Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/22/2010

Mengapa kereta kebal PT91?

Sebelum ini Kerajaan Malaysia telah membeli sejumlah kereta kebal terbaru bagi mengetuai pertahanan darat. Kereta kebal ini adalah PT91 atau Pendekar dibeli dari Poland. Jadi, mengapakah ia menjadi pilihan Malaysia? Mari kita singkap tentang salah satu aset pertahanan negara ini.

PT91 bukanlah MBT yang terbaik di dunia. PT91 atau Pendekar mempunyai berat lebih kurang 45 tan dengan sistem perlindungan blok armor ERAWA.Ia merupakan kereta kebal dari generasi ketiga di mana unsur kecanggihannya setaraf dengan Leopard 2A4 milik Singapura, Merkava MKIII atau M1 Abrams. MBT atau Main Battle Tank terbahagi kepada 3 generasi. Generasi keempat sedang dibangunkan dan ini terdiri dari model K2 (Korea Selatan) atau T95 (Russia). Ia dibangunkan berasaskan chasis T-72.
M1 Abrams

Dunia pernah disajikan dengan kisah sedih T-72 apabila kereta kebal M1 Abrams melayak kereta kebal T-72 Iraq dalam siri pertempuran Desert Strom sehingga ke penaklukan Iraq. Kita kecualikan cerita T-72 di Iraq kerana T-72 yang dipakai oleh rejim Saddam Hussein merupakan salinan T-72 yang diberi nama Lion of Babylon atau Asad Babil.Masalahnya sejarah memang tidak berpihak kepada T-72, sebelum konflik di Chencen pun, T-72 milik Syria tidak beraksi dengan baik ketika menentang Israel, asyik menjadi mangsa ratahan kereta kebal Israel dari jenis Merkava. Kita pun tahu, PT91 walaupun sudah dimodenkan, ia tetap tidak setanding dengan mana-mana kereta kebal generasi ketiga yang lain.
Masalah lain, PT91 Pendekar menggunakan sistem autoloader untuk menyumbat peluru meriam ke dalam laras. Ini bermakna peluru dimasukan secara automatik ke dalam laras dan mengurangkan jumlah krew. Sistem ini diketahui sering bermasalah dan bakal mengalami kerosakan atau "jem" dalam hiruk pikuk pertempuran yang lasak. Disebabkan itu, kereta kebal terbaik dunia M1 Abrams menggunakan tenaga manusia (4 krew berbanding 3 krew pada PT91) untuk memasukkan peluru meriam ke dalam laras.

Merkava Israel

Antara faktor kenapa model ini masih menjadi pilihan Malaysia termasuklah:

Faktor pertama, ia mungkin bertindak sebagai pemangkin kerana Malaysia tidak pernah mengoperasikan kereta kebal sebelum ini malah doktrin peperangan yang melibatkan kereta kebal di negara ini masih belum jelas. Singapura sebelum membeli Leopard telah pun mempunyai pengalaman mengoperasikan kereta kebal ringan AMX13 dan Centurion selama lebih 20 tahun.

Leopard Singapura

Jumlah kereta kebal yang dibeli oleh kerajaan Malaysia juga tidak banyak iaitu lebih kurang 48 buah sahaja, tetapi disokong oleh pelbagai misil anti tank yang dibeli dari Perancis dan Pakistan. Ini mungkin memandangkan perancang ketenteraan negara ini sedar, untuk menyaksikan pertempuran MBT dengan MBT di hutan Malaysia adalah sesuatu yang sukar.
Lagipun, sehingga kedatangan MBT jenis Leopard ke dalam inventori Singapura, PT91 merupakan kereta kebal yang terbaik di rantau ini. Singapura sendiri tidak mempunyai jawapan untuk menghentikan kemaraan PT91 milik Malaysia malah kereta kebal ringan AMX yang dimilikinya sudah terlalu lama.
Kereta kebal AMX buatan Perancis itu sendiri terpaksa berhenti dari bergerak untuk menembak meriamnya (sama seperti kereta kebal Perang Dunia Kedua).

Jadi, Singapura menempah helikopter Apache. Dahulu, penganalisis berpendapat helikopter akan menjadi raja pertempuran menggantikan MBT.
Dengan sejumlah misil MANPADS (tidak diketahui jumlah yang dimiliki Malaysia), yang boleh dilancarkan dari bahu askar infantri, Apache berada dalam keadaan bahaya untuk beroperasi di kawasan ruang udara negara ini yang dipenuhi hutan dan bukit bukau.


MANPADS

Secara satu dengan satu, PT91 masih boleh menewaskan kereta-kereta kebal milik Vietnam, Thailand, Indonesia dan Brunei termasuk milik Singapura yang sedia ada seperti Tempest dan AMX.

Untuk penggunaan lain, tentera darat mungkin bergantung kepada taktik serangan hendap terhadap sebarang kemaraan armor musuh. Kebolehan membuat serangan hendap ini sudah jelas merupakan satu kelebihan kepada ATM dengan mengambil kira faktor geografi negara ini.

2 ulasan:

  1. tak noleh senang hati bang dgn tentera kita.jumlah tentera kita paling kurang dalam asean.kelengkapan pun kurang..mmg ya kita ada alat yang canggih tapi dalam kuantiti yg sikit pun tak guna.silap pemimpin kita jugak.tentera amat penting dalam kita nak jadi kuasa kuat.kita bleh tgk bagaimana berani nya jiran kita gertak kita.sebab diorg tahu kita amat lemah dari segi ketenteraan.duit kerajaan byk abis ke hal yg bukan bukan.tetapi tiada siapa berani gertak singapore,indonesia,thailand dan philipine.kriteria utk jadi negara kuat mesti lah ketenteraan dan ekonomi.bukan nya berseminar dan anjurkan program rakyat.

    BalasPadam
  2. Betul juga tu. Kerajaan banyak habis duit kat bende lain macam hiburan dan sukan... Macam x de keje lain...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...