Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/23/2009

Aidiladha

Assalamualaikum, bersempena Aidiladha yang bakal menjelang ini, ingin saya berkongsi sedikit perkara berkaitan perayaan ini.

Istilah “qurban” secara harfiyyah berasal dari kata qaruba-yaqrubu-qurbaanan, yang bermaksud dekat atau mendekatkan diri. Dari segi pengertian syara’ pula, ibadah qurban bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing, pada Hari Nahr atau Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Dzulhijjah) dengan niat untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT. Di sini jelas menunjukkan betapa pentingnya usaha mendekatkan diri (berqurban) ini, sehinggakan Islam menetapkan syari’at qurban dalam bentuk penyembelihan haiwan qurban.

Apabila kita meneliti maksud qurban yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam iaitu “Mendekatkan diri kepada Allah SWT”, maka seharusnya kita sedar dan insaf bahawa ianya merupakan suatu tuntutan untuk diri kita sendiri. Ibadah qurban ini juga merupakan suatu ukuran ketaqwaan seseorang hamba kepada Allah SWT. Tidak boleh sesekali kita berqurban kerana atau untuk seseorang, atau sesuatu yang selain daripada Allah SWT, sebagaimana kita tidak dibenarkan mengerjakan solat untuk seseorang.
Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Maka bersolatlah kamu untuk Tuhanmu dan bersembelihlah (qurbanmu)” (Al-Kauthar, 108: 2)



Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".


"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)





Bagaimana dan bila ibadah Qurban dilakukan?

Pelaksanaan ibadah qurban boleh dilakukan dengan menyembelih sendiri haiwan ternakan atau mewakilkannya kepada pihak lain. Waktu bagi melakukan ibadah ini hanyalah pada hari-hari yang telah dikhususkan oleh syara’ iaitu pada mana-mana hari bertarikh 10, 11, 12, ataupun 13 Dzulhijjah setiap tahun.

Penyembelihan haiwan qurban bermula pada tanggal 10 Dzulhijjah setelah solat Aidil Adha, diikuti dengan tanggal 11, 12 sampailah ke tanggal 13. Ketiga-tiga hari terakhir ini disebut sebagai Hari Tasyriq yang bererti “hari-hari yang berlimpah dengan daging”.

Ini bererti, penyembelihan haiwan qurban tidak boleh dilakukan sebelum pelaksanaan solat Aidil Adha. Dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya):
Barangsiapa yang menyembelih haiwan qurban sebelum solat (Aidil Adha) maka harus menyembelih haiwan lain untuk menggantinya. Dan barangsiapa yang belum menyembelih, maka sembelihlah (sesudah solat) dan sebutlah nama Allah”.



Akhir kata, ibadah Qurban mempunyai banyak fadhilatnya kepada kita. Jika kita mampu,
maka jalankanlah ibadah ini. Janganlah terlalu sayangkan harta dunia yang sementara ini.Fikir-fikirkan dan selamat beramal.Selamat menyambut Aidiladha buat seluruh umat islam.

Imaginasi Ekstrem

Sejak kecil lagi aku memang gilakan barang-barang permainan. Aku masih ingat aku rela kumpul duit semata-mata ingin membeli permainan idaman aku sewaktu kecil. Aku juga pernah berpakat duit dengan adik lelakiku untuk membeli permainan yang agak mahal. Apabila sampai ke kedai permainan atau ruang permainan di supermarket, aku dan adikku akan rambang mata seperti berada di alam lain, jauh meninggalkan alam realiti. Kami pernah sama-sama melabur untuk membeli sebuah kereta kawalan jauh yang berharga RM70 dengan menggunakan duit raya yang dikumpul. Namun semua pelaburan itu tidak berbaloi bagi kami. Tidak sampai sehari kami bermain, kerosakan telah menimpa aset permainan yang paling mahal pernah kami ada itu. Namun sekarang aku tidak lagi berpeluang untuk membeli barang permainan kerana ketiadaan masa. Namun kini aku memandang satu permainan dari sudut seni dan teknologi. Sebagai seorang peminat anime Gundam, aku sangat mengagumi model-model robot dalam siri animasi itu. Aku kagum dengan pereka robot-robot tersebut yang begitu kreatif dalam mencipta robot yang kompleks dan canggih. Mereka memang dilahirkan kreatif. Berikut adalah antara model-model robot Gundam yang canggih.
sekali pandang macam besi buruk kan? Tapi memang cantik kerja modified model ni. Robot ini nampak lebih kompleks dengan lubang-lubang yang menjadikan mecha(model aksi) ini lebih cun dari yang asal.




