Sahabat-sahabat ana...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين

1/15/2010

Berubahlah....

Assalamualaikum kepada semua umat manusia yang bergelar muslim. Marilah kita bersama-sama berterusan memboikot Yahudi/Israel yang sampai sekarang masih lagi dengan kejam memijak-mijak saudara kita di bumi Palestin. Oleh itu, janganlahlah kita memboikot secara bermusim sahaja. Bagai hangat-hangat tahi ayam. Sedarlah, setiap sen wang yang kita belanjakan untuk membeli produk mereka mungkin digunakan oleh Israel untuk membunuh penduduk Palestin. Jika anda sedang makan KFC ke, McDonald atau sedang meneguk Coca-cola sambil mengunyah KitKat, ingatlah bagaimana sahabat-sahabat kita di Palestin menanggung derita saban hari,berada dalam kelaparan dan kesejukan disebabkan kepungan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Ini diburukkan lagi oleh tindakan kerajaan "firaun" Mesir. Mesir telah menutup laluan bawah tanah di sempadannya yang selama ini menjadi 'penyambung kehidupan' warga Palestin.



Ha, tambahan pula produk Coca-Cola juga telah beberapa kali menghina Islam secara tersembunyi. Mungkin ramai dah tahu tentang hal ini namun persoalannya kenapa masih ada orang Islam masih selesa meminum air ini?
Renung-renungkan dan sama-samalah kita melakukan perkara yang betul.....INSYAALLAH.



"Sesiapa yang tidak memperdulikan urusan umat Islam,dia bukan dari kalangan mereka"

"Tidak akan redha Yahudi dan Nasrani terhadapmu selagi kamu tidak mengikut cara hidup mereka"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...