Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/09/2010

Zikir Harian



Assalamualaikum semua, marilah kita bersama-sama mengingati Allah pada setiap masa. Di samping melakukan amalan wajib, adalah elok rasanya kalau kita mengamalkan Zikir-Zikir harian ini agar setiap hari kita sentiasa mengingatiNya. Amalkan setiap hari terutamanya selepas solat...

Zikir Harian:


Jumaat : Ya Allah

Sabtu : Laa Ilaha Illallah

Ahad : Ya Hayyu Ya Qayyum

Isnin: Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Waallahu Akbar

Selasa: Selawat ke atas Nabi

Rabu : Astaghfirullah Inna Allah Ha ghafurrahim

Khamis : SubhanaAllah Ha al’azim SubhanaAllah Hi wabihamdih

P/s: amalkan zikir ini 1000x sehari.

Semoga bersama kita mendapat fadhilatnya dan sentiasa dalam RahmatNya.Amiin :)

Boycott Nike

Sekali lagi musuh-musuh Islam yang pengecut cuba menghina Islam dan umatnya. Mereka ibarat budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa. Bagai melempar batu sembunyi tangan. Samada sedar atau tidak, mereka sedang menghina satu-satunya agama yang diredhai Allah di muka bumi ini dan agama ini adalah agama kita,Islam. Jadi ayuhlah kita berubah menjadi umat Islam yang bertakwa,berilmu dan beramal. Janganlah kita membiarkan lagi musuh-musuh Islam memijak-mijak maruah kita tanpa kita mampu berbuat apa-apa. Cukuplah dengan apa yang telah mereka lakukan.Apa yang pasti, mereka akan terus berusaha menghapuskan nilai-nilai Islam dalam diri umat Islam.

Ingatlah pesan Nabi,


"Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan umat Islam,dia bukan dari kalangan mereka"

"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani terhadapmu selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...