Mecha ni telah dicantikkan dengan semburan cat yang menampakkanya lebih real. Kesan khas kotoran ini turut menggambarkan robot ini baru selesai bertempur. Beautiful...






























Bahu mecha ini yang kelihatan besar menyer
lahkan lagi kesegakan robot ini.










Zaku, biasanya mempunyai satu 'mata' dan dilengkapi dengan senjata mesin gun.


























Model exia ini kelihatan ringkas tanpa kelengkapan bertempur yang sempurna. Namun model ini kemas kerana aksi menghayun pedang yang menarik.
Badannya yang berkilat dilihat seolah-olah diperbuat dari besi.




kereta

Aku amat meminati hal-hal berkaitan teknologi. Bagi aku teknologi satu alat yang memberi kemudahan dan manfaat kepada manusia. Islam juga menggalakkan umatnya meneroka dan mengkaji alam ini sedalam mungkin bagi membolehkan manusia mencipta teknologi demi kemudahan dan kemakmuran sejagat. Salah satu cabang teknologi ialah kejuruteraan. Di sini saya ingin menyentuh hal berkaitan kejuruteraan automobil kerana aku juga meminati kereta. Kita lihat dari segi lakaran kongsep sesuatu produk kejuruteraan ini. Begitu cantik bagi aku... kalaulah aku yang melukisnya...














Cuba lihat lakaran kereta idaman aku di bawah ni. BMW X6. Sangat cantik. Sebab apa?
sebabnya mudah iaitu pengetahuan tentang teknologi seperti erodinamik,geseran,dan sains bahan telah membuatkan lakaran kereta ni begitu mempersonakan. Gabungan semua teknologi-teknologi tersebut telah membentuk lakaran ini menjadi cukup indah.Samalah juga seperti lakaran-lakaran sebelum ini.



hasilnya:

11/15/2009

Buatlah yang terbaik....

Allah doesn't require you to "Be the Best", Allah just wants you to "Do your best" and Allah will take care of the rest...

jangan terus bersedih andai gagal. Kumpul kekuatan, bingkas bangun dan terus berlari mencapai cita-citamu......

kerna Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu....

ke kedai gunting


Petang tadi aku pergi ke kedai gunting rambut. Ada rakan nak tumpangkan kereta walau kedai gunting tak sampai 100 meter pun dari pintu pagar kampus. Hari yang cerah. Panas terik. Aku kepanasan. Berpeluh.
Aku masuk dalam kedai tu. Wah sejuknya sebab ada penghawa dingin. Pak cik tu tanya,"nak potong rambut ke?" aku pun mengiyakan soalan tu dan terus duduk. Satu televisyen kecil terpasang di sudut kanan kedai tu. Rancangan Idola Kecil kalau tak silap aku. "Nak potong macam mana dik?" tanya pak cik tu. Dengan spontan aku menjawab, "kasi potong tepi ye bang,hmm...belakang pun sama,kasi pendek". Aku pun pelik kenapa budak-budak dalam televisyen tu terkinja-kinja menyanyi. Seronok agaknya. Tanpa kompromi, rambut aku terus dipotong dengan rakusnya. Teringat aku waktu kecil dulu. Aku memang cukup liat nak gunting rambut dengan mak aku. Sebab dia potong terlalu rapi dan lama sehigga letih aku dibuatnya.Tiba-tiba susana menjadi sunyi setelah pak cik tu tanya beberapa soalan kepadaku. Sunyi.... Sepi.....hanya suara budak-budak hingusan dalam televisyen yang kedengaran. Membingitkan gegendang telingaku.........
Aku bersuara bagi memecahkan kesunyian itu. " kecil-kecil dah nyanyi", aku sabar menunggu respon positif dari pak cik itu. "hmm.." sepatah pak cik tu menjawab.
Aku fikir ada dua kemungkinan mengapa pak cik tu menjawab sebegitu. Pertama, mungkin dia pun minat rancangan tu. Sebab tu dia malas komen banyak-banyak khuatir aku tahu dia minat rancangan tu. Yang kedua, mungkin dia sudah lali atau bosan dengan rancangan sebegitu sebab dah terlalu banyak rancangan realiti tv yang wujud sekarang. Tidak cukup lagikah artis-artis di Malaysia ni?, yang berbagai ragam dan tidak kurang juga yang memberi pengaruh negatif kepada masyarakat? Aku rasa kerajaan perlu mengehadkan hiburan dalam negara. Janganlah terlalu liberal...

