Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/24/2011

Apabila Si Jahil Bersuara...

LABIS – Calon Pas, Normala Sudirman membidas pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana gagal memberi kefahaman jelas terhadap parti komponennya MCA berhubung adab bersalam individu Muslim dengan orang lain. Menurutnya, perkara tersebut tidak harus dijadikan isu pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia merupakan fakta yang perlu difahami oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dalam negara. “Ini menunjukkan setelah 53 tahun Merdeka, kerajaan BN masih gagal memberi penerangan terperinci kepada parti komponennya seperti MIC dan MCA tentang adab bersalam seorang wanita Muslim dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. “Kami sebagai seorang wanita Muslim memang tidak bersalam dengan seorang lelaki dan bersalam dengan masyarakat Cina wanita memang tiada masalah kerana mereka adalah perempuan,” katanya pada sidang media di markas Pas di sini semalam.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang yang memakai sarung tangan.
Beliau berkata, bersalaman dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya tidak dibenarkan dalam Islam. “Walau sesiapa pun hatta kami saudara seagama sekalipun, tidak boleh bersalaman dengan lelaki Islam yang mana sepatutnya rakan-rakan komponen BN faham dengan budaya ini supaya ia difahami oleh masyarakat supaya tidak lagi berbangkit,” katanya.

Perkara tersebut didakwa menjadi isu kalangan pengundi Cina di Tenang kerana mereka mendakwa calon Pas itu tidak mesra dengan penduduk di kawasan tersebut. Ketika ditanya tentang tentang bersalam dengan pengundi Cina di pasar tani Labis pagi semalam, Normala berkata tiada golongan lelaki masyarakat Tionghwa menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya kerana telah mendapat penerangan dalam sesi santai yang diadakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain. “Kami memang fleksibel tapi prinsip asas sebagai seorang Islam itu saya cukup prihatin untuk mencari redha Allah SWT,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Dr Zulkefly Ahmad menggesa media tidak menggunakan isu salam sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kali ini. “Tolong jangan jadikan isu salam sebagai perkara pokok pada kempen pilihan raya kecil ini. “Saya minta sungguh-sungguh kerana kita punya isu yang lebih besar seperti kepentingan rakyat. Jangan sampai media hanya memainkan isu ini dan menutup isu lain,” katanya.

sumber: SinarHarian





HAHAHA.... JANGAN BUAT LAWAK LA.... KALAU TAK TAHU APE - APE TENTANG ISLAM, DIAM JE...KAN SENANG...











1/20/2011

Bendera Palestin Berkibar di Amerika


W
ASHINGTON
- Bendera Palestin berkibar megah di bangunan kedutaan negara itu di Washington, Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali, kelmarin.

Tindakan simbolik itu selari dengan usaha penduduk Palestin mendapatkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa bagi mewujudkan sebuah negara merdeka.

Wakil Palestin di Washington, Maen Areikat menegaskan, sudah tiba masanya bendera yang melambangkan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negara sendiri dikibarkan di AS.

Masyarakat antarabangsa mula menyokong penduduk Palestin dengan beberapa negara Amerika Latin dan Rusia mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah dan bukannya tanah rampasan Israel.

Namun, pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen AS, Ileana Ros-Lehtinen dengan biadap menuduh tindakan wakil Palestin itu sebagai gimik murahan.

"Pemimpin Palestin cuba memanipulasi pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap negara yang belum terbentuk tetapi pada masa sama enggan berunding dengan Israel," katanya.

Pentadbiran AS sejak dulu lagi enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika tiada perjanjian dicapai dengan sekutu kuat Washington, iaitu rejim Israel.


SEMOGA INI MERUPAKAN SATU PERKEMBANGAN POSITIF KE ARAH KEAMANAN BUMI PALESTIN. BUKAN SEKADAR RETORIK SEMATA - MATA BAGI MENGABURI MATA MASYARAKAT DUNIA...WALLAHU'ALLAM...


sumber: SinarHarian





1/19/2011

Aku Kembali

Allahuakhbar! Kita hanya mampu merancang tapi Allah lah yang menentukan segalanya. Atas ketentuanNya, Ana telah kembali ke blog ini semula setelah 'berhijrah' ke blog baru buat seketika. Jutaan maaf atas sebarang kesulitan. Masalah teknikal ni mungkin akan selesai tidak lama lagi....Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...