Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

3/27/2011

BIRI-BIRI LAHIRKAN ANJING




XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Sumber: kosmo






SAMADA BETUL ATAU TIDAK KEJADIAN NI, YANG PASTI TIADA SATU PUN YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH...WALLAHU'ALLAM.






2 ulasan:

  1. Mungkin biri-biri tu dah kena rogol dengan anjing ni,hehehe.
    Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Saiydina Ali.Seorang badwi mengadu kepada beliau,Dia Badwi tersebut melihat kambingnya yang di"rogol" anjing.Tidak lama selepas itu lahirlah seekor anak kambing tapi berpelakuan anjing.Kemudian ada penjelasan panjang berkenaan dengan hukum anak kambing tersebut.

    Dipendekkan cerita Saydina Ali memerintahkan agar anak kambing tersebut disembelih dan jika ada usus besar maka hukumnya kambing jika tak ada usus besar hanya usus kecil maka hukumnya anjing.Sebelum itu dilihat cara makan ,cara berehat dan sebagainya tapi masih menimbulkan keraguan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...