"hmmm....macam mana? ok?" pak cik tu bertanya sebagai tanda yang kerjanya telah selesai.
" boleh potong pendek lagi tak pak cik?"aku menjawab.
" nak pendek lagi? bleh.................

Kiamat semakin hampir


Pada hari tu aku dapat satu mesej dari kawan aku yang berbunyi:

"Maklumat dari Ustaz Haron Din, planet Marikh (yang terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan 9 yang lepas. Planet yang berhampiran dengannya juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadi kejadian matahari naik di barat yang juga antara tanda-tanda besar kiamat, lalu pintu taubat ditutup. Kata para astronomi, bumi hanya menunggu masa saja. Info ini tidak didedahkan secara meluas dan telah dihentikan oleh NASA kerana ia akan menguntungkan orang ISLAM. Ambillah peringatan samada benar atau tidak atau sejauh mana kebenarannya. Sama-sama harap tidak tinggal solat-solat fardhu dan solat sunat taubat selepas maghrib sebelum terlambat. Kita semakin dihampiri kiamat. Kiamat sudah dekat. Demi Islam! Sebarkan!"..


Bagi menguatkan lagi hujah bahawa kiamat semakin dekat,berikut merupakan antara tanda-tanda kecil kiamat yang terang-terang telah dan sedang berlaku dalam kalangan umat manusia:

1)Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2)"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3)Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4)Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5)"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

6) Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

7)Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

8) Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai

9)Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

10)Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

11)"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan" - Sahih Bukhari



memang sangat jelas sangat apa yang diperingatkan Rasulullah benar-benar berlaku sekarang khususnya di Malaysia yang mana gejala sosial menjadi semakin teruk. Ayuhlah para pembesar negara! membaiki kembali kerosakan dalam kalangan umat islam di negara ini. Jalankan amanah yang telah diberikan Allah dan juga rakyat jelata, jangan lalai dengan kemewahan kerana semuanya akan dipersoal Allah kelak adakah anda pemimpin atau sekadar pemusnah!!

11/14/2009

Dream

Aku suka tangkap gambar. Semenjak aku mempunyai telefon bimbit yang dilengkapi kamera aku lagilah suka ambil gambar. Aku tak pasti sejak bila aku mula tertarik dengan dunia fotografi ni. Telefon aku tu model Nokia 5300-1.3 mega pixels jer kamera dia. Kalau waktu siang boleh tahan la juga tapi masuk je malam, semua gambar hancuss. Oleh kerana itu, aku berazam dan bertekad nak beli kamera yang jauh lebih berkualiti yang khas untuk fotografi punyer kerja. Tapi lama lagi la aku boleh merasa pakai kamera jenis tu sebab harga pun beribu-ribu ringgit malaysia jugak. Insyaallah dapat punye.....amin..

