Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/16/2010

Helikopter tentera









Sejak kecil lagi, aku meminati dunia tentera. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan aset-asetnya yang mengujakan. Bagi aku, teknologi ketenteraan yang canggih adalah untuk kebaikan sesame manusia dan bukannya digunakan untuk membunuh sesama manusia dengan cara yang salah. Islam sendiri telah memberikan panduan yang jelas mengenai etika-etika perang yang wajib dipatuhi oleh tentera-tentera islam. Oleh itu penyalahgunaan senjata oleh pihak-pihak tertentu seperti Amerika dan Israel serta sekutunya adalah sesuatu yang sangat hina...

Helikopter tentera boleh didapati dalam pelbagai jenis bergantung kepada tugas atau misi yang ingin dijalankan yang mana misi mengangkut asset adalah yang paling kerap. Kebanyakan tentera juga mempunyai helikopter tempur dan helikopter khas untuk misi yang spesifik termasuklah misi pemantauan udara kawasan pertempuran, CSAR, pos arahan bawaan udara, peperangan anti kapal selam dan pembersihan periuk api yang biasanya yang berada di dalam laut.

Helikopter biasanya beroprasi dalam tiga kelas: tempur, sederhana dan berat. Helikopter tempur adalah helikopter yang dilengkapi senjata yang biasanya digunakan sebagai senjata anti kereta kebal dan tugas melindungi konvoi darat. Helikopter tempur moden pertama diperkenalkan pada perang Vietnam, AH-1 Cobra. Untuk membantu mengenakpasti sasaran dengan lebih tepat, helikopter tempur kini dilengkapi dengan sensor yang berkuasa tinggi seperti system radar Longbow mm seperti yang terdapat pada helikopter Apache. Ini membuatkan helikopter tempur menjadi sangat berguna sebagai asset pemantauan. Ia juga biasanya bersaiz kecil dan direka untuk menggerakkan seksyen infantri dan peralatannya. Helikopter ini biasanya dilengkapi dengan perisai bagi perlindungan. Ia bisanya diletak di bahagian memandu dan penembak serta di bahagian simpanan misil dan roket. Sebagai contoh, Sikorsky S-70 dilengkapi dengan ESSM (External Stores Support System).

Helikopter pengangkut tentera atau lebih mesra dipanggil helicopter logistik digunakan di tempat yang selamat bagi pesawat kovensional(biasa) beroprasi. Helikopter ini biasanya mempunyai senjata bagi tujuan pertahanan yang terhad. Pendaratan helikopter ini juga hampir-hampir tiada had dan jika mustahil untuk mendarat seperti di hutan yang terlalu tebal, tentera akan diturunkan menggunakan tali.

Helikopter pengangkut bebanan berat adalah jenis yang paling versetail dan yang paling mahal dalam kalangan “spesis” helikopter. Antara model helikopter ini ialah CH-53 Sea Stallion,CH-47 Chinook dan Mil Mi-26. Helikopter jenis ini mampu mengangkut lebih dari 80 orang anggota tentera dan kenderaan tentera yang bersaiz kecil.

Akhir sekali adalah helikopter pengintip tanpa pemandu yang digunakan untuk memantau di kawasan yang berisiko tinggi. Helikopter ini juga mampu membawa senjata yang membolehkanya menjadi penyerang kawalan jauh.

1/15/2010

Berubahlah....

Assalamualaikum kepada semua umat manusia yang bergelar muslim. Marilah kita bersama-sama berterusan memboikot Yahudi/Israel yang sampai sekarang masih lagi dengan kejam memijak-mijak saudara kita di bumi Palestin. Oleh itu, janganlahlah kita memboikot secara bermusim sahaja. Bagai hangat-hangat tahi ayam. Sedarlah, setiap sen wang yang kita belanjakan untuk membeli produk mereka mungkin digunakan oleh Israel untuk membunuh penduduk Palestin. Jika anda sedang makan KFC ke, McDonald atau sedang meneguk Coca-cola sambil mengunyah KitKat, ingatlah bagaimana sahabat-sahabat kita di Palestin menanggung derita saban hari,berada dalam kelaparan dan kesejukan disebabkan kepungan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Ini diburukkan lagi oleh tindakan kerajaan "firaun" Mesir. Mesir telah menutup laluan bawah tanah di sempadannya yang selama ini menjadi 'penyambung kehidupan' warga Palestin.



Ha, tambahan pula produk Coca-Cola juga telah beberapa kali menghina Islam secara tersembunyi. Mungkin ramai dah tahu tentang hal ini namun persoalannya kenapa masih ada orang Islam masih selesa meminum air ini?
Renung-renungkan dan sama-samalah kita melakukan perkara yang betul.....INSYAALLAH.



"Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan umat Islam,dia bukan dari kalangan mereka"

"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani terhadapmu selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...