Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

12/09/2011

Air Di Kelantan : Rakyat Merana Di Bawah Sistem Federasi


Rakyat Kelantan Perlu Sedar-Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Nasib malang kira-kira 1.54 juta penduduk Kelantan yang terpaksa bergantung kepada air tercemar dengan pelbagai logam berat serta bakteria berbahaya turut mendapat perhatian perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini.

Wakil Wanita UMNO Kelantan, Dayang Saniah Awang Hamid berkata, pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia berhubung isu air kotor baru-baru ini memberi alasan kukuh mengapa rakyat perlu menolak kerajaan negeri sedia ada.

“Minggu lepas akhbar arus perdana, Utusan Malaysia telah memapar dan mendedahkan bagaimana kotornya sumber air yang digunakan untuk makan minum dan segala keperluan di Kelantan.

“Namun masih ada tidak tahu memilih yang mana intan dan yang mana kaca, gunakanlah akal dan kebijaksanaan untuk memilih yang terbaik,” katanya ketika membahaskan usul politik pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanah Merah berkata, apa yang lebih mengecewakan, tidak ada sebarang tindakan dilakukan kerajaan negeri untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat.

Beliau dengan sinis berkata, ‘Pak-pak Lebai’ yang ada di sana hanya tahu mengira untung hasil balak, ladang rakyat dan komisen sahaja.

“Rakyat terus menderita dan menanggung azab, rintihan mereka sejak 21 tahun lalu dipandang sepi bagai debu ditiup angin lalu.

“Ke mana perginya bantuan RM600 juta yang diberi untuk bekalan air bersih? Mana janji yang ditabur dan adakah manifesto pilihan raya ditunaikan,” katanya.

Nada sama dikongsi wakil Pemuda UMNO negeri itu, Anuar Safian yang meminta rakyat Kelantan bertindak bijak dengan memberi undi kepada BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menamatkan penderitaan selama 20 tahun di bawah pentadbiran Pas.

Menurutnya, perbezaan kemampuan antara Pas dengan BN bagi membantu mensejahterakan hidup rakyat negeri itu ibarat langit dan bumi.

Perkara itu jelasnya terbukti apabila Pas mengakui bahawa masalah air di negeri tersebut hanya mampu diselesaikan pada 2027 iaitu 16 tahun dari sekarang.

“Kenyataan itu adalah sangat tidak logik. Mereka (Pas) terlalu asyik berpolitik sehingga memperjudikan nasib hidup mati rakyat apabila gagal mengurus sistem bekalan air.

“Sedangkan dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berjanji masalah itu akan selesai hanya dalam tempoh dua tahun selepas BN memerintah. Justeru, berilah peluang kepada BN,” katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan pelbagai masalah berkaitan bekalan air di Kelantan yang kurang bersih, tidak berkualiti dan berbahaya kepada kesihatan kerana mengandungi logam jenis mangan, arsenik, plumbum dan raksa secara berlebihan selain dicemari bakteria E. coli.

Siri laporan berkenaan juga turut mendedahkan kajian daripada Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Kelantan yang mengesahkan hampir separuh (95.3 peratus) kanak-kanak negeri itu yang berumur bawah enam tahun mengalami gigi reput kerana kekurangan florida dalam air.


Sumber : Utusan Malaysia 1/12/2011




SISTEM KUFUR FEDERASI : PARTI POLITIK  BERTELAGAH,  RAKYAT MERANA

Sudah lebih  54 tahun British meninggalkan Malaysia, namun sistem warisannya masih tetap digunapakai. Kerosakkan aplikasi separation of power (pengasingan kuasa), antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dalam negara yang mengamalkan sistem federasi semakin hari semakin parah.

