Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

7/29/2010

Mesir Buat Hal Lagi!

TEHERAN - Kerajaan Mesir dilaporkan enggan mengeluarkan visa kepada empat ahli parlimen Iran yang merancang memasuki Genting Gaza, minggu depan. 

Ahli parlimen Iran, Mahmoud Bighash, salah seorang daripada delegasi Iran itu, memaklumkan kepada media Iran permintaan visa tidak diluluskan oleh Kaherah, kelmarin. 

"Mesir menghentikan proses visa, dan masih belum ada lagi visa yang dikeluarkan kepada mana-mana ahli parlimen Iran," katanya. 

Kesemua ahli parlimen itu sepatutnya memulakan perjalanan untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah di Mesir, Selasa lalu.


Apalah yang nak jadi dengan Mesir ni. Demi menjaga hubungannya dengan Israel laknatullah, pemimpin Mesir sanggup membiarkan saudara seagama mereka menderita. Mereka sanggup menafikan hak rakyat Palestin di Gaza.
Semoga ALLAH memberikan hidayah kepada diorang....AMIN...

7/28/2010

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN

25hb Julai 2010, Kubang Kerian Kota Bahru Kelantan: Pada hari ini jam 3.30 petang, Radix Fried Chicken (RFC) yang ke 7 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Aziz Nik Mat. Turut hadir ialah Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Timbalan Exco Kelantan, YB Hj Fattah Harun, GM AWM, En Mohamad Faisol Abdul Rahman, GM Puan Rasidah Bt Abdul Rahim, AGM, Pengurusan HPA, PJS Dan ahli HPA seluruh negara. (http://www.hpa.com.my/)

Alhamdulillah...
Baru-baru ini, HPA telah berjaya membuka satu lagi cawangan RFC terbaru sekaligus menjadi cawangan RFC ke-7 iaitu di Kubang Kerian, Kelantan. Ana berdoa agar HPA akan terus maju pada masa hadapan dan sentiasa menjadikan Syariat Islam sebagai tunjang perniagaan. Jadi ayuhlah kita sokong Produk Islam dan boikot produk Yahudi!!!



7/26/2010

Kamera Digital Mereka

Salam....


Nampaknya dah ramai sahabat-sahabat Ana yang dah ada kamera sendiri. Semakin meningkat la semangat fotografi ana. Ana hanya mampu melihat keseronokan mereka bersama kamera-kamera mereka. Nak buat camne, nak beli takde duit. Lain kali la kot. Mungkin lepas kerja? Hahaha...lambat lagi la agaknya dapat merasa ada kamera sendiri. Walaubagaimanapun ana dapat jugak cube-cube kamera diorang. Fuhhh...memang teruja sangat lepas dapat tangkap gambar. Mari kite tengok sikit kamera ape yang mereka dah miliki....


Orang yang pertama beli ialah Khairul a.k.a. K. Orang panggil die K la senang cerita. Ha...dia beli kamera jenis Nikon D40. Yang terpakai. Tapi sekarang dia dah Upgrade kamera dia dengan pembelian Speedlight dan Lens yang lebih besar dan panjang.

Nikon D40


Orang yang kedua beli gajet canggih ni ialah Amar.
Beliau telah berjaya 'merangkul' sebuah kamera jenis Nikon D60. Ana biasa pinjam kamera dia sebab dia satu bilik dengan ana.
Kamera dia pun yang terpakai tapi up sikit dari D40 dengan adanya VR (Vibration Reducer).

Nikon D60

Sahabat Ana yang ketiga memiliki kamera digital ialah Zul Ikram. Beliau boleh dianggap telah memecah tradisi dengan tidak membeli kamera jenis Nikon tetapi jenis Canon. Apa yang ana tahu, kedua-dua jenama ni okay. Namun ada la sikit perbezaannya dari segi speciality masing-masing. Secara jujurnya Ana lebih berminat dengan Canon.

Canon EOS 1000D


Wallahu'allam...



7/25/2010

Selamat datang 20 an

Salam...