Novel: Meniti Maut

GOLD,GLORY,GOSPEL. menggambarkan kesungguhan Barat menjajah negara lain. Namun kini mereka menggunakan cara yang sangat halus-melalui economic hitman. Novel karya Eyman Hykal keluaran Alaf 21 ini telah berjaya menarik perhatian aku dengan pengisian yang aku cari-cari selama ini, 90% aksi,berilmu dan berkait dengan isu antarabangsa. Plot cerita dalam novel ini berlaku di beberapa negara seperti Dubai,Thailand,Sepanyol,Amerika dan Malaysia. Meniti maut mengisahkan perjalanan kerjaya seorang pemuda dari Terengganu (kampung aku,hihi..), Fariz yang terpilih menyertai biro perisikan negara malaysia (BISIK) atau boleh dianggap CIA versi Malaysia. Beliau telah diarah melakukan pelbagai tugas risikan. Beliau pernah dikerah untuk menyiasat agenda Amerika yang telah menghantar penasihat-penasihat pelaburan (economic hitman) bagi melabur dalam syarikat-syarikat besar di Malaysia. Dengan cara menabur janji-janji manis akhirnya mereka akan memerangkap syarikat-syarikat terbabit dengan beban hutang dan seterusnya membeli kembali syarikat-syarikat yang bermasalah ini. Tujuan utamanya ialah untuk menguasai ekonomi sesebuah negara. Pelbagai tugas akhirnya telah membawanya kepada tugas yang paling mencabar,untuk membawa keluar seorang lelaki warga Israel-Yahudi yang dihantar oleh Amerika sebagai Jackel (pembunuh upahan). Fariz ditugaskan untuk membawa Tobias keluar dari Malaysia. Jika terpaksa, Tobias perlu diculik atau lebih teruk lagi dibunuh!. Semuanya perlu dilakukan secara sulit. Jackel dihantar untuk menghapuskan ketua-ketua syarikat yang enggan berkerjasama dengan economic hitman. Jackel dianggap sebagai golongan yang kejam dan terlatih untuk membunuh.Tobias sendiri telah menerima latihan ketenteraan dari Israel. Namun semuanya bertambah rumit apabila Tobias telah membawa masalah peribadi dalam tugasnya, iaitu ingin membunuh seorang pejuang Palestin serta adiknya yang menjadi penyumbang dana bagi Pejuang Palestin. Dan semua watak ini kini berada di Malaysia. Berkumpul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Menunggu saat membunuh atau dibunuh!

11/12/2009

novel paling best

Satu-satunya novel yang pernah aku baca sepenuhnya tak lain & tak bukan ialah novel 'Tombiruo Terakhir' karya novelis thriller terkenal tanah air, Ramlee Awang Mursyid. Itu pun kakak aku yang beli. Aku dah dua kali baca novel tu sebab jalan ceritanya yang menarik & berkait juga dengan novel tulisannya sebelum ini. Watak utamanya ialah Ejim atau nama modennya ialah Amaruddin yang begitu kukuh pegangan agamanya.Arwah adiknya, Amirruddin yang telah banyak mengajarnya tentang agama islam. Aku tak dapat bayangkan masih ada manusia seperti itu sekarang. Ejim yang berasal dari pedalaman Sabah itu mempunyai wajah yang cacat sehingga digeruni semua orang. Dia bukan berwajah manusia!. Namun semanya berubah apabila dia dibawa ke KL untuk menjalani pembedahan wajahnya oleh Dr Haslia.Novel ini sarat dengan aksi yang mendebarkan, fakta-fakta yang mengujakan & paling menonjol ialah elemen Islamik yang diterapkan. Novel ini telah banyak mengajar aku tentang perkara-perkara baru yang merangkumi dalam & luar negara, jasmani & juga rohani. Fakta sains perubatan islam & moden juga diperincikan dengan detil dalam novel ini. Novel ini juga menyelar pihak amerika yang cuba merampas teknologi Malaysia melalui ejen CIA yang telah dihantar.Konklusinya, cubalah anda baca. Pastinya, novel ni memang best dan terbaik. Syabas Ramlee!!!.......






Antara Novel Karya Ramlee Awang Mursyid

Keterangan

1. Tombiruo (1998)

2. Semangat Hutan (2001) *

3. Tombiruo Terakhir (2004) *

4. Mandatori (2000)

5. Ranggau (1999)

6. Cinta Sang Ratu (2007) *

7. Unggu Karmila (2008)

8. Pei Pan (2002)

9. Anugerah Pertama (2000)

10. Hatiku Di Harajuku (2006)

Nota:

Novel Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir adalah sambungan kepada novel Tombiruo. Novel Cinta Sang Ratu adalah novel kedua setelah Novel Bagaikan Puteri dan Novel ketiga dalam Trilogi Bagaikan Puteri ialah Hijab Sang Pencipta (Novel terbaru RAM).

