahawa polis juga memukul para penunjuk perasaan dengan kayu cota.

Selain itu, lebih daripada 32 ribu rakyat Saudi menyatakan sokongan terhadap seruan untuk diadakan demonstrasi pada  hari Jumaat yang lalu dan pada 20 Mac akan datang. Sementara itu, pemerintah Arab Saudi telah meningkatkan pengawasan keselamatannya di ibukota dan Qatif.

Di Arab Saudi, tindakan mengadakan tunjuk perasaan yang menampilkan perbezaan dengan pendapat umum adalah dilarang sama sekali dan dianggap salah di sisi undang-undang. Ulama terkenal Wahabi turut menjadi wakil kerajaan dengan mengecam demonstrasi  dan menganggapnya sebagai 'tidak Islami'.

Terdapat sebuah akaun di Facebook, yang mempunyai lebih daripada 17000 penyokong, juga menyeru kepada  “Revolusi Saudi” yang akan diadakan pada 20 Mac ini. Puluhan ribu rakyat Saudi telah bergabung dengan gerakan ini.

Sumber : Syabab.com 

HMMM... SEPERTI YANG DIJANGKA, RAKYAT ARAB SAUDI TELAH LAMA MENYIMPAN PERASAAN KURANG SENANG TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN REJIM SAUDI. SIKAP PEMBESAR SAUDI YANG PRO AMERIKA MENAMBAHKAN LAGI RASA MELUAT RAKYAT SAUDI. ARAB SAUDI MUNGKIN AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI MESIR. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT....WALLAHU'ALLAM... 











3/18/2011

Bertukar menjadi kera menjadi babi!!!







Dari Abu Umamah Al Bahili (kitab Musnad Imam Ahmad), Rasulullah S.A.W bersabda:
"Satu golongan dari umatku mereka itu bermalam. Mereka makan dan minum. Dan dengan perkara yang melalaikan dan permainan. Dan mereka itu pada waktu pagi kemudiannya bangun menjadi kera menjadi babi. Allah akan meniupkan ke atas mereka ini satu angin. Maka angin ini akan menghancurkan mereka itu. Sebagaimana telah dihancurkan umat-umat sebelum kamu. Kerana mereka minum arak dan mengharuskan arak. Dan mereka memainkan alat-alat muzik dan mereka menggunakan penyanyi-penyanyi wanita".



SEMUANYA SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG. SETIAP MALAM UMAT ISLAM DI MALAYSIA LALAI DENGAN HIBURAN YANG HARAM...NA'UZUBILLAHIMINZALIKA.... SEMOGA MEREKA SEDAR SEBELUM MEREKA BERTUKAR MENJADI BINATANG!!!

3/10/2011

Betik




Betik mudah didapati di Negara beriklim tropika tetapi tumbuhan ini sebenarnya berasal dari Mexico selatan.
Zamrud atau ‘emerald’ yang warna hijau berasal daripada perkataan smaragdus dalam bahasa Greek. Ia dilombong di Mesir sekitar 3,500 tahun sebelum Masihi. Colombia merupakan pengeluar zamrud berkualiti di dunia di samping mempunyai lombong zamrud terbesar.


Pokok terbesar di dunia ialah sejenis pokok yang bernama ‘The General Sherman Tree’ di Sequola Park setinggi 68.75 meter dan 9.25 meter lebar.

Greenland merupakan pulau terbesar di dunia. Keluasannya ialah 2,130,800 km persegi.

Taiwan ialah wilayah yang ditakbir China.


Saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Namun Allah yang lebih mengetahui.

Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuklah 11 daripada jenis ‘baleen whales’ dan 69 lagi jenis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba.

Ikan paus biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 25 meter dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.

Koala bukanlah tergolong dalam kumpulan beruang walaupun rupanya seperti beruang.

3/09/2011

Fakta Menarik



Orang asli Australia mempunyai banyak kelompok, antaranya Kulin, Cepara, Kurnai dan Aranda. Mereka berhijrah ke bumi Australia daripada selatan Asia kira-kira 30,000 tahun lalu.

Di California, Amerika ada satu tempat yang tidak mempunyai air dan suhunya sangat tinggi sehingga 57 darjah selsius. Tempat ini dinamakan Death Valley (Lembah Mati).


* Musim taufan paling aktif di Atlantik ialah pada tahun 2005 dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung. Tujuh daripadanya mencecah kategori 3 ke atas. Taufan ganas Katrina,Rita dan Wilma  terbentuk buat pertama kali dalam satu musim.


* Tasik Titicaca di Peru adalah tasik tertinggi di dunia dan terbesar di Amerika Selatan. Ia terletak pada ketinggian 3,820 meter dari aras laut,membatasi antara Negara Bolivia dan Peru. Tasik yang terletak di pergunungan Andes ini mempunyai keluasan 8,300km persegi,berukuran 190km panjang dan 80km lebar. Terdapat lebih daripada 25 batang sungai mengalir ke tasik ini dan di dalamnya terdapat 41 buah pulau.



* Rumah api pertama di dunia yang dibina dengan batu ialah Smeaton Eddystone, terletak di selatan Plymouth, England. Ia dibina oleh John Smeatone pada 1756. Rumah api itu diterangi dengan 24 batang lilin. Ia bertahan selama 47 tahun sebelum musnah akibat satu kebakaran.Rumah api moden kini menggunakan lampu bertekanan tinggi xenon yang menghasilkan cahaya bersamaan 20 juta batang lilin.





3/03/2011

Maha Pengampun







"When my heart became constricted and my paths became narrow I took my hope in Your pardon and forgiveness as an opening and an escape My sins seemed very great to me but when I compared them to Your forgiveness I found Your forgiveness to be greater" - Imam Shafi'









.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...