Pemisahan wilayah mengikut sistem federasi ini sesungguhnya telah menjadikan umat sebagai mangsa, sehingga sebuah negeri tidak akan dapat menikmati hasil yang sama dengan negeri lain walaupun dalam perkara berkenaan keperluan asas seperti bekalan air bersih, lebih-lebih lagi jika setiap wilayah diperintah oleh pihak yang berbeza. Perbezaan ideologi di antara kerajaan setiap wilayah sudah tentu menyulitkan usaha mengatur urusan rakyat.

Di dalam sistem pemerintahan kufur-sekular ini, kelemahan parti yang memerintah dalam adalah senjata bagi parti lain, sehingga umat ini dijadikan mangsa untuk meraih manfaat. Ditambah dengan pilihanraya yang akan menjelang tidak lama lagi, propaganda berupa pendedahan demi pendedahan tentang kelemahan pihak lawan di dalam mengatur urusan rakyat menjadi senjata utama yang diperguna sehabis-habisan.

Sesungguhnya dalam Sistem Pemerintahan Islam, tidak ada doktrin pemecahan kuasa yang berbeza-beza berdasarkan perbezaan ideologi. Sistem pemerintahan Islam bukanlah berbentuk federal (persekutuan), yang mengasingkan kuasa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Dalam Islam tidak adanya perbezaan antara pengurusan wilayah Indonesia ataupun Malaysia, tidak ada autoriti yang terpisah di antara pengurusan wilayah Kelantan ataupun Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana Islam telah menetapkan negara sebagai suatu kesatuan dan  penguasanya hanya satu iaitu khalifah yang mengatur setiap urusan umat, dalam segenap aspek sebagaimana yang termaktub di dalam hadis:

"Sesungguhnya imam itu adalah pengembala (pemimpin), dan ia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. "(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedarlah wahai umat Islam akan kepincangan sistem yang diterapkan hasil warisan penjajah ini. Sesungguhnya tanggungjawab pemimpin kalian akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak dan tanggungjawab kalian adalah melakukan muhasabah pada mereka, bangkit dan sedarlah! 





SUMBER: mykhilafah



11/26/2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433




إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)


"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)



BERHIJRAHLAH TAHUN INI. SEMOGA KITA BERJAYA MENJADI INSAN YANG LEBIH BAIK...

SALAM MAAL HIJRAH 1433...

11/25/2011

Aksi-aksi Jurugambar yang Jarang Kita Lihat
































































Kesimpulannya, bukan senang nak jadi seorang photographer... hehehe...

11/05/2011

Bulan Haji... Telah Tiba Lagi...

Assalamua'laikum... pejam celik, pejam celik, dan pejam tak celik-celik, insyaallah kita bakal bertemu dengan Aidiladha pada esok hari. Dan semalam diberitakan bahawa seramai 28,000 jemaah haji Malaysia yang merupakan antara kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak menuju ke Arafah kira-kira 20 km dari dari Mekah bagi melaksanakan ibadah wukuf.Tahniah kepada mereka yang telah terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji pada kali ni, semoga mendapat haji mabrur...




Dan hari esok juga bakal menyaksikan haiwan-haiwan qurban ditumbangkan dalam melaksanakan ibadah Qurban. Time ni la waktu gumbira bagi golongan penerima daging qurban termasuklah golongan fakir miskin. Mungkin ada diantara orang-orang miskin yang hanya dapat merasa makan daging setahun sekali iaitu time raya qurban ni je. So, lakukanlah ibadah qurban ni dengan seikhlas hati ye. Jaga rukun serta adab-adab dalam ibadah qurban ni supaya qurban kita tak sia-sia.
Kat bawah ni ada la sedikit maklumat tentang ibadah Qurban ni. Hah, sila la baca...

  • Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.

  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.

