Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

7/11/2010

Piala Dunia yang fana - FINAL!



Bismillah.....Insyallah awal pagi esok akan menentukan siapa yang layak bergelar Juara Dunia sebenar dalam arena bola sepak. Setelah dunia menyaksikan penyingkiran awal Juara dan penyandang juara Piala Dunia edisi 4 tahun lalu yakni Itali dan Perancis, seluruh penduduk planet ini akan menyaksikan pertembungan hebat antara Sepanyol dan Belanda. Selaku Juara Eropah, Sepanyol mungkin menjadi pasukan pilihan namun kemampuan Belanda tidak boleh dipandang ringan.Apa-apa pun awal pagi esok pasti ramai umat manusia yang akan 'berqiamulai' dan tidak kurang yang akan 'bertahajud' bagi menonton perlawanan akhir ini.

Bagi yang menyediakan skrin besar tak kira di kedai mamak, di kafe-kafe ataupun di universiti seperti di tempat ana ni, ana rasa elok juga kita selitkan sesi-sesi yang bersifat kerohanian bagi penonton yang beragama islam seperti di tempat ana ni yang mengadakan ceramah agama selepas solat maghrib berjemaah. Ceramah ini menerangkan bahawa Islam tak melarang kita berhibur selagi ia tak berlawanan dengan syarak dan tak melalaikan kita. Ustaz yang bagi ceramah pun boleh tahan lawak gak, hehehe...

Akhir sekali. Bola-bola jugak, tapi solat subuh besok
pagi jangan la tinggal plak ya. Wallahu'allam...























Fanatik gak Syeikh ni kan?Ni mesti tengah call
Messi ni.............................hehehe....
>>>>>>>>>>>

7/10/2010

KEAJAIBAN BISMILLAH

SYEIKH MUHAMMAD AS-SANWANI, Grand Syeikh Al-Azhar Mesir yang ke-13, dalam kitabnya yang bernama “hasyiyah Ala Mukhtashar ibnu Jamrah” yang terkandung penjelasan kitab Mukhtashar Shahih Bukhari, menulis beberapa kisah benar tentang keajaiban kalimah BISMILLAH.

Diantaranya, beliau memberitahu: “ Suatu ketika Abu Hurairah r.a. salah seorang sahabat nabi yang terkenal, bertemu dengan syaitan penggoda orang mukmin dan syaitan penggoda orang kafir. Syaitan penggoda orang kafir itu gemuk, segar,kemas dan memakai baju yang elok. Sedangkan syaitan penggoda orang mukmin kurus kering,kusut dan telanjang. Syaitan gemuk itu bertanya kepada syaitan penggoda orang mukmin yang kurus: “Kenapa keadaanmu menyedihkan, kau kurus kering, kusut dan telanjang?”

Syaitan gemuk dengan bangga menyahut:
“Kalau begitu aku beruntung. Aku bersama orang kafir yang tidak pernah menyebut nama ALLAH. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh makan bersamanya sampai puas. Ketika minum dia juga tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku boleh ikut minum. Ketika memakai minyak wangi, ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai minyak wanginya. Dan ketika memakai pakaian ia tidak menyebut nama ALLAH sehingga aku ikut memakai pakaiannya”.


Begitulah, betapa agung faedah membaca BISMILLAH. Syaitan tidak boleh ikut makan makanan orang yang membaca “Bismilahirrahmanirrahim!” Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa rumah yang dibacakan BISMILLAH, maka syaitan tidak akan tinggal dan bermalam di dalamnya.
Baginda Rasulullah s.a.w. mengajarkan agar umatnya memulai segala perbuatan baiknya dengan membaca BISMILLAH, menyebut nama ALLAH Subhannahu wa Ta’ala. Agar perbuatan itu benar-benar pernuh berkah,tidak diganggu syaitan dan mendapatkan redha dari ALLAH Yang Maha Rahman.
Wallahu subhanahuwata'ala 'allam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...