Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

2/15/2011

Kami Rindu Padamu Ya Rasulullah..






Terima kasih Ya ALLAH... 
Terima kasih Ya Rasulullah...
Kerana membawa Islam kepada kami...


Assalamualaikum Ya Ikhwan yang Muslimin....
Hari ini merupakan hari yang cukup bermakna dalam peradaban manusia...
Hari yang cukup indah...
Cukup mulia...
Setelah menempuh hari yang Valentine yang menyesatkan semalam...

Hari ini dunia telah menyaksikan seorang manusia mulia dilahirkan...
Manusia yang bakal merubah lanskap akidah umat manusia...
Menjadi utusan ALLAH yang Maha Bijaksana...
Siapa lagi kalau bukan Muhammad bin Abdullah...
Lelaki yang bakal menjadi Rasul terakhir...
Dan tiada lagi rasul selepasnya...

Berketurunan bangsawan Bani Quraisy...
Bukan calang-calang manusia...
Dipelihara ALLAH dari sebarang dosa dan noda...
Punyai akhlak terbaik...
Pekerti mulia...
Bersemangat kental tak mudah mengalah...
Kerana kebenaran yang dibawa...

Ya Rasulullah...
Kami rindu padamu wahai kekasih ALLAH...
Disaat umatmu kini hanyut dibuai dunia...
Disaat umatmu tidak lagi mengingatimu...
Disaat umatmu tidak lagi memuliakanmu...
Disaat umatmu kini yang tidak lagi mengenali siapa dirimu!
Kami merayu padamu Ya Rasulullah...
Syafa'atkanlah kami...
Akuilah kami sebagai umatmu...

Ya ALLAH! Berilah kepada kami kekuatan untuk terus berada dalam jalan redhaMu Ya ALLAH... Jalan yang telah dilakar oleh Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. ...
Kerana tiada lagi jalan selepas itu....
Melainkan...
Jalan menuju ke pintu NERAKA...


SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W. DAN KEATAS KELUARGA BAGINDA. TERLALU BESAR JASA BAGINDA KEPADA KITA. TERLALU HEBAT PENGORBANAN BAGINDA. CUBA BAYANGKAN, APAKAH AGAMA KITA SEKARANG JIKA RASULULLAH TIDAK DILAHIRKAN DI MUKA BUMI INI? DENGAN BERKAT KESUNGGUHAN DAKWAH ISLAMIAH YANG DIMULAKAN BAGINDALAH KITA MAMPU MENGECAP NIKMAT ISLAM YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA SEKARANG....
SYUKRAN YA RASULULLAH.....

2/12/2011

Aset Mubarak Dibekukan





GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.

Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.

Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.

"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.

Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).

Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)

Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi





TERINGAT PULAK KAT DR. MAHATHIR. KENAPA??? SEBABNYA DENGAR CERITA DIA PUN SIMPAN SEBAHAGIAN DUIT DIA KAT BANK SWITZERLAND . IBU ANA PUN PERNAH BAGITAU. KEMUNGKINAN BESAR BETUL DAKWAAN NI SEBAB NEGARA TU MEMANG DILABEL SEBAGAI NEGARA BANK. KEBANYAKKAN ORANG 'BERHARTA' AKAN SIMPAN DUIT DIORANG KAT DALAM BANK DI SANA DEMI KESELAMATAN RETE(HARTA) DIORANG. WALLAHU'ALLAM...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...