Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

11/12/2009

novel paling best

Satu-satunya novel yang pernah aku baca sepenuhnya tak lain & tak bukan ialah novel 'Tombiruo Terakhir' karya novelis thriller terkenal tanah air, Ramlee Awang Mursyid. Itu pun kakak aku yang beli. Aku dah dua kali baca novel tu sebab jalan ceritanya yang menarik & berkait juga dengan novel tulisannya sebelum ini. Watak utamanya ialah Ejim atau nama modennya ialah Amaruddin yang begitu kukuh pegangan agamanya.Arwah adiknya, Amirruddin yang telah banyak mengajarnya tentang agama islam. Aku tak dapat bayangkan masih ada manusia seperti itu sekarang. Ejim yang berasal dari pedalaman Sabah itu mempunyai wajah yang cacat sehingga digeruni semua orang. Dia bukan berwajah manusia!. Namun semanya berubah apabila dia dibawa ke KL untuk menjalani pembedahan wajahnya oleh Dr Haslia.Novel ini sarat dengan aksi yang mendebarkan, fakta-fakta yang mengujakan & paling menonjol ialah elemen Islamik yang diterapkan. Novel ini telah banyak mengajar aku tentang perkara-perkara baru yang merangkumi dalam & luar negara, jasmani & juga rohani. Fakta sains perubatan islam & moden juga diperincikan dengan detil dalam novel ini. Novel ini juga menyelar pihak amerika yang cuba merampas teknologi Malaysia melalui ejen CIA yang telah dihantar.Konklusinya, cubalah anda baca. Pastinya, novel ni memang best dan terbaik. Syabas Ramlee!!!.......






Antara Novel Karya Ramlee Awang Mursyid

Keterangan

1. Tombiruo (1998)

2. Semangat Hutan (2001) *

3. Tombiruo Terakhir (2004) *

4. Mandatori (2000)

5. Ranggau (1999)

6. Cinta Sang Ratu (2007) *

7. Unggu Karmila (2008)

8. Pei Pan (2002)

9. Anugerah Pertama (2000)

10. Hatiku Di Harajuku (2006)

Nota:

Novel Semangat Hutan dan Tombiruo terakhir adalah sambungan kepada novel Tombiruo. Novel Cinta Sang Ratu adalah novel kedua setelah Novel Bagaikan Puteri dan Novel ketiga dalam Trilogi Bagaikan Puteri ialah Hijab Sang Pencipta (Novel terbaru RAM).

Sipnosis Ringkas:

Sinopsis : TOMBIRUO Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Halaman :517

Sinopsis : SEMANGAT HUTAN Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar... gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu.

Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?

Halaman :521

Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

Halaman :592

Sinopsis : MANDATORI Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Halaman :512

Sinopsis : RANGGAU Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.

Halaman :560

Sinopsis : CINTA SANG RATU Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.

Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya.

Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!

Sinopsis : UNGU KARMILA ATAS nama cinta... mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

Halaman :480

Sinopsis : PEI PAN Khianat. Bukan kerja orang jauh. Bukan niat busuk orang asing. Jauh sekali ainaya musuh. Kerja jiwa yang ditunggang nafsu, dipacu iri terasa dikalahi. Melalui perjalanan masa yang panjang, tenang, terselindung baik, tanpa kocak dan prasangka, baru khianat menampakkan wajah sebenar.

Pei Pan cerita tentang kepercayaan, perjuangan, persaingan.
Pei Pan cerita tentang perselingkuhan, pembunuhan, pengkomplotan.
Pei Pan kisah dunia korporat, penuh warna kehidupan sebu oleh debar meruntum.

Halaman: 443

Sipnopsis : Anugerah Pertama. Keistimewaan yang diberi mampu merungkai misteri.

Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.

Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe.

Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?