Pejam celik pejam celik, dah lebih dua dekad Ana berMusafir di bumi ALLAH ni....
Banyak pengalaman pahit dan manis telah ana tempuhi....

Masih banyak perkara yang belum Ana ketahui...
Dan sudah tentu masih banyak kelemahan yang harus Ana perbaiki....
Ana berdoa pada yang Rabbi agar perjalanan hidup Ana seterusnya diberkati serta dirahmati....

Semoga ALLAH memberikan kemudahan serta petunjuk kepada Ana.....

Amin...











7/19/2010

TARANIS - Pesawat Halimunan Tanpa Pemandu

Dah lama tak menulis tentang tentera. Jadi kali ini ana akan menceritakan satu lagi teknologi canggih yang bakal disaksikan dunia yang fana ini. Merupakan buah tangan dari sebuah syarikat gergasi berpengkalan di Britain, BAE System.

BAE System telah mendedahkan bahawa mereka berjaya membina satu pesawat tanpa pemandu yang digelar TARANIS.

Antara maklumat mengenai pesawat canggih ini adalah:


1) Berharga $214 juta USD (lebih kurang RM642 Juta 'sahaja')

2) M
empunyai ciri-ciri halimunan (stealth Unmanned Combat Air Vehicle (UCAV) ) yang menghalangnya dari dikesan radar permukaan 'musuh' (selalunya Britain yang menjadi musuh kan?).

3)
Mampu mengangkut senjata (bom atau misil) dan mampu memusnahkan sasaran di benua-benua lain.

4) Mula dibangunkan sejak Disember 2006


5) Dijangka akan memulakan penerbangan ujian pada 2011

Akhir kata, secanggih mana pun teknologi yang dimiliki sesebuah negara. Semuanya bergantung bagaimanakah negara itu memanfaatkannya. Jangan salah guna teknologi yang ada dengan menyerang negara lain. Sia-sia negara maju tapi sikap at bottom of the ground...

Bagi negara-negara islam plak, jangan tunggu sampai kena serang. Jangan tengok je mereka majukan tentera mereka. Mereka ni takde keje lain, selagi ada negara terutamanya negara Islam yang tak ikut telunjuk mereka, negara tu akan jadi abu macam Afganistan dan Iraq. Biasalah, samseng dunia la katakan.


Jadi ayuh kita bangunkan negara kita berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Buangkan unsur-unsur SEKULAR yang masih lagi menebal dalam pentadbiran negara-negara ISlam termasuklah MALAYSIA.


Bagi pemimpin-pemimpin yang masih lagi berdegil mempertahankan undang-undang sekular, singkirkan je mereka dari pentadbiran. Usah mendukung biawak hidup. Lantiklah pemimpin yang benar-benar layak membina semula Khilafah yang tumbang pada tahun 1924 yang lampau.
Semuanya terletak di tangan kita.

Dengan bantuan ALLAH, insyaallah semuanya akan menjadi kenyataan....
Wallahu'allam..














7/18/2010

Pendedahan Situasi Di palestin



Salam...

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir


Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...
"Mesir lebih rela bersempadan dgnIsrael drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .

Gaza ( Palestine )
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kat
a wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas
Memang kala
ngan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...

Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!


Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.


Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Isra
el selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .


So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..
Wasalam.



Artikel ini dihantar oleh salah seorang sahabat Ana di Myspace...Wallahusubhanahuwat'ala'allam.


7/15/2010

Kempen Boikot di Palestin Berjaya,Malaysia???

Kempen boikot yang dilakukan oleh warga Palestin terhadap produk yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan dari para pemukim Yahudi di Tebing Barat telah menyebabkan sekurang-kurangnya 17 perusahaan tutup, sejak pertama kali kempen itu dimulakan beberapa bulan yang lalu. Washington Post melaporkan bahawa Avi Alekiam yang merupakan pemilik dari tiga ratus perusahaan di kawasan perindustrian Mishor Adumim wilayah pendudukan Tebing Barat, mengakui bahawa kempen boikot warga Palestin membuat situasi perusahaannya tidak boleh bertahan, hingga beberapa perusahaannya terpaksa ditutup

Ahbar itu menambah : "Adapun warga Palestin melihat kempen pemboikotan terhadap produk yang dihasilkan dari perushaan milik Yahudi merupakan salah satu strategi mereka dalam melawan serta menentang Zionis Israel."

