Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

12/22/2009

Land Rover



Kereta berperisai

Syarikat Land Rover perkenalkan kenderaan pacuan 4 roda(4WD) berperisai, model terbaru untuk pasaran domestik. Ia menarik minat aku. Ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan termasuklah cermin dan pintu kalis peluru. Ia digunakan sebagai pengangkutan bagi agensi kerajaan, organisasi keselamatan dan syarikat keselamatan yang menghantar kakitangannya ke tempat yang berisiko tinggi. Walaupun perisai perlindungan yang dipasang menambah berat kenderaan sebanyak 700kg hingga 800kg tapi ia tak jejaskan kuasa enjin kerana enjin LR-V8,5.0 liter kenderaan ini mampu jana kuasa maksimum hingga 375bhp.

Perisai telah dipasang di Perancis oleh syarikat Centigon.

Kalau dilihat model ini tidak nampak berbeza dengan model biasa tetapi ia dilengkapi sepenuhnya dengan keluli balistik bersepuh. Ia memberikan perlindungan pada tahap B6 dan perlindungan dari segala letupan tepi berasaskan piawaian Eropah (EN1063 dan EN1522). Pada tahap ini, perisai ni kalis segala tembakan peluru senapang, termasuklah senjata jenis AK47,AK74,M16 serta M60 dan memiliki perisai Kevlar pada lantai bagi tahan letupan dari bom tangan. Ada juga ciri-ciri tambahan pilihan seperti cermin gelap,sistem interkom,bekalan oksigen sendiri serta kamera keliling serba baru. Bagi yang mampu, harga bagi model Range Rover ialah RM3.9 juta dan bagi model Discovery 4, RM2.1 juta seunit.

Walaupun mahal, pada hakikatnya inilah harga sebuah keselamatan yang terpaksa dibayar di dunia akhir zaman ni. Sekian......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...