GADDAFI
Setelah hampir sebulan Mubarak digulingkan, dunia Islam sekali lagi menyaksikan sebuah negara Islam dibuli oleh samseng -semseng keparat dunia yang diketuai Amerika latnatullah. Kita sebagai umat Islam hanya mampu melihat bagaimana Libya dihentam bertubi-tubi oleh peluru berpandu canggih Tomahawk Amerika. Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.SADDAM
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menyebelahi Amerika yang kononnya menjadi ‘penyelamat’ kepada rakyat Libya. Hal ini kerana serangan yang dilakukan sudah tentu meragut banyak nyawa umat Islam yang tak berdosa. Yang pasti, mereka merupakan saudara seagama kita.
Jadi apa yang nak jadi dengan pemimpin umat Islam sekarang? Terus bergembira dengan kemewahan negara tanpa menghiraukan pahit jerih kehidupan rakyat dan umat Islam lain seluruh dunia. Inilah yang dikatakan golongan pengkianat. Mengkianati amanah yang telah diberi oleh rakyat bagi menguruskan harta negara. Mereka yang sepatutnya berkerja untuk rakyat telah menjadikan rakyat sebagai hamba abdi...
Wallahua’llam….
TOMAHAWK
Range: 2500 KM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan