Orang asli Australia mempunyai banyak kelompok, antaranya Kulin, Cepara, Kurnai dan Aranda. Mereka berhijrah ke bumi Australia daripada selatan Asia kira-kira 30,000 tahun lalu.
Di California, Amerika ada satu tempat yang tidak mempunyai air dan suhunya sangat tinggi sehingga 57 darjah selsius. Tempat ini dinamakan Death Valley (Lembah Mati).
* Musim taufan paling aktif di Atlantik ialah pada tahun 2005 dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung. Tujuh daripadanya mencecah kategori 3 ke atas. Taufan ganas Katrina,Rita dan Wilma terbentuk buat pertama kali dalam satu musim.
* Tasik Titicaca di Peru adalah tasik tertinggi di dunia dan terbesar di Amerika Selatan. Ia terletak pada ketinggian 3,820 meter dari aras laut,membatasi antara Negara Bolivia dan Peru. Tasik yang terletak di pergunungan Andes ini mempunyai keluasan 8,300km persegi,berukuran 190km panjang dan 80km lebar. Terdapat lebih daripada 25 batang sungai mengalir ke tasik ini dan di dalamnya terdapat 41 buah pulau.
* Rumah api pertama di dunia yang dibina dengan batu ialah Smeaton Eddystone, terletak di selatan Plymouth, England. Ia dibina oleh John Smeatone pada 1756. Rumah api itu diterangi dengan 24 batang lilin. Ia bertahan selama 47 tahun sebelum musnah akibat satu kebakaran.Rumah api moden kini menggunakan lampu bertekanan tinggi xenon yang menghasilkan cahaya bersamaan 20 juta batang lilin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan