
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilaporkan secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang yang memakai sarung tangan. Beliau berkata, bersalaman dengan seorang lelaki yang bukan muhrimnya tidak dibenarkan dalam Islam. “Walau sesiapa pun hatta kami saudara seagama sekalipun, tidak boleh bersalaman dengan lelaki Islam yang mana sepatutnya rakan-rakan komponen BN faham dengan budaya ini supaya ia difahami oleh masyarakat supaya tidak lagi berbangkit,” katanya.
Perkara tersebut didakwa menjadi isu kalangan pengundi Cina di Tenang kerana mereka mendakwa calon Pas itu tidak mesra dengan penduduk di kawasan tersebut. Ketika ditanya tentang tentang bersalam dengan pengundi Cina di pasar tani Labis pagi semalam, Normala berkata tiada golongan lelaki masyarakat Tionghwa menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya kerana telah mendapat penerangan dalam sesi santai yang diadakan oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain. “Kami memang fleksibel tapi prinsip asas sebagai seorang Islam itu saya cukup prihatin untuk mencari redha Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Dr Zulkefly Ahmad menggesa media tidak menggunakan isu salam sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kali ini. “Tolong jangan jadikan isu salam sebagai perkara pokok pada kempen pilihan raya kecil ini. “Saya minta sungguh-sungguh kerana kita punya isu yang lebih besar seperti kepentingan rakyat. Jangan sampai media hanya memainkan isu ini dan menutup isu lain,” katanya.
sumber: SinarHarian
HAHAHA.... JANGAN BUAT LAWAK LA.... KALAU TAK TAHU APE - APE TENTANG ISLAM, DIAM JE...KAN SENANG...