"Orang-orang Palestin telah mencuba selama lebih dari empat puluh tahun untuk mengakhiri pendudukan Israel melalui negosiasi, pemberontakan, yang berlangsung lebih dari dua dekad, namun hal itu boleh dikatakan sia-sia."

"Sekarang warga Palestin telah mencapai keberhasilan perlawanan mereka sebagai bukti bahawa kempen boikot terhadap produk-produk pemukim Yahudi telah berbuah hasil, dengan ditutupnya beberapa perusahaan milik mereka," lapor Washington Post.



Bagaimanakah suasana di tanah air kita?
Suasana di sebuah negara yang digelar negara Islam contoh?

Adakah sudah tiada umat islam berhenti membeli air Coca-cola?
Adakah sudah tak
kelihatan seorang muslim meratah ayam di KFC???
Apa apa pun teruskan Boikot sehingga Israel dan sekutunya Bankrup
Jangan hangat-hangat tahi ayam

.....................................................







Sumber:http://freeourmind-blog.blogspot.com/









7/11/2010

PUASA DI BULAN SYA'BAN

Alhamdulillah.... Bulan Sya'ban(bulan Rasulullah) bakal menjelma lagi. Syukur,akhirnya ana berjaya mendapatkan satu artikel yang ana rasa paling baik mengenai ibadah puasa di bulan Sya'ban. Sebelum ini, ana masih kurang arif tentang ibadah tersebut. Namun artikel ini telah memberikan banyak info dan ilmu berguna kepada Ana. Semoga saudara saudari sekalian mendapat manfaat....Insyaallah..



MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SYA’BAN
Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus


Apabila menjelmanya bulan Sya’ban maka ia memberi petanda bahawa kita semakin hampir untuk bertemu dengan Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA.

Oleh itu sebagai persiapan untuk kita menghadapi bulan Ramadan ini ada antara kita tertanya-tanya tentang apakah amalan-amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w pada bulan Sya’ban ini. Sebenarnya, pada bulan Sya’ban Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan puasa hingga diriwayatkan bahawa Baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut. Aishah r.r. berkata:


"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.


Justeru, hanya amalan puasa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w khusus untuk bulan Sya’ban. Selain dari amalan ini, tiada hadis sahih menunjukkan baginda mengkhususkan amalan-amalan tertentu sempena bulan Sya’ban. Malah, tidak wujud riwayat-riwayat daripada para sahabat menunjukkan mereka menyambut kedatangan Sya’ban dengan amalan-amalan tertentu. Namun, amalan-amalan sunnah yang lazimnya dilakukan tanpa mengkhususkan waktu tertentu seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat, membaca zikir-zikir dan doa-doa ma’thur boleh diteruskan sepanjang bulan Sya’ban sebagaimana bulan-bulan yang lain.


Tentang hikmah Rasulullah s.a.w meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban ini, al-Hafiz Ibn Hajar telah memberi komentar di dalam Fath al-Bari Penjelasan Sahih al-Bukhari, edisi terjemahan oleh Amiruddin, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta (2005), jilid 11, muka surat 369: "Hikmah yang lebih tepat untuk dikatakan berhubung persoalan ini, iaitu meningkatkan amalan puasa pada bulan Sya’ban adalah seperti yang disebutkan oleh hadis dengan darjat yang lebih sahih daripada hadis-hadis terdahulu. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasaai dan Abu Daud serta disahihkan oleh Ibn Khuzaimah daripada Usamah bin Zaid r.a katanya:

"Aku bertanya Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa dari sebahagian bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan-amalan kepada ALLAH, TUHAN semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2317.


Oleh itu, sewajarnya kita menyambut kedatangan Sya’ban ini dengan menggandakan ibadah puasa. Namun, terdapat beberapa perkara yang sering diperdebatkan tentang puasa pada bulan Sya’ban ini. Antara perkara-perkara tersebut adalah:

1) Bolehkah Kita Berpuasa Keseluruhan Bulan Sya'ban?

2) Apakah dilarang berpuasa melepasi pertengahan bulan Sya'ban?


Insya-ALLAH penulis akan membahaskan kedua-dua topik tersebut di dalam bab berikutnya.



Bolehkah Kita Berpuasa Keseluruhan Bulan Sya'ban?

Ulama berbeza pendapat sama ada dibenarkan kita berpuasa sepanjang bulan Sya’ban atau tidak. Sebahagian pendapat mengatakan bahawa kadangkala Nabi s.a.w berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban dan adakalanya baginda berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban sahaja. Antara ulama yang berpegang kepada pendapat ini adalah Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h.

Sebahagian yang lain berpendapat baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh pada mana-mana bu

lan menurut kalendar hijriyyah kecuali bulan Ramadan al-Mubarak. Manakala pada bulan Sya’ban pula baginda hanya berpuasa pada sebahagian besar sahaja. Pendapat kedua ini disokong oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani r.h seorang tokoh hadis bermazhab Syafie.


Perbezaan pendapat ini disebabkan wujudnya hadis-hadis Nabi s.a.w yang yang menunjukkan baginda pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban dan ada pula yang menidakkannya. Mari kita perhatikan beberapa hadis yang dijadikan dalil bahawa baginda s.a.w pernah berpuasa sepanjang bulan Sya’ban. Ummu Salamah r.a berkata:


"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak berpuasa sebulan penuh dalam setahun melainkan bulan Sya’ban dan baginda sambungkan Sya’ban dengan Ramadan." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai, hadis no: 2313.


Menurut Abu Salamah r.a, Aisyah r.a berkata:


"Nabi s.a.w tidaklah berpuasa pada satu bulan ya

ng lebih banyak berbanding bulan Sya’ban. Sesungguhnya baginda berpuasa sebulan penuh." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1970.


Abdullah bin Abi Qais r.a mendengar Aisyah r.a berkata:


"Bulan yang paling disenangi Rasulullah s.a.w untuk berpuasa adalah bulan Sya’ban kemudian disambungnya dengan puasa Ramadan." – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunan al-Nasaai , hadis no: 2310.


Tetapi, hadis di atas seakan-akan bercanggah dengan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. Sedangkan, beliau me

nceritakan bahawa Nabi s.a.w hanya berpuasa sepanjang bulan pada bulan Ramadan sahaja. Aisyah berkata:


"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.


Untuk menghilangkan percanggahan yang timbul ini, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa hadis yang menunjukkan Rasulullah s.a.w berpuasa sebulan penuh bulan Sya’ban sebenarnya hanya menunjukkan baginda biasa berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.


Tambahnya lagi: "Imam al-Tirmizi menukilkan daripada Ibn al-Mubarak katanya: Menurut bahasa Arab, apabila seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan u

rusan lain." – Rujuk Fath al-Bari karya Ibn Hajar ‘Asqalani, jil. 11, ms. 366. Setelah didatangkan beberapa pendapat ulama yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w kadangkala hanya berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban dan kadangkala hanya berpuasa sebahagian besar pada bulan itu, al-Hafiz Ibn Hajar menegaskan di dalam Fath al-Bari, jilid 11, muka surat 367: "Tetapi, jelas sekali pendapat ini seakan-akan terpaksa.


Namun, pendapat paling sahih adalah pendapat pertama, iaitu baginda hanya berpuasa sebahagian besar daripada bulan Sya’ban. Ia dikuatkan lagi melalui riwayat Abdullah bin Syaqiq yang dinukilkan daripada Aisyah serta dikeluarkan oleh al-Nasaai yang berbunyi:

"Baginda s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh sejak datang ke Madinah selain bulan Ramadan."