  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.
NIAT IBADAH QURBAN

  • Tidak memadai jika seseorang itu hanya membeli binatang dengan niat hendak diqurbankan tanpa dilafazkan niat itu.
  • Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang qurban jika dilakukan sendiri. Adalah memadai jika orang yang berwakil itu berniat ketika wakilnya menyembelih korban berkenaan dengan disaksikan oleh orang yang berwakil tadi.
  • Walaubagaimanapun adalah lebih baik orang berwakil itu, ketika menyerahkan korban, menyuruh wakilnya berniat bagi pihak dirinya ketika dia menyembelih korban tersebut.
  • Tidak disyaratkan niat jika melakukan qurban nazar.

HUKUM QURBAN BAGI PIHAK ORANG LAIN

  1. Tidak sah menyembelih korban bagi pihak orang lain yang hidup dengan tiada izinnya.
  2. Begitu juga bagi pihak orang yang telah mati dengan tiada wasiat atau pesanan daripadanya.
  3. Apabila qurban itu dilakukan kerana wasiat simati maka wajib disedekahkan kesemuanya.

PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN

  • Apabila menjelang 10 Zulhijjah, tidak digalakkan empunya qurban memotong rambut dan kukunya sehingga dia melaksanakan ibadah qurban.
  • Semasa menyembelih binatang qurban disunatkan :
      1. Membaca Bismillahirrohmanirrahim
      2. Berselawat ke atas Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
      3. Menghadapkan binatang itu ke arah kiblat di atas rusuk kirinya.
      4. Bertakbir sebelum membaca Bismilah dan selepasnya.
      5. Membaca doa : Maksudnya: "Ini adalah nikmat daripada Mu dan aku mendekatkan diri kepadaMu dengannya."
  • Sebaik-baiknya ibadah qurban ini dilaksanakan sendiri tetapi harus diwakilkan kepada orang lain.

 Wallahu'allam...







Beautiful Steel by Ben Procter






Ben Procter merupakan seorang Concept illustrator and digital artist yang telah terbiasa dengan kerja mendesign bermacam-macam benda hebat seperti robot-robot Transformers ni. Post ni saje je untuk berkongsi rasa kagum Ana terhadap hasil tangan beliau dengan anda semua. website:

http://www.benprocter.com/

Wassalam...



10/21/2011

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK?



Barangsiapa yang suka duduk dengan orang kaya, akan ditambahkan rasa cinta kepada dunia.

Barangsiapa yang suka duduk dengan orang miskin, dijadikan Allah baginya rasa syukur dan redha kepada Allah.


Barangsiapa yang suka duduk dengan wanita (bukan muhrim), akan ditambah syawat dan kebodohannya.


Barangsiapa yang suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambah kesukaannya main-main dan bergurau senda.


Barangsiapa suka bersama orang fasiq, ia menjadi lebih berani berbuat dosa dan menunda taubatnya.


Barangsiapa suka bersama orang-orang soleh, bertambahlah keinginananya untuk taat kepada Allah SWT.


Barangsiapa suka bersama para ulama, akan bertambah ilmu dan waraknya.




10/03/2011

Kisah Saidina Umar dan sebungkus hadiah

  
Semasa menjadi khalifah, satu hari Saidina Umar telah didatangi tetamu dari Azerbaijan. Sesudah beliau dan tetamu berkenaan menunaikan solat fajar, Saidina Umar mengajak tetamu tersebut ke rumahnya.Apabila sampai di rumah, Saidina Umar segera berkata kepada isterinya, untuk membawakan makanan bagi menjamu tetamu itu.Namun isterinya, Ummi Kaltsum mengatakan bahawa mereka ketiadaan makanan kecuali roti dan garam.“Tidak mengapa”, jawab Saidina Umar. Kemudian beliau dan tetamunya menikmati hidangan roti dan garam tersebut.


Sesudah makan, Saidina Umar bertanya apakah maksud kedatangan tetamunya itu. Lantas tetamu itu menjawab, bahawa dia hanyalah utusan Azerbaijan dan pemerintahnya telah mengarahkan beliau membawa sebungkus hadiah kepada Saidina Umar sebelum meminta agar bungkusan yang mengandungi gula-gula itu dibuka.
“Gula-gula ini adalah khusus buatan Azerbaijan”, kata utusan berkenaan.
Kemudian Saidina Umar bertanya: “Apakah semua kaum Muslim mendapat kiriman gula-gula ini?”

Utusan Azerbaijan berkenaan kemudiannya termenung seketika. Dia meneruskan jawapannya dengan berkata tidak. Gula-gula berkenaan merupakan hadiah khas kepada Saidina Umar selaku Amirul Mukminin.Jawapan dan kata-kata utusan itu ternyata tidak disenangi Saidina Umar. Beliau amat marah setelah mendengarnya. Lantas beliau memerintahkan kepada utusan itu agar membawa gula-gula berkenaan ke masjid untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin dan kaum Muslim di sana.
“Barang itu haram masuk ke perutku, kecuali kalau kaum Muslim memakannya juga. Dan kamu cepatlah kembali ke negerimu. Katakan kepada pemerintah yang mengutusmu. Andai dia mengulanginya kembali, akan ku pecat dia daripada jawatannya!”.


SUBHANALLAH! Betapa hebatnya taqwa dan amanah yang ada pada diri Saidina Umar sebagai pemerintah. Rasulullah pernah bersabda: “Sesungguhnya setiap umat ditimpa ujian dan ujian bagi umatku adalah harta” (hadis riwayat at-Tarmizi).
Oleh itu, kepada seluruh umat Islam serta mereka yang bergelar pemimpin, janganlah anda lupa pada pesanan Rasulullah itu kerana Baginda juga pernah bersabda yang bermaksud: “Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka” (hadis riwayat at-Tarmizi).
Oleh yang demikian, janganlah anda berangan hendak menjadi seorang pemimpin, jikalau anda tidak sekuat Saidina Umar!.
Wallahua’llam…






8/09/2011

Amalan amat bermakna bagi si mati


Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiga perkara yang mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya.




















8/01/2011

Ramadhan datang lagi!!!






Jika semua harta adalah racun, maka ZAKATlah penawarnya.
Jika seluruh hidup adalah dosa, maka TAUBATlah ubatnya.
Jika seluruh hari adalah nista, JUMAATlah penyuciannya.
Jika seluruh bulan adalah noda, maka RAMADHANlah pemutihnya.

Ahlan wa sahlan ya RAMADHAN,
Ahlan bik ya RAMADHAN,
Marhaban ya RAMADHAN,
Alhamdulillah….. tahniah kepada anda semua kerana sekali lagi anda terpilih untuk berada di bulan yang penuh baraqah ini. Diharapkan kita dapat mengutip sebanyak mungkin pahala pada bulan ini. Ramadhan dijanjikan oleh ALLAH dengan bermacam –macam kelebihan serta fadhilat yang tidak terdapat dalam bulan lain, yang pastinya akan menjadikan pahala amalan kita berlipat kali ganda. Nah! Apa yang ditunggu lagi? Gandakan amalan anda kerana ini mungkin RAMADHAN terakhir anda!
Oleh itu, jadikan RAMADHAN sebagai UNIVERSITI yang mengajar kuliah-kuliah IBADAH, tutorial-tutorial IMAN, assaignment-assignment TAQWA dan amali-amali AGAMA…semoga kita bakal memperolehi ijazah KEREDHAANNYA…
ALLAHU MA’AK…


 selamat beribadah dan...

selamat berbuka...








3/31/2011

Kos serangan tentera AS cecah RM1.7b








WASHINGTON - Serangan udara tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas Libya mencatatkan kos bernilai AS$550 juta (RM1.7 bilion) setakat ini, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon, kelmarin.

Kos itu dijangka terus meningkat dengan AS$40 juta (RM121 juta) lagi akan dibelanjakan dalam beberapa minggu akan datang.

Jabatan Pertahanan AS membelanjakan lebih daripada 60 peratus dana itu untuk membeli peralatan senjata seperti peluru berpandu dan bom antara 19 Mac dan 28 Mac lalu.

