Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

3/01/2010

BAJU KALIS PELURU DARIPADA TEMPURUNG



  • Dulu pengunaan pokok kelapa adalah semata-mata bagi menghasilkan makanan dan pekakas kegunaan harian seperti santan dan lidi. Tempurung kelapa pula biasanya menjadi bahan bakar dan penyeduk air.
  • Namun penggunaannya kini telah berkembang maju dan semain meningkat tarafnya seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Buktinya, melalui kejayaan pasukan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan baju kalis peluru daripada tempurung kelapa.
  • Dalam industri keselamatan ketika ini terutamanya dalam pasukan tentera,polis dan juga pengawal peribadi, baju kalis peluru merupakan aset penting terutama ketika berhadapan dengan situasi kritikal dan kecemasan.
  • Tetapi kebanyakan komponen baju kalis peluru ini diperbuat daripada material seperti besi dan seramik serta fiber polimerik yang dikenali sebagai Kevlar menyebabkan ia lebih berat da mahal.
  • Sebagai alternatif, pasukan penyelidikan menjalankan kajian ke atas tempurung kelapa bagi melihat kemampuan bahan tempatan itu terutamanya daripada sudut ketahanannya menerima impak yang tinggi seperti kelajuan sebutir peluru.
  • Menariknya, ia turut menawarkan kelebihan daripada aspek lain termasuklah lebih ringan, selesa dan mudah dipakai dan yang paling penting menggunakan bahan yang mudah untuk diperolehi dan murah.
  • Kelebihan lain komponen kalis peluru daripada tempurung kelapa ini juga ialah ia memperlahan penyebaran haba panas daripada peluru ke bahagian badan.
  • Faktor ini amat penting kerana mereka yang terkena tembakan tidak perlu tergesa-gesa membuang komponen tersebut seperti yang perlu dilakukan sekiranya memakai baju kalis peluru biasa.

*Jadi kena cepat-cepatlah mempatenkan produk ini sebelum orang lain melakukannya.

Syabas UPM!

Sumber: estdotmy, 27 jan 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...