Sipnosis Ringkas:

Sinopsis : TOMBIRUO Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Halaman :517

Sinopsis : SEMANGAT HUTAN Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Halaman :521

Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Halaman :592

Sinopsis : MANDATORI Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Halaman :512

Sinopsis : RANGGAU Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Halaman :560

Sinopsis : CINTA SANG RATU Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Sinopsis : UNGU KARMILA ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Halaman :480

Sinopsis : PEI PAN Khianat. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali ainaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri terasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.

Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, pengkomplotan.
Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntum.

Halaman: 443

Sipnopsis : Anugerah Pertama. Keistimewaan yang diberi mampu merungkai misteri.

Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.

Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.

Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Halaman :588



11/08/2009

Senarai pemimpin yang paling perpengaruh di dunia

1) Ahmadinejad
Siapa lagi pemimpin dari Negara-negara Arab yang begitu berani & lantang menentang Barat kalau bukan Ahmadinejad. Memang dia bertubuh kecil,tapi kecil-kecil cili padi. Selepas dilantik sebagai presiden Iran buat pertama kali, anak kepada tukang besi ini telah dipandang rendah oleh musuh & orang ramai kerana fizikalnya itu.
Namun semua berubah apabila dia Berjaya menjadi salah satu pemimpin dunia yang paling ditakuti Barat & lebih-lebih lagi Israel yang selama ini bersembunyi di belakang Barat sebagai pengecut.
Beliau pernah menggelar Amerika & sekutunya di blok Barat sebagai penyangak,pembuli & samseng dunia.
Beliau juga pernah mengemparkan dunia apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Israel akan dilenyapkan dari peta dunia.
Oleh kerana sikap Ahmadinejad yang begitu tegas dengan pendiriannya berhubung isu nuklear, Iran telah dikenakan sekatan ekonomi & teknologi oleh Barat. Tapi apa yang terjadi kepada Iran? Ya, tepat sekali, dengan kebijaksanaan Ahmadinejad yang mengunakan status Iran sebagai pengimport minyak kedua terbesar dunia, Iran terus mampu survive walau ditekan dari segenap penjuru.
Dalam masa yang sama,program nuklear Iran terus berjalan melalui hubungan eratnya dengan Russia & China, dua kuasa baru dunia.
Baru-baru ini, pilihan raya Presiden telah berlangsung di Iran. Keputusannya menyaksikan Ahmadinejad memenangi kerusi majoriti & secara automatik dilantik kembali sebagai
presiden bagi penggal yang kedua.
Namun, sejurus kemenangan itu,pihak pembangkang yang diketuai oleh Masoudi yang Pro-Barat memimpin tentangan secara besar-besaran terhadap keputusan pilihan raya itu. Rusuhan terburuk & terbesar dalam sejarah Iran sejak Zaman Revolusi Iran telah berlaku.
Ini juga mungkin kerja ‘tangan-tangan ghaib’ pihak Barat yang ingin mensabotaj
kemenangan Ahmadinejad itu. Pihak media barat pula terus menyajikan
Berita & maklumat yang negatif tentang cara Iran dalam menangani masalah itu. Biasalah Barat terutama Amerika , kaki sibuk!. Walaubagaimanapun, dengan campur tangan pemimpin tertinggi iran(supreme leader), Ayatollah Komeini, Ahamadinejad memenangi isu ini selepas pengiraan semula undi.
Sebelum itu , Amerika & Israel pernah menggertak akan menyerang & menghancurkan kemudahan nuklear Iran. Tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Ini mungkin berkait dengan campur tangan Russia & China yang menyebelahi Iran.
Apa sebenarnya muslihat sebenar Barat & Israel tentang nuklear Iran? Walau bertujuan keamanan?.
Mereka sebenarnya nak hapus pengaruh Iran di Asia Barat seperti mana yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini disamping ingin menguasai kekayaan minyak Iran. Israel pula bimbang dengan ancaman Iran & pengaruh Iran di Negara-negara bersenpadan dengannya seperti Lubnan & Syria.Iran juga dikatakan telah membantu pihak pejuang Labenon, Hizbullah dalam siri peperangan dengan Israel yang menyaksikan Israel dimalukan sebegitu teruk hingga memaksa pemecatan Menteri Pertahanannya secara serta merta. Baru-baru ini Israel berjaya merampas kapal yang memuatkan senjata yang ingin dihantar kepada Hizbullah.
Hal ini dianggap jenayah perang bagi Israel tapi apabila Amerika sendiri yang menghantar berkapal-kapal senjata untuk Israel mengganyang Gaza tidak pula dianggap jenayah perang. Pelik tapi benar.Inilah bukti “Power” yang dimiliki oleh Iran.
Dan kini,tahun 2009,pihak Barat dilihat telah mengambil pendekatan berlembut terhadap Iran. Mungkin penat kot. Padan muka!




