Masyarakat Arab Saudi meneruskan tindakan berdemonstrasi dengan mengadakan protes untuk menuntut perubahan yang sebenar di negeri yang kaya dengan minyak itu. Pada hari Ahad lalu, penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi bagi mendesak supaya dilepaskan para tahanan. “Mereka menuntut pembebasan saudara-saudara mereka di penjara,” kata salah seorang aktivis, Mohammed al-Qahtani sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters.
Dua hari sebelum itu, ratusan penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di timur Arab Saudi bagi menuntut reformasi politik. Di bawah pengawalan ketat para petugas keselamatan yang bersenjata lengkap di seluruh negeri, kira-kira 500 orang penunjuk perasaan, terutamanya daripada golongan Syiah telah turun ke jalan-jalan di bandar Hufuf, Qatif dan Awamiya pada hari Jumaat yang lalu.
Pihak berkuasa Saudi mengerahkan ratusan anggota polis di Riyadh dan di bandar-bandar utama yang lain supaya bersedia bagi menghadapi tunjuk perasaan anti-pemerintah yang dilakukan selepas solat Jumaat.
Sehari sebelum itu, polis Saudi melepaskan tembakan bagi meleraikan para penunjuk perasaan di timur bandar Qatif. Sekurang-kurangnya tiga orang syiah tercedera. Beberapa saksi melaporkan bahawa polis juga memukul para penunjuk perasaan dengan kayu cota.
Selain itu, lebih daripada 32 ribu rakyat Saudi menyatakan sokongan terhadap seruan untuk diadakan demonstrasi pada hari Jumaat yang lalu dan pada 20 Mac akan datang. Sementara itu, pemerintah Arab Saudi telah meningkatkan pengawasan keselamatannya di ibukota dan Qatif.
Di Arab Saudi, tindakan mengadakan tunjuk perasaan yang menampilkan perbezaan dengan pendapat umum adalah dilarang sama sekali dan dianggap salah di sisi undang-undang. Ulama terkenal Wahabi turut menjadi wakil kerajaan dengan mengecam demonstrasi dan menganggapnya sebagai 'tidak Islami'.
Terdapat sebuah akaun di Facebook, yang mempunyai lebih daripada 17000 penyokong, juga menyeru kepada “Revolusi Saudi” yang akan diadakan pada 20 Mac ini. Puluhan ribu rakyat Saudi telah bergabung dengan gerakan ini.
Sumber : Syabab.com
HMMM... SEPERTI YANG DIJANGKA, RAKYAT ARAB SAUDI TELAH LAMA MENYIMPAN PERASAAN KURANG SENANG TERHADAP SISTEM PEMERINTAHAN REJIM SAUDI. SIKAP PEMBESAR SAUDI YANG PRO AMERIKA MENAMBAHKAN LAGI RASA MELUAT RAKYAT SAUDI. ARAB SAUDI MUNGKIN AKAN MENERIMA NASIB YANG SAMA SEPERTI MESIR. SAMA-SAMA KITA TUNGGU DAN LIHAT....WALLAHU'ALLAM...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan