Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/29/2010

Malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....

Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..

Karana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan ke baju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..


Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....

Namun, apa yang pasti,
Kita sekarang berada dalam...




''Malam Pertama Kita''



1/28/2010

Kereta Obama


Amerika Syarikat merupakan ketua kepada negara-negara "samseng" di planet ini. Dasar luarnya yang selalu berat sebelah telah lama menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat dunia terutamanya umat Islam. Namun, adalah suatu yang mengujakan apabila berbicara tentang teknologi dan kepakaran yang ada dan diguna pakai di negara kuasa besar itu. Pepatah ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Apa yang baik yang datang dari Amerika perlu diterapkan dalam negara-negara islam sekarang selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, budaya cintakan ilmu, gemar mengkaji dan berinovasi perlu diikuti oleh umat Islam, jika mahu melihat Islam kembali berada dalam zaman kegemilangan setelah sekian lama berada dalam era kegelapan. Dalam waktu yang sama, kita juga WAJIB menolak bulat-bulat segala budaya Amerika yang bertentangan dengan Islam seperti pergaulan bebas.

Ha.... ini adalah satu antara bertimbun-timbun teknologi canggih yang ada di Amerika, Kereta Berperisai Presiden Amerika, Barak Obama.


Kereta ini dari model Cadillac One.

Harga: AS$435,000 (RM 1.49j)
Panjang: 5.49m
Kelajuan maksima: 100kmj
Pacuan: 0 hingga 100 kmj dalam 15 saat
Penggunaan minyak: 2.8 km setiap liter

Rangka: Diperbuat dari keluli, aluminium, titanium dan seramik.

Pemandu:
Dilatih khas oleh CIA. Papan pemuka dilengkapi GPS dan peralatan komunikasi.


Pintu:
Plat diperkukuh setebal 20 sm.


Tempat duduk belakang:
Boleh memuatkan 4 orang penumpang di belakang pemisah kaca. Hanya Obama mempunyai suis menurunkannya. Butang panik turut dipasang bagi mendapatkan bantuan.


Tempat duduk Obama:
Dilengkapi meja boleh lipat,komputer riba dan telefon satelit dan talian langsung dengan Naib Presiden dan Pentagon.


But:
Bekalan oksigen dan sistem pemadam api.


Tangki minyak:
Diperkukuh dan diisi bahan khas yang menghalang letupan.


Bank darah:
Bekalan darah presiden disimpan di dalam kereta bagi langkah berjaga-jaga andai pemindahan diperlukan.


Pertahanan:
Peledak gas pemedih mata dan senapang disimpan di dalam kereta.


Tingkap pemandu:
Kalis peluru. Satu-satunya tingkap yang boleh dibuka hanya 8sm.


Tayar:
Rim diperkukuh campuran Kevlar dan membenarkan kereta bergerak sekalipun tayar meletup.


Casis:
Bahagian bawah kereta diperkukuh plat keluli setebal 12sm untuk melindungi daripada letupan bom daripada bawah.



Obama diiringi pengawal peribadi terlatih

Jadi, adakah kita mahu umat Islam terus ketinggalan? Ditindas? Kerana kita lemah dan tak berilmu? Bangkitlah umat Islam! bangkitlah dari tidur yang panjang.....
.

1/23/2010

Solat Qasar dan Jamak

Maksud solat qasar bagi orang yang musafir ialah memendekkan atau meringkaskan solat fardhu yang empat rakaat ( Zohor, Asar dan Isya’ ) menjadi dua rakaat sahaja, dengan syarat ia masih lagi dalam musafir dan musafir itu bukan kerana maksiat (sesuatu yang dilarang oleh syarak) kerana solat qasar itu merupakan satu kelonggaran yang hanya dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Manakala solat Maghrib dan Subuh tidak boleh diqasarkan malahan ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Syarat-syarat solat qasar
  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
  • Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zohor, Asar, dan Isya’ sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada’ dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di dalam musafir.
  • Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  • Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam ( sempurna ).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  • Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat qasar, harus solat jamak. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dengan Isya’ dalam satu waktu yang sama, samada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.
Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takkhir.

  • Solat Jamak Taqdim
    • Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya dilakukan solat Zohor dan Maghrib yang dikira solat yang pertama atau yang dahulu itu kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar dan Isya’ yang dikira solat kedua.
    • Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
    • Hendaklah berturut-turut atau mualat antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
    • Hendaklah ia berkekalan pada musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya dengan jadi mukim di antara dua solat itu.
  • Jamak Taqdim dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.


