Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

7/04/2010

10 PENIPUAN TENTANG ISRAEL


Wartawan Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita bebicara tentangnya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan Negara haram Israel.

Dalam buku itu Collon menyenaraikan 10 penipuan besar yang diwawarkan media Barat bagi mejustifikasikan penubuhan Negara Israel serta menghalalkan tindakan Negara Zionis itu.

Penipuan itu termasuklah:

1) Penubuhan Israel adalah kononnya sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika perang dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon projek menubuhkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.

Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan tempat untuk mereka membangunkan Israel.

Padahal, untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.

2) untuk menghalalkan penghijrahan besar – besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah Palestin adalah warisan mereka setelah diusir pada tahun 70 Masihi.

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.

“ Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel termasuklah Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.

“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba. Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan mereka tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu Negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai Negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina sesebuah Negara,” katanya.

3) Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya. Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar Negara pada abad ke-19. Katanya, Perancis adalah antara Negara yang mendapat manfaat daripada hasil pertanian Palestin pada abad itu.

4) Ada pihak yang mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

“Ini satu penipuan”, kata Collon.

Menurut wartawan itu, memang ramai pihak yang percaya dengan dakwaan palsu itu. Malah, katanya pada peringkat awal, beliau sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Pelestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan”, katanya.

5) Israel didakwa satu-satunya Negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan. Kata Collon, Israel sebenarnya bukan sahaja Negara yang melanggar undang-undang, malah satu-satunya Negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua Negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.

“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, Negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

6) AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel. Pada masa yang sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.

“ Wang itu digunakan untuk menyerang Negara jiran Israel”, katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak diganggu.

7) AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah(EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa Negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga berkerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8) Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit. Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut mereka yang cuba mendedahkan tembelang Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9) Media massa mendakwa Palestin punca keganasan. Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk Palestin yang berhak.

10) Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin. Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.

“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya.





2 ulasan:

  1. Mereka memang pembohong..cuba utk membohongi Allah dan RasulNya akan tetapi merekalah yang telah diperdayakan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...