Komander Tentera Bersekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), James Stavridis berkata, sebutir peluru berpandu Tomahawk yang digunakan AS bernilai AS$1.5 juta (RM4.5 juta) dan jumlah perbelanjaan untuk senjata sahaja mencecah AS$300 juta (RM908 juta).

Pasukan tentera AS telah membedil sekurang-kurangnya 192 daripada 199 peluru berpandu Tomahawk terhadap barisan pertahanan udara Libya. 

Sumber: SinarHarian


SAH! MEMANG DIORANG NI GILA BERPERANG. MEREKA JUGA GUNAKAN NEGARA-NEGARA ISLAM SEBAGAI 'TAPAK UJIAN' BAGI MENGUJI KECANGGIHAN SENJATA-SENJATA PEMUSNAH MEREKA. MEMANG BETUL LA DUNIA IBARAT SYURGA BAGI ORANG KAFIR DAN IBARAT PENJARA BAGI UMAT ISLAM.








3/27/2011

BIRI-BIRI LAHIRKAN ANJING




XIAN, China - Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban, lapor sebuah akhbar semalam.
Naiying mendakwa, anak anjing itu dilahirkan oleh seekor biri-biri betina peliharaannya di ladangnya dekat sini, wilayah Shaanxi, tengah China.
Menurut petani tersebut, badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.
"Saya sedang menggembala biri-biri baru-baru ini apabila melihat seekor biri-biri menjilat anaknya yang baru lahir. Saya terkejut melihat anak biri-biri itu menyerupai seekor anjing," kata Naiying.
Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.
Mengulas mengenai kes itu, seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan, Yue Guozhang berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza.
"Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing. Namun, ia seekor anak biri-biri yang ganjil," katanya. - Agensi.

Sumber: kosmo






SAMADA BETUL ATAU TIDAK KEJADIAN NI, YANG PASTI TIADA SATU PUN YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH...WALLAHU'ALLAM.






3/26/2011

LAMBORGHINI REVENTON


 Lampu belakang berbentuk anak panah
Siapa yang tak kenal Lamborghini? Sebuah syarikat gergasi automotif dunia. Membina pelbagai jentera SUPERCARS yang mengagumkan. Lambo merupakan antara pengeluar kereta terpantas di muka bumi yang fana ini. Setelah lama tak menyentuh tentang kereta, pada kali ini Ana akan membawakan sebuah kereta super yang bergelar Lamborghini Reventon. 
Ia merupakan sebuah rekaan radikal lagi agresif para jurutera Lamborghini. Ia diilhamkan dari rekabentuk sebuah jet pejuang. 


 Paparan meter seperti di dalam korpit Jet Pejuang

Model ni juga merupakan model edisi terhad. Pembeli bertuah akan dipilih oleh pihak Lamborghini sendiri. Malah bagi model varian Reventon Roadster yang sangat terhad, dianggarkan hanya seorang daripada 700,000,000 manusia yang mungkin terpilih untuk memiliki model ni!. Are You The Chosen One?

Spesifikasi>>>
Jenis Kenderaan: dua pintu coupe, (terhad hingga 20 unit shj) Harga: 1Juta Euro Konfigurasi:  Mid Engine / AWD Enjin: 6.5 L (400 cu in) V12
Kapasiti: 6496 cc Transmisi: E-Gear / 6-speed manual Kuasa kuda: 650 bhp pada 8000 rpm Tork: 487-ft pada 6000 rpm
Panjang: 4700 mm (190 in)
Lebar: 2058 mm (81 in)
Tinggi: 1135 mm (44.7 in)
Berat:  3670 lbs0-60 mph: 3.3 secs Kelajuan Maksima: 211 mph 


 Reventon Roadster
(Hanya 9 unit dibina)




 WALLAHU'ALLAM...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...