  • Solat Jamak Takkhir
    • Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama, kerana jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
    • Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.
Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah masuk waktunya dibawa ke solat yang kedua.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali. Ertinya ia boleh menjamakkan di antara dua solat serta mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:
  • Menjamakkan dua solat fardhu tanpa qasar.
  • Menjamakkan dua solat fardhu dan qasar.
  • Mengqasarkan solat tanpa jamak iaitu mengerjakan solat Zohor, Asar , Isya’ dengan dua rakaat yang berasingan.
Solat jamak dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi.

Akhir musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati, eloklah dikira dari 60 batu.

Solat bagi orang yang musafir ini ada tiga cara:

  • Jamak dengan qasar sekali.
  • Jamak sahaja tanpa qasar.
  • Qasar sahaja tanpa jamak.
Di antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat.Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna ( tamam ). Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak dan qasarnya. Ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara jamak dan qasar.


Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jamak dan qasar. Tiga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.


Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.

Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar. Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat Jamak Takkhir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai waktu hendak baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jamak/qasar.

Sekian....



Wanita

sabda Rasulullah kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra.."Wanita ibarat semalu ...semalu akan kuncup melambangkan wanita perlu ada sifat malu ..semalu itu berduri melambangkan wanita perlu menjaga diri dan maruah..semalu itu ada akar yang kuat mencengkam tanah melambangkan wanita perlu ada ketarikan yang kuat kpd Allah.. semalu itu akn layu pada senja hari melambangkan wanita perlu pulang ke rumah ketika senja menjelang tiba..

1/22/2010

Palestin, teruslah berjuang!!!


This song is dedicated to all Palestine Fighters who never give in to tear thier blood in other to gain Palestine back from Israel.

I just want they know that there are a lot of peoples behind them. Always be with them and support thier fight...

Keep going till your last breathe...

Till SYAHID!


video



We Will Not Go Down

Michael Heart


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight



We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight





ومضة من الضوء الأبيض المسببة للعمى

اضاءت سماء غزة الليلة
الناس يهرولون للاختباء
ولا يعرف ما إذا كان أنهم حيا أو ميتا

جاءوا مع دباباتهم وطائراتهم
مع ألسنة اللهب الناري يجتاح
ولم يبق شيء
مجرد صوت يرتفع في ضباب الدخان


نحن لن نذهب إلى أسفل
في الليل ، من دون قتال
يمكنك حرق مساجدنا وبيوتنا ومدارسنا
ولكن روحنا لن يموت أبدا
نحن لن نذهب إلى أسفل
في قطاع غزة الليلة

النساء والأطفال على حد سواء
قتل وذبح يلة بعد ليلة

في حين أن قادة ما يسمى بعيد من البلدان
مناقشة بشأن من الذي على خطأ أو حق

ولكن الكلمات عاجزة كانت تذهب سدى
وسقطت القنابل أسفل مثل الأمطار الحمضية
ولكن من خلال الدموع والدم والألم
ما زال يمكن سماع هذا الصوت من خلال ضباب الدخان

نحن لن نذهب إلى أسفل
في الليل ، من دون قتال
يمكنك حرق مساجدنا وبيوتنا ومدارسنا
ولكن روحنا لن يموت أبدا
نحن لن نذهب إلى أسفل
في قطاع غزة الليلة



نحن لن نذهب إلى أسفل
في الليل ، من دون قتال
يمكنك حرق مساجدنا وبيوتنا ومدارسنا
ولكن روحنا لن يموت أبدا
نحن لن نذهب إلى أسفل
في قطاع غزة الليلة

Mengapa kereta kebal PT91?

Sebelum ini Kerajaan Malaysia telah membeli sejumlah kereta kebal terbaru bagi mengetuai pertahanan darat. Kereta kebal ini adalah PT91 atau Pendekar dibeli dari Poland. Jadi, mengapakah ia menjadi pilihan Malaysia? Mari kita singkap tentang salah satu aset pertahanan negara ini.

