Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

7/11/2010

Piala Dunia yang fana - FINAL!



Bismillah.....Insyallah awal pagi esok akan menentukan siapa yang layak bergelar Juara Dunia sebenar dalam arena bola sepak. Setelah dunia menyaksikan penyingkiran awal Juara dan penyandang juara Piala Dunia edisi 4 tahun lalu yakni Itali dan Perancis, seluruh penduduk planet ini akan menyaksikan pertembungan hebat antara Sepanyol dan Belanda. Selaku Juara Eropah, Sepanyol mungkin menjadi pasukan pilihan namun kemampuan Belanda tidak boleh dipandang ringan.Apa-apa pun awal pagi esok pasti ramai umat manusia yang akan 'berqiamulai' dan tidak kurang yang akan 'bertahajud' bagi menonton perlawanan akhir ini.

Bagi yang menyediakan skrin besar tak kira di kedai mamak, di kafe-kafe ataupun di universiti seperti di tempat ana ni, ana rasa elok juga kita selitkan sesi-sesi yang bersifat kerohanian bagi penonton yang beragama islam seperti di tempat ana ni yang mengadakan ceramah agama selepas solat maghrib berjemaah. Ceramah ini menerangkan bahawa Islam tak melarang kita berhibur selagi ia tak berlawanan dengan syarak dan tak melalaikan kita. Ustaz yang bagi ceramah pun boleh tahan lawak gak, hehehe...

Akhir sekali. Bola-bola jugak, tapi solat subuh besok
pagi jangan la tinggal plak ya. Wallahu'allam...























Fanatik gak Syeikh ni kan?Ni mesti tengah call
Messi ni.............................hehehe....
>>>>>>>>>>>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...