“Someone is killing
Iran’s nuclear
Scientists. But a computer worm
May be the scarier threat”.
-The Shadow War
Ini merupakan petikan dari laman web Newsweek. Petikan ini membayangkan satu pakatan jahat lagi tersembunyi pemimpin Kafir harbi(menentang Islam) yang diketuai Amerika mensabotaj program nuklear Iran. Semua ini berlaku selepas mereka gagal menyekat kemajuan Iran dalam teknologi nuklear melalui pelbagai sekatan ekonomi. Lebih menyedihkan lagi, Amerika dan konco-konconya juga berkolabrasi dengan segelintir pemimpin Negara Islam sendiri. Apakah tujuannya? Tak lain tak bukan adalah untuk menghancurkan satu lagi Negara Islam selepas mereka berjaya meranapkan Afghanistan dan Iraq menjadi abu. Semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi masing-masing, negara-negara Islam yang terlalu taksub dengan kehebatan Barat akhirnya tunduk mengikut telunjuk musuh Islam. Mereka kaya tetapi ‘kurang cerdik’ kerana sanggup menjual akhirat untuk membeli kesenangan dunia yang sedikit.
Negara Islam keparat ini tak kisah apa yang terjadi pada negara Islam lain, yang mereka tahu kepentingan mereka dilindungi Barat. Ini adalah kesan daripada pengaruh musuh Islam yang berjaya memisahkan umat Islam yang teramat ramai dengan sempadan negara masing-masing. Pemikiran ini telah lama sebati dalam kalangan umat Islam akhir zaman ini yang mendahulukan keselamatan negara masing-masing tanpa memikirkan survival agama Islam secara global.
Malah Wikileaks sebelum ini pernah mendedahkan bahawa seorang pemimpin Arab Saudi (malas nak sebut nama) pernah menyuruh Amerika memenggal kepala Presiden Iran, Ahmadinejad. Jika benar perkara ini berlaku, apa lagi yang boleh kita harapkan daripada pemimpin negara Islam untuk membela agama Islam?
Ada sahabat Ana yang bertanya mengapa Ana begitu kagum dengan Ahmadinejad? Sedangkan beliau seorang Syiah. Ana cakap sebabnya Ana belum jumpa pemimpin Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang berpendirian seperti beliau. Beliau begitu tegas dalam ‘menghentam’ musuh Islam tak seperti orang lain. Malah Ana rasa Ahmadinejad lebih Islamik berbanding pemimpin Islam yang lain. Ketika pemimpin Islam yang lain sibuk mengumpul kemewahan, beliau pula tetap zuhud (sederhana) daalam kehidupan. Kelakar kan? Yang sayangnya, dia masih seorang Syiah dan Ana akui fahaman ini bukanlah fahaman yang baik... Wallahua'llam.
How many of Malaysian's leaders are like this...? Yes you got it; not one.
Salam,
BalasPadamPenulisan yang baik!!!
Pada ana sendiri Islam yang dibawa mereka (walaupun Syiah) lebih terselah daripada kita yang mengaku Ahli Sunnah pada masa sama jadi tali barut musuh Islam, hentam orang Islam sendiri (etc. Mubarak, Ghaddafi). Bak kata TG Haji Hadi, bukan Ahlu Sunnah tapi Ahlu Punah. tengok pada realiti pada hari ini. :)
http://haidaralkarar.blogspot.com/2010/08/iran-sesat-hamas-syria-turki-bodoh.html
1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah
BalasPadamNegara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.
Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/
Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.