Siapakah pemimpin yang kedua paling berpengaruh di dunia? Ha, yang tu rahsia....tunggu....

2) Barack Hussein Obama


Tidak lagi menjadi pemimpin paling berpengaruh di dunia walau jadi presiden bagi negara 'polis Dunia'. Hal ini disebabkan bukan semua keputusan terletak dalam tangan Obama sepenuhnya. Semunya akan ditapis habis-habisan oleh pelbagai pihak termasuklah Senat negara Amerika dan paling menakutkan para pelobi Yahudi di AS. Di AS pilihan raya memerlukan calon yang bertanding melabur sehingga berjuta-juta dollar bagi menjayakan kempen politik masing-masing. Oleh itu, pelobi-pelobi politik yang kebanyakannya Yahudi sanggup menampung kos tersebut kerana mereka tahu apa yang bakal mereka perolehi jika calon mereka terpilih menjadi Presiden AS. YA! tepat sekali, mereka inginkan pengaruh mereka diterap sedalam-dalamnya pada corak pemerintahan AS. Agenda terpenting ialah bagi menjaga kepentingan negara Israel dan bangsa Yahudi di seluruh dunia. Buktinya, tak ada satu pun Presiden AS yang dapat bertahan lama dalam pemerintahan jika mereka tidak mengikut telunjuk pelobi-pelobi Yahudi ini. Obama sendiri telah diakui rakannya sebagai pro-Yahudi dalam satu buku yang aku baca. Sebagai contoh, ada desas desus yang mengatakan pembunuhan presiden ke-35 AS, John F.Kennedy pada 1963 adalah didalangi oleh Yahudi!. Mengapa? sebabnya Kennedy didakwa tidak sekepala dengan pihak Yahudi tapi lebih rapat dengan negara-negara Arab. Kesannya,beliau telah mati ditembak ketika berkunjung ke Dallas(Texas) pada tanggal 22 nov 1963. Dan paling menarik sampai sekarang pembunuhnya tidak dapat dikesan.
Rumusannya, Obama mungkin dilihat berkuasa tapi sekadar boneka. Sekarang pun Obama seolah-olah hanya bertindak sebagai ketua turus tentera. Mungkin Obama dilarang 'berkarya' dan 'mencorakkan' sendiri haluan politiknya kalau mahu selamat. Tidak lebih dari itu...

11/04/2009

La Liga

Real Madrid







Kelab bolasepak terkaya & paling berjaya di Sepanyol, Real kini mengalami tekanan untuk terus bersaing dalam kempen 2009. Dengan perolehan baru pemain-pemain handalan dunia seperti Cristiano Ronaldo, Kaka, & Karim Benzima,Real diharap dapat mempamerkan prestasi yang mengagumkan. Namun harapan tinggal harapan apabila Real telah mengalami kekalahan demi kekalahan. Real juga pernah dibelasah 4-0 oleh kelab kerdil yang tak pernah aku dengar.
Namun Real Madrid mungkin sudah bangun dari tidur apabila seri dengan AC Milan pada perlawanan lepas.




Barcelona



Kelab yang kebal & kini berada di persada La Liga. Barcelona tidak perlu membuktikan apa-apa sebagai sebuah kelab yang konsisten di sepanjang musim. Kelab ini ternyata berada di tahap terbaik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...