Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/20/2011

Bendera Palestin Berkibar di Amerika


W
ASHINGTON
- Bendera Palestin berkibar megah di bangunan kedutaan negara itu di Washington, Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali, kelmarin.

Tindakan simbolik itu selari dengan usaha penduduk Palestin mendapatkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa bagi mewujudkan sebuah negara merdeka.

Wakil Palestin di Washington, Maen Areikat menegaskan, sudah tiba masanya bendera yang melambangkan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negara sendiri dikibarkan di AS.

Masyarakat antarabangsa mula menyokong penduduk Palestin dengan beberapa negara Amerika Latin dan Rusia mengiktiraf Palestin sebagai negara yang sah dan bukannya tanah rampasan Israel.

Namun, pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen AS, Ileana Ros-Lehtinen dengan biadap menuduh tindakan wakil Palestin itu sebagai gimik murahan.

"Pemimpin Palestin cuba memanipulasi pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap negara yang belum terbentuk tetapi pada masa sama enggan berunding dengan Israel," katanya.

Pentadbiran AS sejak dulu lagi enggan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara jika tiada perjanjian dicapai dengan sekutu kuat Washington, iaitu rejim Israel.


SEMOGA INI MERUPAKAN SATU PERKEMBANGAN POSITIF KE ARAH KEAMANAN BUMI PALESTIN. BUKAN SEKADAR RETORIK SEMATA - MATA BAGI MENGABURI MATA MASYARAKAT DUNIA...WALLAHU'ALLAM...


sumber: SinarHarian





1/19/2011

Aku Kembali

Allahuakhbar! Kita hanya mampu merancang tapi Allah lah yang menentukan segalanya. Atas ketentuanNya, Ana telah kembali ke blog ini semula setelah 'berhijrah' ke blog baru buat seketika. Jutaan maaf atas sebarang kesulitan. Masalah teknikal ni mungkin akan selesai tidak lama lagi....Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...