Halaman :588



11/08/2009

Senarai pemimpin yang paling perpengaruh di dunia

1) Ahmadinejad
Siapa lagi pemimpin dari Negara-negara Arab yang begitu berani & lantang menentang Barat kalau bukan Ahmadinejad. Memang dia bertubuh kecil,tapi kecil-kecil cili padi. Selepas dilantik sebagai presiden Iran buat pertama kali, anak kepada tukang besi ini telah dipandang rendah oleh musuh & orang ramai kerana fizikalnya itu.
Namun semua berubah apabila dia Berjaya menjadi salah satu pemimpin dunia yang paling ditakuti Barat & lebih-lebih lagi Israel yang selama ini bersembunyi di belakang Barat sebagai pengecut.
Beliau pernah menggelar Amerika & sekutunya di blok Barat sebagai penyangak,pembuli & samseng dunia.
Beliau juga pernah mengemparkan dunia apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Israel akan dilenyapkan dari peta dunia.
Oleh kerana sikap Ahmadinejad yang begitu tegas dengan pendiriannya berhubung isu nuklear, Iran telah dikenakan sekatan ekonomi & teknologi oleh Barat. Tapi apa yang terjadi kepada Iran? Ya, tepat sekali, dengan kebijaksanaan Ahmadinejad yang mengunakan status Iran sebagai pengimport minyak kedua terbesar dunia, Iran terus mampu survive walau ditekan dari segenap penjuru.
Dalam masa yang sama,program nuklear Iran terus berjalan melalui hubungan eratnya dengan Russia & China, dua kuasa baru dunia.
Baru-baru ini, pilihan raya Presiden telah berlangsung di Iran. Keputusannya menyaksikan Ahmadinejad memenangi kerusi majoriti & secara automatik dilantik kembali sebagai
presiden bagi penggal yang kedua.
Namun, sejurus kemenangan itu,pihak pembangkang yang diketuai oleh Masoudi yang Pro-Barat memimpin tentangan secara besar-besaran terhadap keputusan pilihan raya itu. Rusuhan terburuk & terbesar dalam sejarah Iran sejak Zaman Revolusi Iran telah berlaku.
Ini juga mungkin kerja ‘tangan-tangan ghaib’ pihak Barat yang ingin mensabotaj
kemenangan Ahmadinejad itu. Pihak media barat pula terus menyajikan
Berita & maklumat yang negatif tentang cara Iran dalam menangani masalah itu. Biasalah Barat terutama Amerika , kaki sibuk!. Walaubagaimanapun, dengan campur tangan pemimpin tertinggi iran(supreme leader), Ayatollah Komeini, Ahamadinejad memenangi isu ini selepas pengiraan semula undi.
Sebelum itu , Amerika & Israel pernah menggertak akan menyerang & menghancurkan kemudahan nuklear Iran. Tapi sampai sekarang habuk pun tarak. Ini mungkin berkait dengan campur tangan Russia & China yang menyebelahi Iran.
Apa sebenarnya muslihat sebenar Barat & Israel tentang nuklear Iran? Walau bertujuan keamanan?.
Mereka sebenarnya nak hapus pengaruh Iran di Asia Barat seperti mana yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini disamping ingin menguasai kekayaan minyak Iran. Israel pula bimbang dengan ancaman Iran & pengaruh Iran di Negara-negara bersenpadan dengannya seperti Lubnan & Syria.Iran juga dikatakan telah membantu pihak pejuang Labenon, Hizbullah dalam siri peperangan dengan Israel yang menyaksikan Israel dimalukan sebegitu teruk hingga memaksa pemecatan Menteri Pertahanannya secara serta merta. Baru-baru ini Israel berjaya merampas kapal yang memuatkan senjata yang ingin dihantar kepada Hizbullah.
Hal ini dianggap jenayah perang bagi Israel tapi apabila Amerika sendiri yang menghantar berkapal-kapal senjata untuk Israel mengganyang Gaza tidak pula dianggap jenayah perang. Pelik tapi benar.Inilah bukti “Power” yang dimiliki oleh Iran.
Dan kini,tahun 2009,pihak Barat dilihat telah mengambil pendekatan berlembut terhadap Iran. Mungkin penat kot. Padan muka!




Siapakah pemimpin yang kedua paling berpengaruh di dunia? Ha, yang tu rahsia....tunggu....

2) Barack Hussein Obama


Tidak lagi menjadi pemimpin paling berpengaruh di dunia walau jadi presiden bagi negara 'polis Dunia'. Hal ini disebabkan bukan semua keputusan terletak dalam tangan Obama sepenuhnya. Semunya akan ditapis habis-habisan oleh pelbagai pihak termasuklah Senat negara Amerika dan paling menakutkan para pelobi Yahudi di AS. Di AS pilihan raya memerlukan calon yang bertanding melabur sehingga berjuta-juta dollar bagi menjayakan kempen politik masing-masing. Oleh itu, pelobi-pelobi politik yang kebanyakannya Yahudi sanggup menampung kos tersebut kerana mereka tahu apa yang bakal mereka perolehi jika calon mereka terpilih menjadi Presiden AS. YA! tepat sekali, mereka inginkan pengaruh mereka diterap sedalam-dalamnya pada corak pemerintahan AS. Agenda terpenting ialah bagi menjaga kepentingan negara Israel dan bangsa Yahudi di seluruh dunia. Buktinya, tak ada satu pun Presiden AS yang dapat bertahan lama dalam pemerintahan jika mereka tidak mengikut telunjuk pelobi-pelobi Yahudi ini. Obama sendiri telah diakui rakannya sebagai pro-Yahudi dalam satu buku yang aku baca. Sebagai contoh, ada desas desus yang mengatakan pembunuhan presiden ke-35 AS, John F.Kennedy pada 1963 adalah didalangi oleh Yahudi!. Mengapa? sebabnya Kennedy didakwa tidak sekepala dengan pihak Yahudi tapi lebih rapat dengan negara-negara Arab. Kesannya,beliau telah mati ditembak ketika berkunjung ke Dallas(Texas) pada tanggal 22 nov 1963. Dan paling menarik sampai sekarang pembunuhnya tidak dapat dikesan.
Rumusannya, Obama mungkin dilihat berkuasa tapi sekadar boneka. Sekarang pun Obama seolah-olah hanya bertindak sebagai ketua turus tentera. Mungkin Obama dilarang 'berkarya' dan 'mencorakkan' sendiri haluan politiknya kalau mahu selamat. Tidak lebih dari itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...