Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

12/20/2009

Tip simpan kenderaan dalam jangka masa lama



1) Cabut kabel bateri. Ia untuk mematikan arus bateri kenderaan. Jika ditinggalkan terlalu lama bateri akan menjadi lemah.

2) Isi penuh tangki bahan bakar kenderaan jika mahu tinggalkannya lebih dari satu tahun. Ia bertujuan mengatasi masalah wap,kerosakan disebabkan air dan pembentukan karat. Sebelum simpan kenderaan,ganti minyak enjin dan penapisnya dulu.

3) Titis minyak enjin baru pada silinder untuk bagi lapisan perlindungan kepeda silinder. Anda juga perlu keringkan semua sistem pendingin hawa bagi elakkan karat berlaku di kawasan itu. Ia juga bagi mengelakkan masalah akibat cairan penyejuk atau hubungan dengan aluminium.

4) Jangan sesekali keringkan penyejuk radiator. Jika usia penyejuk sudah satu setengah tahun, gantikan dengan yang baru.

5) Isi penuh minyak brek. Tukar jika ia lebih dua tahun. Minyak yang lama akan merosakkan komponen logam.

6) Untuk elak kerosakan pada penyerap hentakan(absorber), tuai/tahan keempat-empat rodanya uantuk merehatkan tayar, bering dan komponen penyerap hentakan yang lain.

7) Selimutkan kereta anda dengan kain, jangan lupa buka sedikit cermin tingkap untuk bagi ruang udara masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...