PT91 bukanlah MBT yang terbaik di dunia. PT91 atau Pendekar mempunyai berat lebih kurang 45 tan dengan sistem perlindungan blok armor ERAWA.Ia merupakan kereta kebal dari generasi ketiga di mana unsur kecanggihannya setaraf dengan Leopard 2A4 milik Singapura, Merkava MKIII atau M1 Abrams. MBT atau Main Battle Tank terbahagi kepada 3 generasi. Generasi keempat sedang dibangunkan dan ini terdiri dari model K2 (Korea Selatan) atau T95 (Russia). Ia dibangunkan berasaskan chasis T-72.
M1 Abrams

Dunia pernah disajikan dengan kisah sedih T-72 apabila kereta kebal M1 Abrams melayak kereta kebal T-72 Iraq dalam siri pertempuran Desert Strom sehingga ke penaklukan Iraq. Kita kecualikan cerita T-72 di Iraq kerana T-72 yang dipakai oleh rejim Saddam Hussein merupakan salinan T-72 yang diberi nama Lion of Babylon atau Asad Babil.Masalahnya sejarah memang tidak berpihak kepada T-72, sebelum konflik di Chencen pun, T-72 milik Syria tidak beraksi dengan baik ketika menentang Israel, asyik menjadi mangsa ratahan kereta kebal Israel dari jenis Merkava. Kita pun tahu, PT91 walaupun sudah dimodenkan, ia tetap tidak setanding dengan mana-mana kereta kebal generasi ketiga yang lain.
Masalah lain, PT91 Pendekar menggunakan sistem autoloader untuk menyumbat peluru meriam ke dalam laras. Ini bermakna peluru dimasukan secara automatik ke dalam laras dan mengurangkan jumlah krew. Sistem ini diketahui sering bermasalah dan bakal mengalami kerosakan atau "jem" dalam hiruk pikuk pertempuran yang lasak. Disebabkan itu, kereta kebal terbaik dunia M1 Abrams menggunakan tenaga manusia (4 krew berbanding 3 krew pada PT91) untuk memasukkan peluru meriam ke dalam laras.

Merkava Israel

Antara faktor kenapa model ini masih menjadi pilihan Malaysia termasuklah:

Faktor pertama, ia mungkin bertindak sebagai pemangkin kerana Malaysia tidak pernah mengoperasikan kereta kebal sebelum ini malah doktrin peperangan yang melibatkan kereta kebal di negara ini masih belum jelas. Singapura sebelum membeli Leopard telah pun mempunyai pengalaman mengoperasikan kereta kebal ringan AMX13 dan Centurion selama lebih 20 tahun.

Leopard Singapura

Jumlah kereta kebal yang dibeli oleh kerajaan Malaysia juga tidak banyak iaitu lebih kurang 48 buah sahaja, tetapi disokong oleh pelbagai misil anti tank yang dibeli dari Perancis dan Pakistan. Ini mungkin memandangkan perancang ketenteraan negara ini sedar, untuk menyaksikan pertempuran MBT dengan MBT di hutan Malaysia adalah sesuatu yang sukar.
Lagipun, sehingga kedatangan MBT jenis Leopard ke dalam inventori Singapura, PT91 merupakan kereta kebal yang terbaik di rantau ini. Singapura sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menghentikan kemaraan PT91 milik Malaysia malah kereta kebal ringan AMX yang dimilikinya sudah terlalu lama.
Kereta kebal AMX buatan Perancis itu sendiri terpaksa berhenti dari bergerak untuk menembak meriamnya (sama seperti kereta kebal Perang Dunia Kedua).

Jadi, Singapura menempah helikopter Apache. Dahulu, penganalisis berpendapat helikopter akan menjadi raja pertempuran menggantikan MBT.
Dengan sejumlah misil MANPADS (tidak diketahui jumlah yang dimiliki Malaysia), yang boleh dilancarkan dari bahu askar infantri, Apache berada dalam keadaan bahaya untuk beroperasi di kawasan ruang udara negara ini yang dipenuhi hutan dan bukit bukau.


MANPADS

Secara satu dengan satu, PT91 masih boleh menewaskan kereta-kereta kebal milik Vietnam, Thailand, Indonesia dan Brunei termasuk milik Singapura yang sedia ada seperti Tempest dan AMX.

Untuk penggunaan lain, tentera darat mungkin bergantung kepada taktik serangan hendap terhadap sebarang kemaraan armor musuh. Kebolehan membuat serangan hendap ini sudah jelas merupakan satu kelebihan kepada ATM dengan mengambil kira faktor geografi negara ini.

1/21/2010

Antara Sunnah-sunnah Hari Jumaat

1) Disunnahkan bagi seseorang memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w..
" Sesungguhnya seutama-utama hari atas kalian adalah hari Jumaat, di dalamnya Adam diciptakan dan di dalamnya beliau diwafatkan. Di dalamnya sangkakala ditiupkan dan didalamnya makhluk-makhluk mati bergelimpangan. Maka perbanyaklah kalian berselawat keatasku, kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku."- HR Ahmad dan Ashhabus Sunan, disahihkan oleh an-Nawawi dan dihasankan oleh al-Mundziri.

2) Mandi pada hari Jumaat,
"Apabila salah seorang dari kalian hendak mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi."-Muttafaq 'alaihi.

3)Berwangian, bersiwak dan berpakaian dengan pakaian yang terbaik,

"Barangsiapa mandi pada hari Jumaat, menggunakan minyak wangi yang dia miliki dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian ia keluar dan berjalan dengan tenang(perlaha-lahan) sampai tiba di masjid, lalu ia ruku'(solat) yang tampak baginya dan ia tidak menggangu seseorangpun, lalu ia diam ketika imam keluar (berkhutbah) sampai menunaikan solat, maka baginya kaffarah(pelebur dosa) antara Jumaat dengan Jumaat yang lainnya."


4) Bergegas ke masjid untuk solat Jumaat yang mana sunnah ini seola-olah telah mati pada saat ini, semoga kita dapat hidupkan kembali sunnah ini dan semoga Allah merahmati mereka yang masih mengamalkannya.

" Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkorban seekor unta, kemudian (yang datang seterusnya) bagaikan orang berkorban sapi, kemudian( yang datang berikutnya) bagaikan orang berkorban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang berkorban seekor ayam, kemudian (yang datang seterusnya) bagaikan orang yang berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk mendengar kuthbah."( Muttfaq 'alayhi)

1/17/2010

Jom kembali ke sekolah..

Welcome to my old school. The best teachers are right here... Dah agak lama aku meninggalkan sekolah menengah ni. Dan tak pernah aku terbayang yang aku akan ada gambar-gambar ni semua. Namun dengan kecanggihan teknologi internet sekarang ni, aku berjaya dapatkan gambar-gambar lama ni yang ada yang aku dah tak ingat dah masa bila dia diambil. Sekolah Menengah Kebangsaan Badrul Alam Shah. Sekolah berhampiran pantai.Di sini aku dapat banyak kawan dan pengalaman yang berharga...
Sebelum aku menjejakkan kaki di sekolah ni, bermacam-macam cerita yang aku dengar tentang sekolah ni. Yang paling membimbangkan adalah dikatakan pelajar di sekolah ni banyak yang samseng!Mula-mula memang takut. Tapi lama-kelamaan aku rasa seronok pula belajar dan tinggal di sekolah ni. Alah, takde samseng pun kat sekolah ni. Kalau buli-buli secara kecil-kecilan tu ada la. Biasalah, remaja la katakan...Kenangan PMR... Dapat result.


Perpustakaan...

Kenangan SPM..
SPM result is released!


Ni masa minggu perkasa ilmu. Masa ni aku ngan kawan aku buat pameran robotik...


Sir Zamri yang sedang tersenyum. Dia cikgu Fizik aku. Cikgu fizik paling best di dunia!



Gambar ni diambil semasa lawatan kat Matrikulasi Gambang, Pahang. Pada tahun 2007...

Suatu hari di asrama. Biasalah, mula-mula masuk asrama. Kene breafing panjang lebar. Tak kira senior mahupu junior...Sukaneka asrama- Permumiaan bermula...

Ni masa ikrar pengawas pusat sumber sekolah. Aku tertanya-tanya manalah gambar aku...


Perhimpunan sekolah. Agak membosankan. Rasa-rasanya hari ni adalah English Day... Cuba cari di mana aku..


Ni masa kat dalam kelas. Sebelum cikgu masuk, apa kata kita ambik gambar dulu kan? Haha...







Tapi apabila dah lima tahun berada di sekolah ni dan lima tahun juga tinggal di asrama, aku dapat rumuskan yang sekolah ini adalah sekolah yang tersangat best....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...