Manakala hadis yang dimaksudkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar melalui Ibn Abbas r.a pula berbunyi:


"Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa sebulan penuh selain puasa Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1971.


Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis yang melarang kita berpuasa sehari atau dua hari sebelum puasa Ramadan bermula. Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:


"Jangan sekali-kali salah seorang antara kamu semua mendahului puasa Ramadan dengan puasa sehari atau dua hari kecuali orang yang sudah biasa berpuasa pada hari itu. Justeru, dia bolehlah berpuas

a pada hari itu." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1914.



Apakah Dilarang Berpuasa Setelah Melepasi Pertengahan Bulan Sya’ban?


Tanggapan bahawa dilarang berpuasa pada bulan Sya’ban setelah memasuki hari ke 15 adalah bersandarkan kepada hadis Abu Hurairah r.a. Sabda Rasulullah s.a.w:


“Jika memasuki pertengahan Sya’ban, janganlah kamu semua berpuasa." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, hadis no: 1990.


Ulama berbeza pendapat tentang status hadis ini. Sebahagian ulama menganggapnya daif (lemah). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata: "Al-Rauyyani berkata: Haram mengerjakan puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadan dan dimakruhkan mengerjakan puasa sejak pertengahan Sya’ban berdasarkan hadis lain.


Sementara jumhur ulama berpendapat harus mengerjakan puasa sunat setelah pertengahan bulan Sya’ban. Mereka menganggap hadis yang melarang puasa pada waktu itu bermartabat daif (lemah). Sementara Imam Ahmad dan Ibn Ma’in mengklasifikasikan sebagai hadis mungkar (diriwayatkan oleh perawi daif serta menyalahi riwayat perawi tsiqah).


Imam al-Baihaqi menjadikan hadis di bab ini, iaitu hadis di dalam Sahih Bukhari, hadis no: 1914, bab: Tidak boleh mendahului Ramadan dengan berpuasa satu atau dua hari sebagai dalil untuk melemahkan hadis tersebut.


Imam al-Baihaqi r.h berkata: “Riwayat yang memberi keringanan (rukshah) untuk tetap berpuasa sehingga sehari atau dua hari menjelang Ramadan lebih sahih berbanding hadis al-Alla’, iaitu hadis riwayat Abu Daud. Hal yang sama, iaitu mendaifkan hadis tersebut telah dilakukan oleh al-Tohawi." – Rujuk Kitab Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani, jil. 11, ms. 86-87.


Namun begitu, Ibn al-Qayyim r.h di dalam Tahdib al-Sunan melihat bahawa hadis Abu Daud ini sahih. Bagi Ibn al-Qayyim, sebenarnya tidak wujud percangahan antara hadis yang melarang berpuasa setelah pertengahan bulan Sya’ban dan hadis yang membenarkannya. Bagi beliau, hadis al-Alla’ tersebut hanya melarang mereka yang ingin memulakan puasa bulan Sya’ban di pertengahan bulan tersebut secara sengaja dan ia bukan larangan bagi mereka yang telah memulakan puasa pada awal bulan Sya’ban.


Hadis Abu Daud ini juga telah disahihkan oleh Syeikh al-Albani dan Syeikh Ibn Bazz r.h. Oleh itu, penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat yang melemahkan serta menguatkan hadis tersebut. Namun, jumhur ulama membolehkan berpuasa pada bulan Sya’ban diteruskan walaupun setelah pertengahan bulan tersebut.


KESIMPULAN


Jelas di sini bahawa Nabi s.a.w berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’ban. Firman ALLAH S.W.T:


"Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) di hari akhirat serta dia menyebut dan mengingati ALLAH sebanyak mungkin (di waktu susah dan senang)." – Surah al-Ahzab: 21.


Justeru, marilah kita hidupkan bulan Sya’ban ini dengan memperbanyakkan ibadah puasa. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH serta mendapat balasan yang baik di hari akhirat kelak.






Sumber: http://akob73.blogspot.com/2008/07/menyambut-kedatangan-syaban.html


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...