Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/14/2009

Novel: Meniti Maut

GOLD,GLORY,GOSPEL. menggambarkan kesungguhan Barat menjajah negara lain. Namun kini mereka menggunakan cara yang sangat halus-melalui economic hitman. Novel karya Eyman Hykal keluaran Alaf 21 ini telah berjaya menarik perhatian aku dengan pengisian yang aku cari-cari selama ini, 90% aksi,berilmu dan berkait dengan isu antarabangsa. Plot cerita dalam novel ini berlaku di beberapa negara seperti Dubai,Thailand,Sepanyol,Amerika dan Malaysia. Meniti maut mengisahkan perjalanan kerjaya seorang pemuda dari Terengganu (kampung aku,hihi..), Fariz yang terpilih menyertai biro perisikan negara malaysia (BISIK) atau boleh dianggap CIA versi Malaysia. Beliau telah diarah melakukan pelbagai tugas risikan. Beliau pernah dikerah untuk menyiasat agenda Amerika yang telah menghantar penasihat-penasihat pelaburan (economic hitman) bagi melabur dalam syarikat-syarikat besar di Malaysia. Dengan cara menabur janji-janji manis akhirnya mereka akan memerangkap syarikat-syarikat terbabit dengan beban hutang dan seterusnya membeli kembali syarikat-syarikat yang bermasalah ini. Tujuan utamanya ialah untuk menguasai ekonomi sesebuah negara. Pelbagai tugas akhirnya telah membawanya kepada tugas yang paling mencabar,untuk membawa keluar seorang lelaki warga Israel-Yahudi yang dihantar oleh Amerika sebagai Jackel (pembunuh upahan). Fariz ditugaskan untuk membawa Tobias keluar dari Malaysia. Jika terpaksa, Tobias perlu diculik atau lebih teruk lagi dibunuh!. Semuanya perlu dilakukan secara sulit. Jackel dihantar untuk menghapuskan ketua-ketua syarikat yang enggan berkerjasama dengan economic hitman. Jackel dianggap sebagai golongan yang kejam dan terlatih untuk membunuh.Tobias sendiri telah menerima latihan ketenteraan dari Israel. Namun semuanya bertambah rumit apabila Tobias telah membawa masalah peribadi dalam tugasnya, iaitu ingin membunuh seorang pejuang Palestin serta adiknya yang menjadi penyumbang dana bagi Pejuang Palestin. Dan semua watak ini kini berada di Malaysia. Berkumpul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menunggu saat membunuh atau dibunuh!

1 ulasan:

  1. Sdra Faizal,
    Assalamualaikum. Terima kasih di atas komen positif saudara. Saya gembira bila saudara dapat menangkap inti MENITI MAUT. Semoga memperoleh manfaat.

    Andainya melayari internet, jangan lupa untuk singgah di http://www.meniti-maut.blogspot.com.

    Di situ ada fragmen-fragmen DETIK DEBAR, novel yang 'dibintangi' FARIZ ZAFAR, Normala Mustakim, Tuan Aziz Tuan Ghani dan Gluke Chayim! Singgah, ya?

    Salam dari saya.
    EymanHykal.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...