Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

2/12/2011

Aset Mubarak Dibekukan





GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.

Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.

Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.

"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.

Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).

Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)

Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi





TERINGAT PULAK KAT DR. MAHATHIR. KENAPA??? SEBABNYA DENGAR CERITA DIA PUN SIMPAN SEBAHAGIAN DUIT DIA KAT BANK SWITZERLAND . IBU ANA PUN PERNAH BAGITAU. KEMUNGKINAN BESAR BETUL DAKWAAN NI SEBAB NEGARA TU MEMANG DILABEL SEBAGAI NEGARA BANK. KEBANYAKKAN ORANG 'BERHARTA' AKAN SIMPAN DUIT DIORANG KAT DALAM BANK DI SANA DEMI KESELAMATAN RETE(HARTA) DIORANG. WALLAHU'ALLAM...







2/09/2011

'Helmet Maut' Dari Britain




Tentera Udara Diraja Britain (RAF) telah ‘diserikan’ lagi dengan sebuah inovasi terbaru dalam inventori kelengkapan juruterbangnya. Kelengkapan terbaru tersebut merupakan topi keledar yang membolehkan juruterbang mereka menembak jatuh pesawat musuh dengan hanya melihatnya.
Di sini Ana menyenaraikan sedikit maklumat berkaitan ‘topi keledar maut’ ni.


• Harga: £250,000(RM 1.2 Juta).
• Dibangunkan oleh syarikat Britain, BAE System.





• Kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typoon RAF.



• Juruterbang hanya perlu merenung sasaran yang ingin dimusnahkan.
• Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang dan juruterbang boleh memilih sasaran dan menembaknya. Pesawat tidak lagi perlu berada di belakang sasaran untuk menembak seperti mana perlu dilakukan sebelum ni.
• Juruterbang bebas memilih sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah selagi dia boleh melihat sasaran tersebut kerana helmet ni dilengkapi dengan penderia (sensor).









SO, TAKKAN KITA NAK TENGOK MACAM TU JE? KEMAJUAAN DEMI KEMAJUAN TELAH DIKECAPI OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM SEKARANG. SEDANGKAN UMAT ISLAM SEMAKIN HANYUT DENGAN KEMUNDURAN DAN KEMUNGKARAN. AKHIRNYA SEGALA KEMODENAN INI AKAN MERAGUT NYAWA ORANG ISLAM SENDIRI...






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...