Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

12/20/2009

Evolution X

Aku memang meminati dunia permotoran sejak kecil lagi hinggalah sekarang. Aku berkongsi minat ini bersama adik-beradik lelakiku serta ayahku sendiri. Tak kira kecil atau besar semua adik-adik lelakiku meminati industri ini khususnya berkaitan motosikal dan kereta.

Okey,dalam kesempatan ini, ingin aku perincikan serba sedikit tentang sebuah kereta yang begitu sinonim dengan dunia Rali dan bercirikan maskulin serta sporty. Tak lain tak bukan ialah legasi Lancer Evolution yang dibangunkan oleh Mitsubishi yang telah menjadi kegilaan seluruh dunia yang fana ini. Kali ini aku ingin bercerita tentang model terbaru dan terbaik aku rasa dalam siri Evolution, Evolution X.

Ramai yang pasti sudah melihat kereta polis yang terbaru yang digelar Helang Lebuh Raya. Apa yang bestnya, ia merupakan kereta sports Mitsubishi Lancer Evolution X.

Seperti yang aku cakapkan sebelum ini, kereta ni adalah jentera maskulin. Sesiapa yang memandunya kat lebuh raya pada kelajuan bawah 90 km sejam je hendaklah didenda kerana tak memberikan keadilan muthlak pada Evo X kerana ia adalah kereta sports. Bukan sekadar kereta biasa. Memang benar Evo X bukanlah kereta yang terpantas yang wujud atas jalan raya Malaysia. Ini kerana pasaran automotif Negara begitu rancak mendorong pelbagai jenama kereta dari Jerman dan Itali mudah didapati asalkan ada permit import. Matlamat Evo X dibangunkan adalah untuk membina sebuah kereta yang mampu memecut selaju yang boleh dan dalam masa yang sama selamat untuk dipandu. Oleh itu para jurutera Mitsubishi telah mlengkapi kereta ini dengan teknologi kejuruteraan automotif yang tercanggih seperti S-AWC (Super All Wheel Control) iaitu sistem kawalan dinamik kenderaan dan Twin Cluth SST (Sport Shift Tranmission) iaitu transmisi (gear) automatic boleh ditukar ke gear manual bagi menghasilkan daya pecutan dan penjimatan minyak.

Evo X juga dibina dengan komponen-komponen yang berasaskan bahan yang ringan bagi membolehkan ia memecut bagai nak rak.




Enjin:

»» 2.0 liter DOHC MIVEC turbocaj 4-silinder yang keseluruhan dibuat dari

aluminium.

»» Mampu menjana kuasa output 217 kiloWat(kW) atau 291 brek kuasa kuda

»» Paling dahsyat kuasa terjahan sebanyak 366 Newton meter pada 3,500

revolusi per minit(rpm).

»» Enjin baru ini tidak termasuk peralatan lain, adalah 12 kg lebih ringan dari

model sebelum ini (enjin 4G63), kerana ia menggunakan acuan aluminium

pada blok silinder,penutup atas dan kotak rantai

Kuasa enjin disalurkan pada empat roda menerusi transmisi automatik 6 kelajuan Twin Cluth SST yang menyingkirkan keperluan untuk pedal cluth, sebaliknya membenarkan pertukaran lancar bagi transmisi manual 5-kelajuannya. Sistem ini guna cluth berkembar bagi jana kecekapan kuasa transmisi yang standing ngan kotak gear manual biasa dan pada masa yang sama membolehkan pertukaran dilakukan secara licin dan lancar atau omputih kata smooth.

Kalau kat jalan raya yang bengkang benkok cam ular kena palu,keseronokkan pemanduan ala rali terhasil kerana guna gear manual yang beri pecutan memuaskan. Tambahan pula, kereta ni guna teknologi brek BREMBO yang lazim dalam kereta rali. Evo ni juga dilengkapi ngan 7 beg udara bukannya beg sekolah. Badan kereta ini juga dibina lebih kukuh berbanding model Evo lain sebelum ini. Jadi kereta ni lebih stabil dan kurangkan risiko remuk jika berlanggar. Gegaran yang menyebabkan bunyi bising juga dapat dikurangkan. Dari segi luaran, ia tak jauh beza ngan model biasa Mitsubishi Lancer, malah ramai yang kini memasang aksesori Evo X pada Evo-Evo biasa diorang.

Namun dari segi saiz, Evo X beberapa inci lebih lebar dan tentunya bunyi enjinnya mengeram yang lebih padu dan garang.

Ruang dalaman kereta ni pula dilengkapi kerusi depan bucket Recaro,paparan,maklumat pelbagai mod, stereng roda yang dibalut dengan kulit berserta butang kawalan audio dan cruise, dan yang paling menggegarkan,Sistem Bunyi Premium Rockfird Fosgate 9-pembesar suara.

Ciri-ciri lain, menggunakan sistem tanpa kunci untuk buka dan tutup pintu. Cukup sekadar tekan tombol pintu, serta ada sunroof.

Evo ni ditawarkan dengan warna putih, hitam dan merah. Aku minat kaler putih.

Harga atas jalan tanpa insurans: RM315,436.10.

Kalau dengan insurans: RM 323,888.00.

Komen: kecur air liur dan poket...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...