Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

12/29/2009

imbasan 2009


Selamat tinggal 1430H/2009

Masa bergerak begitu pantas. Baru semalam rasanya kita menyambut kedatangan tahun baru 2009, tup-tup dah nak masuk tahun yang lagi baru. Disebalik kepantasan masa berlalu, dalam tak disedari Allah telah memberikan kita petanda yang dunia sekarang semakin hampir dengan penghujungnya. Ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah yang membawa maksud bahawa tidak akan kiamat sehingga setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu seperti sehari dan sehari dirasakan seperti sedetik. Tahun 1430H/2009 banyak mengajar dan memberikan kejutan kepada kita.


Dalam tahun ini berbagai peristiwa suka dan duka dapat dilihat. Bencana, kemelut politik, jenayah dan sukan menjadi tumpuan rakyat. Jika dilihat dari segi bencana, tahun ini tidak kurang hebatnya dari tahun-tahun lain. Dari awal-awal lagi iaitu pada 25 Januari 2009, 70 orang maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara sejak Ops Sikap dilaksanakan pada 19 Januari 2009. Pelbagai lagi siri kemalangan terus menerus berlaku sebelum tiba ke pengakhiran tahun. Ketika semua pihak berharap episod tragedi sudah ditamatkan untuk tahun 2009, masyarakat dikejutkan pula dengan nahas bas ekspres dua tingkat di Lebuhraya Utara-Selatan yang meragut 10 nyawa dalam sekelip mata. Kemalangan ini berlaku di Ipoh pada awal pagi sabtu (26Disember 2009). Dalam kes ini, tidak adil rasanya jika semua pihak menunding jari kepada pemandu sahaja. Pemandu juga manusia biasa. Yang pasti, semua pihak lebih-lebih lagi kerajaan sepatutnya mencari jalan penyelesaian agar peristiwa ini tidak berulang lagi. Reka bentuk lebuhraya harus diperbaiki supaya menjadi lebih selamat.Tidak berakhir di situ, pada 28 Disember 2009 satu lagi kemalangan berlaku yang meragut empat beranak apabila van mereka dirempuh dua kenderaan di Tangkak, Johor.


Kemelut politik juga banyak berlaku pada tahun ini. Yang paling panas ialah mengenai kemelut politik di Perak yang berpanjangan sehinggalah kuasa pemerintahan kembali diperolehi Barisan Nasional pada Februari dengan pelantikan Zamry sebagai menteri besar selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mengisytiharkan mereka keluar dari parti itu menjadi anggota Bebas menyokong BN. Politik Selangor pula dicemari dengan kematian Toeh Beng Hock, pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, yang dijumpai mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam. Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.


Kerajaan juga telah menerima tamparan hebat berhubung dengan penahanan Dr. Asri dan isu kehilangan enjin jet TUDM yang dianggap satu penyelewengan terbesar dalam sejarah pertahanan negara. Ia bukan sahaja membazirkan duit rakyat sebanyak 100 juta, tetapi juga mengancam keselamatan Negara. Ia juga mencalarkan imej ATM berkenaan kewibawaanya menjadi banteng utama Negara.


Kelemahan ATM dalam menguruskan aset-aset strategik dan penting miliknya amat memalukan. Oleh itu, kerajaan harus bertindak segera mencari dalang penyelewengan ini untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat lebih-lebih lagi kehilangan ini berlaku sewaktu Najib memegang portfolio Menteri Pertahanan.


Jenayah ragut pula menjadi “penyeri” dalam siri-siri jenayah pada tahun 1430H/2009. Jenayah ragut bukan sahaja meragut beg-beg tangan, malahan meragut nyawa mangsa sendiri. Aku tertanya-tanya mana perginya sifat kemanusiaan dalam diri peragut-peragut itu. Diri mereka tak ubah seperti haiwan. Mereka sanggup mengheret mangsa selagi apa yang mereka hajati tak diperolehi, sehingga mengorbankan nyawa mangsa yang rata-ratanya golongan wanita yang bergelar ibu.

Dalam segmen sukan pula, yang paling diingati, Malaysia “dihadiahkan” emas dalam satu acara di sukan SEA yang sungguh tidak disangka-sangkakan, BOLA SEPAK!!.


Walaubagaimanapun, skuad Negara haruslah terus meningkatkan lagi kekuatan mereka bagi menjuarai lebih banyak gelaran di peringkat yang lebih tinggi. Janganlah terlalu asyik dengan kemenangan dan imbuhan wang ringgit yang diberikan, kerana sokongan rakyat mungkin akan berubah dalam sekelip mata jika mereka gagal dalam perlawanan seterusnya.


Selain itu, Malaysia juga berjaya menubuhkan satu pasukan F1 sendiri hasil dari kolabrasi bersama Lotus. Diharapkan usaha ini dapat memberikan impak positif kepada pembangunan Negara dalam bidang sukan, teknologi otomotif, pelancongan dan pendidikan berteraskan teknologi Formula Satu (F1).


Akhir kata, aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun baru yang telah menjelma bagi tahun Hijrah, 1431H dan yang bakal membuka tirai bagi tahun Masihi, 2010. Aku berpesan pada anda semua dan pada aku sendiri agar dapat menjadi insan yang lebih baik dari segi akhlak, ilmu, iman dan amal pada masa-masa yang akan datang.

Sekian.........

Paus Biru

Saintis percaya bahawa ikan paus telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu.
Terdapat 80 jenis ikan paus di dunia ini termasuklah 11 daripada jenis ‘baleen whales’ dan 69 lagi jenis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba.

Ikan paus biru adalah binatang terbesar di dunia, panjangnya 25 meter dan seberat 150 tan. Dinasor terbesar di dunia hanya seberat 110 tan.

cacing pita

Cacing pita akan makan dirinya sendiri jika gagal berjumpa makanan.

Springbok



Springbok

§ Berasal dari perkataan spring=lompat & bok=Anthelop/ kambing.


§ Setinggi 80 cm.


§ Springbok jantan biasanya seberat 30-50kg dan betina seberat 26-40kg.


§ Mampu memecut dari 80 hingga 90 km/h (50-55mph).


§ Boleh melompat setinggi 3.50m dan lompatan sejauh 15m.


§ Jika dinilai dari segi kepantasan, ia adalah antara mangsa yang sukar dikejar.

Cheetah




Cheetah

§ Sejenis mamalia,Cheetah adalah dalam kalangan keluarga kucing. Haiwan ini tidak handal memanjat,namun dengan kepantasan berlari antara 112 dan 120 km/h(70 and 75 mph), Cheetah merupakan haiwan darat terpantas di dunia.

§ Ia juga mampu memecut dari 0 kepada 103 km/h(64 mph) dalam masa hanya 3 saat! Lebih laju dari kebanyakan kereta super(supercars).

§ Perkataan “Cheetah” berasal dari perkataan Sanskrit, citrakāya yang bermaksud “tubuh yang berwarna-warni” (variegated body).

§ Struktur badannya yang unik membolehkan ia memecut dengan laju. Contohnya:

§ Badan yang kecil- dapat melalui kawasan yang sempit dengan mudah seperti kawasan belukar. Ia juga mengurangkan berat cheetah itu sendiri dan mewujudkan ciri Erodinamik bagi membelah angin dengan sewenang-wenangnya.

§ Jantung yang besar- membolehkan darah dipam keseluruh badan dengan efisyen sekaligus memastikan oksigen di otak tidak berkurangan terutamanya ketika mengejar mangsa yang juga boleh tahan pantas seperti Springbok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...